secebis kata sekelumit rasa
meninggalkan kesan dalam jiwa
aku bermadah meruntun jiwa
kekosongan dalam dada
askara kita terbiar lama
jadikan pedoman titipan rahsia
aku teguh dengan aku
tidak mungkin bersamamu
selamat tinggal kenangan indah
hanya igauan mimpi yang lena
kini aku redha dan pasrah
dengan impian yang tiada apa
~innuyasha_rukia~
25 november 2015
>>>
HIDUP
suasana sepi
hidup begini
namun aku epi
walau bersendiri
kerna dia sememangnya bukan untukku
sejak mula berkenalan hingga kini
aku hanya milik orang tuaku
hingga waktu menjemputku kembali
dalam denai terbias wajah
wajah polos si pemuja
namun itu hanya helah
untuk merealisasikan cita cita
inilah suratan hidup
adakala di atas
adakala di bawa
kini hidup untuk pencipta
mengharungi alam penuh panca roba
~innuyasha_rukia~
26 November 2015
>>>
MENCARI DIRI
Selami alam mencari diri
Kekuatan iman dan jati diri
Agar iman teguh berdiri
Menjadikan siapa diri ini
Dimata Ilahi
Sinaran mentari pagi
Pelangi diufuk senja
Aku masih mencari cari
Kekuatan iman serta jiwa
Dalam keteguhan aku berdiri
Cinta Ilahi masihku mencari
Menjadikan diri lebih sempurna
Untuk Ilahi walau di benci manusia
Jangan terlalu mengharap kemewahan dunia
Kerna ianya kehidupan sementara
Carilah ilmu di dada
Agar menjadi pelengkap jiwa
Selesai kasih dunia
Jangan di lupa kasih Ilahi
Dunia tidak menjanjikan apa apa
Carilah Ilahi agar keteguhan masih berdiri
~innuyasha_rukia~
27 november 2015
>>>
RINDU
Aku rindu pada jiwa
Jiwa sahabat sahabat yang sentiasa bersama
Aku rindu pada aku yang dulu
Sewaktu aku belum mengenali dunia
RINDU
Aku rindu rakan rakan seperjuangan
Waktu memperjuangkan apa sahaja demi kerjaya
Aku rindu lautan luas terbentang
~innuyasha_rukia~
28 november 2015
No comments:
Post a Comment