Dia cintakanmu seperti sapu mentega
Sapuan habis dimakan habis
Ditelan hilang masuk ke perut
Kenyang bersendawa terkentut
Lupa nikmat memang tak patut
Baik kaucari pencinta sejati
Yang membawa cinta ILAHI
>>>
Cinta pagi mengetuk pintu hati
Tidak terobek tapi geram hati
Nak cari yang baik buat pengganti
Cinta berdusta pergilah mati
>>>
Hujan pun tahu bercinta
Kalau tak kerana cinta
Bumi takkan basah
Kering kontang
Resah gelisah
~ Musim hujan ..
Nukilan Suffian Ismail Hamzah
No comments:
Post a Comment