INSAN MULIA BERNAMA BONDA
Detik bermakna tanggal 1 Februari
Hari Wilayah Persekutuan Ibu Negeri
Kelahiran insan teristimewa kami
9 bulan menanggung beban perit jerih
Ke hulu ke hilir mengandung kami
Dalam rahim penuh rasa cinta
Mekar kasih melahirkan kami
Hingga dewasa menjadi insan
Dek curahan sayang tidak terperi
Tanpa jemu melayan karenah anakanda sekalian
Pelbagai ragam bak pelangi
Mewarnai perjalanan hidup bonda
Gemilang ulangtahun kelahiran bonda
Girang gembira menyantuni sambutan
Ucapan selamat serta doa kami titipkan
Dipayungi rahmah dinaungi barakah
Kesihatan berpanjangan berterusan
Mulia bakti seluas tasik cinta
Murni tulus sehangat salju
Tidak mampu dibalas segalanya
Hanya terdaya berterima kasih
Menceriakan sekadar mampu
Sebagai tanda mengenang budi
Menggamit nostalgia pengutuh kasih
Agar kami tidak lupa meski sekali
Kejayaan bertimpa asbab kami anakanda mu
Terpasak ketat dalam nubari
Dikau bonda kami dunia akhirat
Syurga kami di bawah telapak kaki mu bonda
Redhai serta ampunilah segala khilaf kami
Khairul Adli KABA
01/02/2016
No comments:
Post a Comment