Followers

Saling berbagi rasa dalam menitip kata-kata terindah yang 'kita' punya...
Jangan Ada Dusta

Andai ada sisa sisa waktumu
Hadirlah seketika untukku
Andai ada sisa sisa kasihmu
Berilah sedikit ruang untukku
Agar terubat rindu dihatiku
Kutahu dihatimu ada aku
Kutahu cintamu dan kasihmu
Ada disetiap nafasmu untukku
Bagaimana harus kukatakan lagi
Perasaan ini tehadap mu
Semuanya telah tercurah
Direlung hati ini
Usahlah kau mencari kasih lain
Cukuplah hanya aku yang ada dihatimu
Usahlah dicari cinta yang lain
Kerana ianya belum pasti kesetiaanya
Hanya satu pintaku padamu
Jangan ada dusta diantara kita
Kerana aku takut kehilanganmu
Jangan pernah cuba sakiti hatiku
Aku kan pergi menjauh darimu
Tika itu tiada ertinya lagi
Tak guna kau ratapi nya lagi
Saat itu hatiku hancur dan layu
Tiada maaf lagi buatmu

Pesona@TA
91215

>>>

Pesona Lirikan
Bismilahirahmanirahim
Hakikat cinta itu
Sukar difahami dengan hati
Dan susah untuk
Dimengertikan dengan bicara
Ianya hanya terlihat
Dengan perbuatan
Namun itupun adakalanya
Tidak terlihat dengan keiklasan

Pesona@TA
Kata Hati

No comments:

Post a Comment