TENTANG AKU
(Inspirasi dari cerita "AKULAH BALQIS" slot akasia di TV3)
Termanggu aku di sofa empuk
Fikiran melayang jauh entah ke mana
Timbul persoalan satu demi satu
Tanpa sedar air mata menitis laju
Terasa suam di pipi gebu
Lantas lembut aku mengesat
Esak tangis menyesak di dada
Aku.. Ya tentang aku
Keberadaan aku di hatinya
Adakah masih di sayangi dan di cintai
Atau sekadar keterpaksaan
Saat ini...
Tiada lagi kedengaran ucapan indah
Yang terbiasa kau lontarkan di setiap pengakhiran
Tiada lagi bicara manis menghiasi pertemuan
Segala bagaikan hilang menuruti masa
Dia seakan cuba menjauh diri
Serasa diri umpama pengemis
Asyik merayu dan meminta kasih
Ya Tuhan...
Andai benar tiada lagi perasaan
Sayang dan cinta untuk ku
Aku bermohon pada Mu
Izin dia melafazkan dari tulus hati
Agar tiada berlegar resah di benak ku
Aku tidak mampu menangis lagi
Cukuplah apa yang telah di lalui
Moga sedih hati akan berlalu pergi
Di bawa bersama bayu yang menderu
Ya Allah...
Berilah aku kekuatan
Dalam menempuh ujian kedukaan
Kerana aku pasti
Setiap yang berlaku ada hikmahnya
Setiap timpaan duga ada kemanisannya
Sungguh luas nikmat kasih sayang Mu
Terima kasih Allah...
@Khayla Layla®
No comments:
Post a Comment