Followers

Saling berbagi rasa dalam menitip kata-kata terindah yang 'kita' punya...
Buang duri di tepi desa,
Buang sekali perca kasa;
Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa.

Assalamualaikum...
Salam bahagia sahabat sejati
Sentiasa berbudi seikhlas hati
Selalulah bermurah hati memberi
Semoga dikenang kemudian hari

>>>

" S. A. H. A. B. A. T."

Sahabat perlu di kasihi..Bukan untuk di sakiti..
Perlu di sayang.. Bukan di benci..
Perlu di hormati... Bukan di kasari..
Perlu di pegang.. Jangan di buang..
Perlu di hargai.. Jangan di musuhi..
Tempatnya di hati..

>>>

Terjaga..mentari melenyapkan bulan dan mimpi smlm
meluncur kesunyian sepanjang jalan..
Ku Hilang Dalam Terang

>>>

Sekiranya kita gagal dalam sesuatu perkara yang
gagal hanya perkara itu. Kita masih belum gagal
dalam kehidupan. Selagi nyawa masih ada teruskan
berusaha. In shaa Allah, Allah pasti memberikan
sesuatu yang bermakna kepada kita dan bersangka
baiklah kepada Allah SWT.
Ujian tanda kasih kasih sayang dan perhatianNya
kepada kita dan kita perlu bersyukur.

Nukilan Mohd Faizal

No comments:

Post a Comment