IBU.
Dengan lembut dan manja
aku memanggilmu ibu
ku lihat disebalik senyummu
ada sejuta resah
sejuta harapan dan impian.
Ibu..
Ku tahu resahmu
harapan dan impianmu
hanya kerana inginkan
bahagia
untuk aku anakmu.
Ibu...
Aku tahu
aku tidak mampu
bahagiakan dirimu
menjagamu
namun dengarlah janjiku ini
aku akan selalu ada denganmu
mendoakan dirimu
menjaga semampunya aku
walauun tidak sebaik
ibu menjaga aku.
Ibu..
Terima kasih
keranamu ibu
aku ada
sayang ibu...
>>>
JIWA YANG HAMPA.
Hari-hari ku penuh warna
namun awan yang mendung
sering menutupi warna itu.
Jiwa ku hampa
dalam gelora cinta.
Resah
gelisah...,
hanya aku yang rasa
dirimu hilang
dari pandangan mata
puas aku mencari
bayangmu pun tidak ku temui.
Mengapa...,
kau biarkan jiwaku
hatiku hampa dan luka
inikah balasan setiap pengorbanan
atau kau ingin menduga
kesetiaan aku..
Segalanya ahsia
terkunci di hatimu
dan aku
kau biarkan
dalam jiwa yang hampa.
Nukilan Zuraida Dewi
No comments:
Post a Comment