Tali leher labuh ke perut
Dipakai mari bawa ke pejabat
Naik kereta berhati-hati
Banyak sihir hendak menjerut
Malam ngeri kembali bertambat
Dihembus merata seringai menanti
>>>
JIN
Sepintas bertafsir bayangan yang hadir
Dapat dirasakan ia tidak bertabir
Lidah yang sedari tadi kering
Kini basah tiadalah gering
Mahu ataupun tidak berdepan jua
Kerana hanya ALLAH berkuasa
Ke atas sekalian makhluk NYA
Nukilan Suffian Ismail Hamzah
No comments:
Post a Comment