Telah aku mendalami kesetiaan ini
Kepadamu jua aku pertaruhkan
Segala kudrat tanpa khurafat
Takkan kupindahkan rasa setia
Selagi mekar kubernyawa
Jangan takut untuk berdiri
Beranilah ketika berlari
>>>
Sembunyikan bicara daripada kosong di kiri
Kerana di kanan jujur memberi
Takut kiri yang cemburu menghasut nanti
Siapa pula yang tolong buat diri
Kencang irama oleh angin bibir
Daripada bisikan jadi taufan
Sungguhpun mengintai di balik tabir
Megah yang halus mati tak berkafan
>>>
Tak perlu ada paksaan
Tak guna dipaksa-paksa
Selagi ada kemungkaran
Dosa tetap berleluasa
>>>
Kalau keadilan sudah dibuang
Mana mungkin hubungan berkekalan
Kalau sudah begitu permintaan
Masih banyakkah bagi kita peluang
Bermusim kita bersama di arena ini
Tiada pernah kaulahirkan simpati
Bila kemusykilan bersarang di hati
Nampaknya istilah ini tak sampai ke mati
>>>
Luka semalam duka hari ini
Setitik darah tercalit di hati
Apakah mungkin diulangi lagi
Sejarah bernoda yang dicuri
Lumpuh sudah kepercayaan jiwa
Lenyap harapan keyakinan saksama
Diturutkan hati dah tak manu bersua
Biarkan berpusara ingatan bersama
>>>
Nyenyaknya engkau dari malam
Hingga sekarang masih di atas tilam
Apakah nak disambung sampai kelam
Pesan di kanan di kiri tenggelam
Sukarnya untuk terima nasihat
Terasa mulut dah naik penat
Takkan nak tunggu ke liang lahat
Baru tersedar setelah tenat
Kerja pula bermalas-malasan
Tahu nak bergayut dengan pasangan
Tak ada duit nak minta ihsan
Ujian Rasulullah kaufikir ringan ?
Nukilan Suffian Ismail Hamzah
No comments:
Post a Comment