Followers

Saling berbagi rasa dalam menitip kata-kata terindah yang 'kita' punya...
Aku ingin hilang
Aku ingin terbang
Aku ingin pergi
Aku ingin bersembunyi
Aku ingin tidak lagi ditemui
Namun ada yang amat aku takuti
Aku takut kelak akan kehilanganmu
Aku tak betah sendiri
Pun aku memilih untuk kekal di situ
Walaupun bahagianya belum tentu
Kerna tanpa mu
Siapalah aku ?

Yn..
051215
1020am

>>>

Katanya..
Aaaduhhaii ..
Wangikan diri
Berdirilah aduhhai padusi
Senyum seiring malammu
Gemalai seiring wangianmu
Bergerak seiring bayu
Dan pasti
Malam ini milikmu
Milik aku

Yn..
071215
0123am

>>>

Katanya
Aaduhhai
Andai dikau melihat aku dgn mata
Dikau akan kekaburan
Andai dikau melihat aku dgn hati
Dikau akan mengerti
Andai dikau melihat aku dengan kasihmu
Dikau akan merindui

Yn..
061215
0940am

>>>

Terkadang ...
kita saja mempamerkan apa yang kita rasa itu adalah satu KEBIASAAN ..
Namun sedarkah kita bahawa insan lain melihat ia sebagai satu cara kita menunjukan GAH dalam
menyampaikan perasaan ..
Payah bukan ..? untuk mengimbangi sesuatu yang
dipanggil KESEDERHANAAN

Nukilan Yan Ismail

No comments:

Post a Comment