KESEPIAN ......
Resah hati nan meniti kesepian
sesungguhnya kalau mana mengisi kekosongan ini dengan segala impian
impian itu bagaikan fatamorgana nan menyilau matahati
diabagaikan kelupaan mengejar kekeliruan
seadanya kini seorang aku terusan mengorban diri & hati
menatapfren kosong nan kutaburkan segala bunga puisi rindu
aku tidak mengalah dengan alahan kasihmu
kerana Dia tetap ada di sisi cinta nan jelaga dengan duniawi
akan kuwar-warkan segala kesungguhan ini seantero mayapada
khabar tentang bukti setia mungkin kini tidak kau temui
namun kilas tika aku tiada lagi
pasti melimpahkan murninya firdausi dalam diri ini
taburan bunga-bunga puisi akan terusan kuhiasi dari ranting-ranting kering nan mencakar belantara sepi
camar rinduku terusan mengintipmu...
Nukilan Hussin Mamat
No comments:
Post a Comment