Followers

Saling berbagi rasa dalam menitip kata-kata terindah yang 'kita' punya...
Kekadang kita begitu menjaga hati orang lain
dari memperdulikan perasaan hati sendiri

Tak mahu insan lain yang kita sayang
terluka akibat kejujuran yang kita miliki
sanggup berdiam diri

semata tiadak ingin hati insan lain terluka
sehingga insan yang kita sayang itu terlupa
bahawa kita juga ada hati dan perasaan
yang perlu penjagaan....

Namu apakandaya...
kerna kasih sayang
hati dan jiwa parah tersakiti...

Biarlah asalakan dia bahagia
hatiku jua bahagia...

>>>

Cinta,
tak semua mebawa bahagia
tak semua berkesudahan gembira
adakala cinta itu penuh duka
sarat dengan sengsara

di dalamnya hadir resah
cemburu dan celaru
ada tikanya cinta itu
membawa derai airmata..

Nanun sesungguhnya
jangan ditangis
jika cinta tak kesampaian
dia bukan jodoh terbaik

suatu waktu
pasti Tuhan akan ketemukan
jodoh yang terbaik buatmu
kerna orang yang baik
hanya untuk orang yang baik juga..

BERSABARLAH WAHAI HATI

29122015
0821
Yanis...

>>>

Yang mudah itu JATUH CINTA..
Yang sulit itu SETIA..
Yang sakit itu LUKA..
Yang perih itu KECEWA..
Yang di damba itu BAHAGIA..
Yang ada kadang DUSTA..
Yang sering itu MERANA..
Yang jarang itu CERIA..
Yang Indah itu KENANGAN..
Yang di inginkan itu HARAPAN

>>>

syair cinta dalam nada..
bergerak bagi angin..
walaupun kita sering bersua..
tapi rindu dan cinta membakar jiwa..
kita

wajah yang dirindui..
bergulir dalam ingatan..

itulah aku:
lelaki penuh cinta…

28122015
1323
Yanis....

>>>

Dalam diam
Ada sesungguhnya ada
Ada rasa cinta kepada dia
Ada rasa rindu kepada dia
Ada rasa sayang kepada dia...

Namun ku mengerti
Dalam ada itu ku punya batas
Dalam ada itu ku bertahan
Untuk tidak melafazkannya...

Walau seputih cinta ini
Walau seputih rindu ini
Walau seputih sayang ini...
Namun dalam ada ku ikhlaskan jua
Tiada ruang untuk ku kesalkan
Kerana dalam ada itu aku telah memilikinya


Nukilan AQue SaMe

No comments:

Post a Comment