PAGAR PAGAR CINTA
Wahai cik adik yang cantik manis
Sayangkah dikau kepada diriku
Sayangkah sayangkah dikau padaku
Wahai cik abang pandai menggoda
Kalau tak jumpa mana boleh tahan
Mengapa cinta kita
Terlalu banyak halangan
Sana pagar sini pagar
Sana pagar sini pagar
Pagar-pagar sana sini
Oh cinta
Biar dipagar biar dihalang
Akan kuruntuhkan kerana cinta
>>>
CINTA SEJATI
Dinda
Lama sudah kucinta
Dari dahulu kala
Kini ku masih suka
Kalau merajuk
Hatiku jadi duka nestapa
Kanda
Lorong cintaku ini
Hidup sampai kumati
Kasihku sungguh nyata
Ibarat bulan purnama
Terang bercahaya
Rinduku menunggu
Tiap waktu kini dahulu
Sayang aku riang
Suka pula bercumbu mesra
Dunia sekitar untuk kamu
Kamu yang aku rindu
Esok ataupun lusa
Cintaku ini dari pandang pertama
Wahai nyawa
>>>
Jingga yang damai
Tenang dan permai
Tika dalam ramai
Mega bagai santai
>>>
Semalam yang dingin
Tidak bermusim
Lahir rungsing
Semalam yang lelah
Hati terbelah
Jiwa kalah
Semalam membawa hari ini
Hari ini yang masih diam
Mustaqim disambut kini
Basah dalam kiam
Masa mengheret dosa
Ketika pintu terbuka
Sebelum ke dasarnya
Eloklah tak bersuara
>>>
Semalam kuterbaca melalui facebook
Asyik sungguh bahasa
Kurasa terhibur
Menawan hatiku
Peminat tak terhingga
Hampir sehebat penyanyi
Gaya bahasanya berjaya
Memukau pembaca
Sepertiku ini
Pemuisi pujaanku
Tak pernah bersua
Hanya puitismu
Mendekati diri
Jika izin waktu
Kuingin bertemu
Berkenalan denganmu
Pemuisi pujaanku
Ku tetap menanti
Akan ceritamu
Sehaluan hati
Jika izin waktu
Kuingin bertemu
Berkenalan denganmu
>>>
CINTA INDAHNYA PERASAAN
Katakan padaku
Apa yang kaurasakan
Bila kuberada di sampingmu sayang
Di sampingmu sayang
Perlukah kautahu
Apa rahsia hatiku
Sedang kau sendiri
Telah lama mengerti
Debaran dadaku rasa tidak tertahan
Apakah ertinya tolonglah katakan
Tolonglah katakan
Degupan jantungku rasa sangatlah kencang
Betulkah ia cinta atau permainan
Atau permainan
Cinta indahnya perasaan
Cinta tak dapat kulupakan
Cinta indahnya perasaan
Hanya perasaan
>>>
Keajaiban sesuatu ciptaan ILAHI
Adalah kurniaan ke dunia ini
Selagi pintu tak terbuka berahi
Muncul kealpaan tidak berseni
ALLAH Ya Rabbi Maha Memuliakan
Buat kemanisan terpilihnya insan
Serba-serbi rezeki terkadang tak termakan
Melahirkan cetusan berhakikat kesan
Sujud taubat demi patuh
Taat dan setia insaf jiwa
Nafsu hebat sifatnya tak utuh
Buangkan percaya terhadap yang mua
Nukilan Suffian Ismail Hamzah
No comments:
Post a Comment