MALAM
Sepi...
Dingin malam ini
tidakku rasai
kerana hati yang gelora
rindu kasih.
Malam yang semakin larut
tidak dapat membuai lenaku
mataku semakiin berat
tapi hati masih bicara
membuat aku resah
rindu kasih.
Wahai malam
bisikkan pada angin
hembuskan rindu ini
pada dia
katakan aku rindu kasih
hadirkan ia
dalam mimpiku
di pelukan malammu...
>>>
KEHILANGAN.
Kita tidak punya ruang waktu
untuk terus berbicara
kata-kata seakan terputus
bukan kerana amarah
atau terlupa
cuma diri kehilangan.
Dalam pertemuan yang sesingkat ini
tidak mampu
untukku ucapkan
tentang lukisan hati.
Sungguh keakraban kita amat rapuh
akhirnya aku kehilangan
dalam senyum
kau berlalu meninggalkan aku lagi.
Zuraida Dewi
26/12/2015.
No comments:
Post a Comment