Sabtu, 6 Februari 2016
Terkasih
Tidurlah
Mimpi indah
Moga esok kau segar
Dan kita mulakan hari tanpa gusar
Tidurlah
Moga tiada resah
Dan ditemani mimpi mimpi indah
Moga esok
Subuhmu lancar tiada payah
Tidurlah
- Yan Ismail
>>>
Di penghujung cerita
Aku dan kau dalam pengikat kata
Dalam noktah bertindih
Masih dalam seruan
Hingga timbul tanda tanya
Kisah sepanjang musim bertatabahasa
- Ibnu Amar
>>>
Memungkinkan terlalu jauh tersasar
Mengira butir pasir berselihat akar;
Beritakan padaku berapa kedipan kau lihat
Apakah sinar itu masih utuh terpahat?
Jangan katakan kau buta
Patahnya sepohon tak akan lenyap belantara;
Biarpun kemarau itu panjang berkurun
Tidak sekalipun ombak samudera itu gerun.
Sayang belantara yang gah dengan selirat
Kini lenyap hanya kerana silap;
Sayang samudera yang dulunya berombak riak
Kini padam hanya kerana tamak.
Apakah aku lupa memanggil nama?
Atau kau lupa untuk menyapa?
Sayang jauhnya kita hanya sebab kata
Sayang cerita itu menjadikan kita binasa.
- Dhamah
>>>
Alangkah baiknya hidup ini tiada
Tidaklah kita sering bersengketa;
Namun tiada siapa dapat menduga
Pengarang cerita ada rahsia.
Satu masa pastikan lihat
Tentang kata yang pernah terpahat;
Siapa wujud siapa binasa
Biarpun lena masih berjaga.
Hanya kata percaya tidaklah membawa makna
Tapi percayalah kata itu berkias bahasa;
Gunung yang didaki apakah yang ingin dilihat?
Cukupkah hanya sekadar taat?
Kau bersemayam di panas terik
Peluh menitis apakah akan menarik?
Jangan berpura memutar kata
Setiap huruf akan berkira.
- Dhamah
>>>
Kau memanggil sayap dilangit
Dan terus menjerit
~Aku ingin bebas bagai bintang tanpa batas~
Kau merenung dasar laut
Tapi kau lupa, kau haus dan perlu menghirup;
Apakah masin itu tidak menjadi tawar?
Atau hati kau sebenarnya telah kembang seharum mawar.
Bunyikan guruh dilangit
Biar telingga itu bingit;
Kau tak akan dengar
Kerana kau sedang berputar.
Kau memanggil sayap langit
Mungkin menyimpan luka sakit.
- Dhamah
>>>
Sayang masihkah kau ingat namaku
Bertahun tidak memanggil
Panggilan itu terhenti
Dan kaku
Masih kutunggu harum bau
Bersama helaian pena
Agar kau sentiasa ada
Ada pada setiap baris ukiranku
Tuhan bawakanlah kata ini
Bawakan terus padanya
Agar ia tahu
Nama ini masih ingat namanya
- Dhamah
Pergiiiii~~
Berjujuran hujan turun
Kau menekan butang dan ia menyala
Bukan salahku bara itu menjadi api
Aku cuba berfikir
Dan sayang ia rumit
Cuba, cuba ingat segala kenangan
Tapi sayang datang hanya hitam
Kau menekan butang
Dan meminta ia henti
Itu bukan perkara mudah
Ia terlalu sulit
Henti~~
Ia rumit
Tapi tak seperti hujan turun
- Dhamah
>>>
Kesilapan menghidupkan bara
Bagai menghunuskan padang pada kepala;
Dan hilang kawalan kita berperang.
Langit hitam terus menerus mendung
Tiada apa dapat dilindung;
Luka itu nyata dan kita...
Memandikan darah yang kita bina.
Sudahnya hitam, siang tidak jelma
Masa panjang terlena mata;
Kesilapan nyata
Kesilapan kita.
- Dhamah
>>>
Tiada jalan keluar
Terperangkap dalam belukar;
Beritahu padaku mana arah
Tidaklah sentiasa tersalah.
Beritahu padaku bagaimana rasanya
Bagaimana tanpa jalan penyudah?
Dapatkah aku berlari
Menceduk cahaya malam hari;
Beritahu padaku mana jalan keluar
Aku ingin keluar tanpa sedikit pun calar.
Tiada jalan keluar
Semuanya menjalar;
Apakah ini penyudah
Akalku berdarah parah.
- Dhamah
>>>
Pagi yang indah
Saat alam disapa suria mentari
Embum mulai mengering didedaun rasa
Jasad mulai mengeliat
Menegangkan belikat kudrat
Tanda sedia mulai hidup dihari baru
Mengharap bahagia yang sukses menanti
Walaupun kita tahu dihujung kesudahannya
Belum pasti
- Yan Ismail
_______________________________
Sumber ( BERAKIT KE LANGIT )
No comments:
Post a Comment