Followers

Saling berbagi rasa dalam menitip kata-kata terindah yang 'kita' punya...
Berkali-kali aku kau tinggalkan
namun diriku tetap tidak engkau lepaskan,
apakah yang kau harapkan
pada wanita seperti aku
serba kekurangan.

Aku benar ingin jauh darimu
ingin ku hilang dari pandanganmu
namun setiap langkahku
tetap terasa bayanganmu
mengikutiku...

Mengapa begini
diriku tidak kau sayangi
izinkanlah aku berlalu pergi
dengan rela hatimu....

Tanpa ada bnci.

>>>

Usah rindu jadi alasan
untuk memujuk luka yang dalam.

Usah air mata kau tumpahkan
kerana hatiku seakan beku.

Usah juga bertanya khabar
kerana aku ingin lari sejauhnya.

Biar rindu, biar tangisan, biar seribu penyesalan kau
tunjukkan
aku sudah tiada rasa
segalanya seakan hilang dari hati tanpa makna.....

Nukilan Zuraida Dewi

No comments:

Post a Comment