*Begitulah kehidupan ..sejauh kita melangkah akan menemui pahit manisnya perjalanan kehidupan.. segetir apa ..sebahagia apa ..semanis apa..harus terus kita jalani dan nikmati kerna bukan mudah tidak juga susah andai syukur dan sabar selalu mendahulu amarah.. jalani semua dengan tawakal, redha dan berdoa .. usah ada lelah ..
Warna kehidupan mengajar kita erti ketabahan dan kecekalan.. Allah tahu apa yang kita perlu dan akan menunda sekejap apa yang kita mahu kerana di situ kita akan banyak belajar
Usah pernah kecewa jika gagal sekali bangkitlah kerana awal mula perjalanan mencari bahagia kadang dari rasa kecewamu cuma tidak semua menyadari..di situ adanya cabaran, sabar, tawakal, hinaan, redha, berdoa ..
*Sepahit kopi tetap akan kita nikmati kerana enaknya pabila dihirup rasanya yang menyerap..
JaWanis
291215-5:35am
>>>
Galas di bahu tanggungjawab dengan sabar dan tawakal..kerna bahagia itu adalah kepuasan yang kita temukan dalam makna perjuangan dan menyelesaikan
JaWanis
29 Disember 2015
>>>
~Berharap bukan alasan
Mungkinkah
larakan berlalu
andai temu bukan takdir
yang akan kita dakap
Titipkan
ranum rindu kita di tempatnya
agar jauh bukan alasan untuk semua
yang tertunda menjadi sarak jiwa
ku mohon
Kerana
aku dan kau
adalah pena rindu
yang tak pernah selesai
JaWanis@Nur
Senibong, Johor Bahru
29 Disember 2015-6:09am
Nukilan jiwa
>>>
~Aku berharap
Benarkah
Berawal juga akan berakhir
Andai sepi itu adalah ceritanya
Namun
Aku berharap
Usah
Sepi membuat rindu kita pergi
Ku mohon
JaWanis
291215-5:47am
>>>
~Bisik risik Gocaknya
Bisik risik
getar gocaknya beralun
membiru warna gelombang ombak
hadir menghempas pantai
bagai menyatakan
jauh tak pernah menghilangkan ranumnya cinta
rindu akan selalu ada
buatmu terkasih
JaWanis
281215
Nukilan jiwa
>>>
~Hatiku Milikmu
Dua hati
Menjadi satu
Dalam diam menyusun rindu
Yang tak berhenti bertamu
Biarpun ada waktu
Dekat menjadi jauh
Kerna...
Aku kau adalah kisah kasih itu
Yang tak siapa tahu
...Hatiku milikmu
Kasihmu menyemarakkan rindu
Hingga menanti dalam tunggu
Waktu di pertemu
JaWanis-110815/5:19am
Nukilan jiwa
No comments:
Post a Comment