gerimis yang berteduh di tepi jendela pagi ini.
seperti sedang memanggil namamu..
bukalah kaca yg basah itu..biarkan ia masuk..’
19122015.
0826
Yanis...
>>>
sayang….
ambil saja gerimis sepi ini
dan lipat bersama rindu
agar ia sentiasa basah di hatimu..
tulis saja hujan itu
lalu genggamlah bersama resah
agar nanti ia kering di matamu
>>>
rinduku menjelma doa..
di tiap mengadapNya..
dan harapmu menjelma sayap..
sanggup terbangkan rasa,,
sepenuh jiwa..
19122015.
1315.
Yanis...
>>>
jika matamu telah lelah memandangku..
istirehatlah dalam petang yg damai..
jika tiada lagi kata yg ingin kauucapkan..
rengkuhlah sepi dalam bersendirian..
jika angin membawa mimpi-mimpi mu..
biar aku mengejarmu dalam setiap penjuru..
jika kau ingin tersenyum saja malam ini..
akan ku hiasi kamarmu dgn sakura rindu..
dan jika tiada lagi permintaan yg kau minta..
simpanlah baik-baik semua kepercayaan itu…
19122015
2253
Yanis....
>>>
jika aku mati esok. Bolehkah ku minta hatimu malam
ini sebagai satu-satunya permintaan terakhirku?
19122015..
1906.
Yanis
>>>
aku bertandang kembali ke kamar bicara
hati,Aku,Cinta&Puisi..
aku begitu rindu pada kalian teman ~teman ku
sepinya aku bukan aku melupakan jauh sekali untuk
meninggalkan
sepinya aku kerana mencari sesuatu yang pasti buat ku
sepinya aku kerana aku terkeliru dengan perasaan ku
kembalinya aku ke sini untuk bertanya kabar
kembalinya aku yang pasti aku kerinduaan
kembalinya aku kerana kasih ku pada ikatan silaturohim
kembalinya aku kerana rasa sayang yang panjang
Nukilan AQue SaMe
No comments:
Post a Comment