Followers

Saling berbagi rasa dalam menitip kata-kata terindah yang 'kita' punya...
Dapatkah bertanam bara di dalam hujan
Membina unggun berapi kencang
Adapun percikannya menyiat kulit
Menggaru gatal di tulang yang sulit

Jangan tanah dan batuan dibakar
Jika tiada arang berakar
Apabila panggang yang enak
Buat rendaman perutmu senak

>>>

Lelaki yang sentiasa bersyukur
Seorang insan akur
Patuh kepada kehendak Yang Esa
Sedikit lelah tiada putus asa

>>>

Cahaya riak matamu
Mekar dan jernih
Menghuraikan kemanisan
Mengutuskan kemaafan
Menidakkan kebatilan
Mempertahankan kebenaran
Senyuman menyentuh sanubari
Mendakap zahir mimpi suci
Kosong dendam dan benci
Semakin dirahmati ILAHI

>>>

Denai-denai hujan yang dirintis
Menzahirkan kesan tapak tanpa berjejak
Menganjakkan pola irama langkah ini
Ingin kembali mewarnai daerah hati
Yang sunyi tanpa lagu ilusi
Kelopak mata yang seakan-akan layu
Menggambarkan tari tubuh yang sayu
Serta tiada tindakbalas dalam keraian jiwa
Menuntut suntimu membela rasa bahagia

>>>

Balada cintaku mendodoikan rindu
Balada cintamu terbiar layu

>>>

Belangkas mana yang tak berkepit
Di sana dan sini asyik merapat
Tidak kisah tangan tersepit
Asalkan niat jadinya mendapat
Bersesak-sesak dalam gugusan
Dengan azam penuh kamceng
Baru nak tersedar selepas letusan
Setelah ditempa hapak dan hancing

>>>

Semua orang sukakan keenakan
Enak di mulut enak di lidah
Masuk ke dalam lazat ditelan
Segala rasa bercampur
Demikian alpa tidur yang panjang
Lena berada di dunia fantasi
Roh di sana bagai mengembara
Tak sempat pulang sepilah jasadnya

Nukilan Suffian Ismail Hamzah

No comments:

Post a Comment