Followers

Saling berbagi rasa dalam menitip kata-kata terindah yang 'kita' punya...
maafkn bahasa ku..
x trniat sakitkn hati mu..
namun ku mohon tlg mngerti..
aku ingin kau bahagia..
tanpa bayang ku lg..
lepaskn lh..
biarkn aku pergi.

Nukilan Melastik Ke Bintang
Biarkan aku sendiri
beri aku waktu
mengusir pilu
oleh pedih yang bertamu
pada garis temu semalam
antara aku dan kau
aku, bagai kehilangan dirimu
cukup
tusuk lukanya
yang menghujam dalam diam
entah bila akan membaik
kerana yang ku tahu
tika ini masih lagi merah

JaWanis @NAB
JB11022016-11:51pm

>>>

Jauhku tetap ingat akanmu
Dekatku tak bisa diikat selalu
Cukup pena-pena temu hadirku hadirmu
Menemani masa-masa yang tak terluang lalu

JaWanis
15022016
#komradpuisi2
Hari ini untuk kita duduk berdua
Di bangku putih taman
Berbicara angan dan impian
Picisan jiwa
Ke wilayah separa sedar
Aku mahu penghubung kepada penghujung
Terserah padamu
Asal satu, kuat menahan rindu
Aku minta maaf
Perihal belum mampunya aku membahagiakanmu
Ya, terjebak pada raut pandang
Berharap bisa lebih dekat namun tak bisa
Kerana keadaan
Semua berdasar pada harap
Harap yang berawal dari senyum yang susah untuk dilupa

Nukilan Ibnu Amar
Tali leher labuh ke perut
Dipakai mari bawa ke pejabat
Naik kereta berhati-hati
Banyak sihir hendak menjerut
Malam ngeri kembali bertambat
Dihembus merata seringai menanti

>>>

JIN

Sepintas bertafsir bayangan yang hadir
Dapat dirasakan ia tidak bertabir
Lidah yang sedari tadi kering
Kini basah tiadalah gering
Mahu ataupun tidak berdepan jua
Kerana hanya ALLAH berkuasa
Ke atas sekalian makhluk NYA

Nukilan Suffian Ismail Hamzah
Tertulis rahsia antara kita
Sebuah kata kata tanpa suara
Sebaris ayat tanpa bicara
Antara senyuman dan lirikan mata
Moga kau bisa mentafsir dengan sendirinya
Kata kaku itu..ku lakarkan hanya untukmu
Senyumlaah Terkasih ..tanda setuju
Bahawa antara kita sebenarnya
Sedang rindu

Yn...
130216
1148am
Aku rindu kamu ..terlalu rindu

>>>

Tuan ...
Mahukah kamu
Andai aku melakar sesuatu
Dan ia tentang dirimu
Tentang sesuatu
Yang hanya antara kita
Ia bukanlah sesuatu yang rahsia
Tapi tentang kamu
Dan aku ingin semua tahu
Tuan
Kau kelihataannya
Amat dingin dan sinis
Namun..kau sebenar bergitu romantis
Bibirmu indah saat berkata kata
Terlihat barisan gigimu yang sempurna
Saat kau tersenyum
Bisa buat hati perempuan ku mengelamun
Bila saja kau ketawa
Hatiku amat berdebar debar terasa
Indahnya kamu pada mataku
Sempurna
Biasa
Sederhana
Bersahaja
Uuhmm..iyaa
Kau lah
Lagi aku ada siapa ?

Yn..
140216
0210pm
Hanya hanya ..uhm hanya

>>>

Berhenti
Pandanglah kearahku
Diam..
Dekatlah padaku
Hampirkan asa kita
Biar aku balut dimana luka
Biar aku sentuh dimana kecewa
Biar aku sedut pahit mu
Asal saja kau dekat padaku
Kan tega aku menantangmu
Kerna
Kaulah kekasih ku

>>>

Hanya aku
Melihat Tuan
Sambil bersembunyi dibalik rasa
Tak terluah aku
Kerna malu menguasai semua

Nukilan Yan Ismail

Bilaku rindu padamu..
Terasa kuatnya cintaku..
Terasa sepinya hatiku…
Terbangkit resah terpandang wajahmu..
Bertambahlah kasih sayangku..
Sesaat kau tak ku pandang..
Terasa sepinya jiwaku..
Tertunggu aku hadirnya dirimu..
Walaupun sekelip mata..
Walaupun hanya dalam mimpi..
Walaupun sekadar khayalan.
Betapa sepinya hidup seorang insan biasa..
Dihanyut oleh keresahan..
Dibuai oleh kealpaan…
Rindu hatiku tak jemu padamu..
Selagi kau masih ku cinta..
Biar apa pun yang memisahkan..
Namun ku tetap menyintaimu..
Selagi hidup belum berakhir..
Selagi itu ku merinduimu..
Ku seorang insan biasa yang sepi..
Sepiku penuh dengan seribu bahasa..
Yang kadang kala susah untuk di terjemahkan…
Hanya tuhan bisa mengetahui…
Tak jemu ku terus menanti..
Walaupun ajal yang sedang menanti…

>>>

dari sebuah pulau yang sepi..
ku tanyakan ombak tentangmu di sana..
ku gores namamu pada batu di pantai
ku titip salam pada camar yang berterbangan
ku bisikkan pada angin tentang rinduku
harap kamu tahu..

Nukilan AQue SaMe
Bismilahirahmanirahim
Biarlah

Hilangnya terasa
Didalam hati
Pedihnya terasa didalam jiwa

Biar lah
Jauh dari pandangan
Daripada dekat penuh seksa

Biarlah berduka
Biarlah melara
Dari sengketa
Sepanjang masa

Nanti kau tahu
Ertinya sepi
Bagaikan pisau
Menghiris hati

Nanti kau tahu
Ertinya rindu
Bagai tersusuk
Duri sembilu

Biar membisu
Memujuk rasa
Pergilah aku rela
Demi kebahagiannya

Pesona@TA
Jika cinta cuma sekadar cerita..
jika kasih cuma tika berselisih,...
jika sayang hanyalah bayang bayang,...
jadinya untuk apa aku?
menjadi parasid cintakah aku?
mereput kau hanya belas untukku...
menggagahi rasa nikmat yg sehari dua cuma...
namun itu takdirku...
redha aku....

>>>

biar cuma seketika,
biar aku bagai cendawan liar
tumbuh di saat hujan...
namun mereput dia tidak tumbang,
menunggu aku datang...
biar seketika cuma..
menagih sayang......

>>>

Telah cuba ku larutkan cinta ini menjadi pàsrah,
semakin menjadi muda aku dalam merindunya...
dan menuakan aku dalam penantian...
cinta yang cuba ku alihkan ke tinta...
rupanya bercambah lagi menjadi bait bait rasa..
memekarkan lagi bunga bunga asmara...
menolaknya seakan berbisa..
menerimanya terasa berdosa...
jadilah kita...
hamba...
cinta melankolia....

Nukilan Nur Ain
Sakit ini dahaga rindu
yang tak mahu diabaikan
kerana putihnya sinar
yang menyirami wajah
leka laksana dulu...

menyembur kata bukan tak sayang
sembunyi wajah bukan tak rindu
lama tak jumpa tak putus rasa
di angin lalu ku alun kasih
menyendiri asa..

..terhambat suasa duka

wahai alam ku dambakan hembusan salju
biar bulan menangis tapi aku tak mahu
biar matahari panas tapi aku tak terik
cahaya ke cahaya mencari kandungan
tiada tangis kerana tangis itu sudah dikuburkan...
alahai... aduhai
mahu ku kucup bayangan..

.. tapi mana bisa ada bebayang
.. tanpa tangis sang rembulan
.. tanpa terik sang mentari
kerana mereka kandung cahaya
..dan cahaya lahir bayang..

Nukilan Farid Krx
Ragamnya manusia,
Ada kala sayang, itu saat diperlukan saja
Ada kala sayang yang ada cuma ucapan dibibir
Ada kala sayang yang ada cuma ingin memenuhi kehendak dihati
Saat semua tercapai, mulalah beribu alasan diluahkan,,
Perlahan perlahan pergi, meninggalkan semua kenangan manis yang didalamnya terisi rasa yang sangat pahit untuk diterima,,,
Nak buat apakan kalau dah terkena dengan manusia sebegini rupa, dah perasaan manusia terselindung dibalik hati, mana nak tahukan

>>>

sebeginilah aku
...
seumpama pelangi
bertandang sekadar waktu
kemudian berlalu pergi
terjemahkan naskah asmara cinta,
.
sebeginilah aku
yang sering terumbang ambing
sepi menikam kalbu
bertali temali,
jantung dililit resah
menggetari kerinduan
.
entah pada siapa,
barangkali pada yang kesuma
yang dukanya
mendung di mata.

Nukilan Mohd Faizal
Tak usah ditanya aku dengan soalan yang besa
menggugurkan air mataku.. kau takkan tahu
terkasih..jiwaku kegelisahan..jiwaku keresahan saat
dikau tiada disisi..aku berpura2 seolah tiada apa yang
terjadi kerana aku tahu tentang keberadaan dan
keadaanmu.. namun terkasih..usah dibawa hatiku jauh
dari hatimu..kerana ianya menyakiti aku dalam diam..
mengasak keras jiwaku tanpa kerelaan sedangkan aku
mahu bersama kamu..melewati tanpa berpisah..
bersama agar hilang gelisah

Hanna Hassan
Cinta pengisiannya ada,

keindahan
Kedamaian
Tawa riang
Tanggisan
Sayat
Sabarlah

Rencah hidup ada segala macam dalamnya tergantung
bagaimana menangani .

>>>

TAKDIRKU BUKAN MEMELUK BAHAGIA
BIARPUN AKU TERLALU INGIN
Oleh:JaWanis @ Nor Azah Bahrim

Kerangka indah kisah kasih
akan termaknakah
andai titik akhir
telah menanti di hujung jalanku

Kini, aku pasrah
biar terbit keluh menyesali di hati
akan titik noda dan nista yang melekat
pada diri ini juga;
akan cintamu yang ku tolak
bisa berbuat apa lagi aku kini

Perlu kamu tahu
aku bukan lagi yang dulu
lirik riangku telah memakan diri
pesona anggunku tidak lagi bermakna
alur lekuk tubuh ini tidak sesubur lagi
rawanlah yang lebih menguasai aku kini
yang cuma menanti masa pulangku
ke sana

Biarlah
andai impiku cuma mimpi
yang sementara
cukup rasa indah yang pernah
kau hulurkan buatku seketika

Kerana
takdirku bukan memeluk bahagia
biarpun riang pernah bertahta
Aku juga seperti yang lain
ingin di cinta dan merasakan bahagia
namun bukan itu takdirku

Ya,
akulah Ryantono
yang tak punya cinta sejati didakapan biarpun terlalu ingin

Senibong, Johor Bahru
05022016-1:50am
Nukilan jiwa

# Event_JelajahSastera_SRH.. dari sebuah cerpen yg wanis ikuti digarap menjadi puisi

>>>

~AKU BUKAN UJIKAJIMU

Jika cinta padamu
hanya sebatas angan
bukan impi yang kau sisipkan
kemas di hati
usah jadikan aku
bagai cendawan liar
tumbuh subur saat hujan
yang hanya kau jamah enaknya
tanpa kau rasakan hadir dekatnya

JaWanis@NAB
JB10022016-8andai

>>>

KU BERHARAP
Ku berharap
rindu antara kita
tidak pernah beranjak pergi
biar kadang jalan cerita
menemui masa-masa yang sepi

Ya, begitukan
Indah tautan jauh dekat
bukan cuma ukwah diikat
tapi rasa kasih yang menuang
kita sisip kemas berbajakan sayang
kita siram suburnya pada rindu
yang tiada tuntas alirnya

Indahnya
kebersamaan ini andai

Seringnya kita saling menghargai

JaWanis @ NAB
Senibong, JB
12022016-8:01am
Nukilan jiwa

>>>

Sayang..
Bukan sekali-kali
aku berniat untuk melukakan dirimu
bukan juga mencubit ketenanganmu
~Jika takdir begitu adanya harus bagaimana lagi bisa
ku berbuat. Hanya kemaafan untuk sekian kalinya ku
pohon darimu~

JW-11022016

>>>

Riang itu kamu
Ku bahagia
Biar tak terlihat
Aku ada ...
Salam telah bertaut
Ukwah sudah terikat
Usah keliru membuat sulit mendekat
Usir jauh rasa yang bisa membuat larat

JaWanis

>>>

SERINGNYA BEGINI
KERANA ADA RINDU YANG TERTUANG

Merenung jauh
di sudut bisu sendiri
yang seringnya begini
entah apa
yang membuat bibirnya terdiam
sayu mata mengirimkan pesan
ada rindu yang tertuang
buat kamu
Ya, buat dirimu
tapi ...tak bisa aku ucapkan
biarlah
andai diamku
bisa membuat semuanya nyaman
aku akan begini
seperti waktu itu

JaWanis @ NAB
Senibong, JB
12022016-7:44am
Nukilan Jiwa

>>>

MENGAPA
Oleh; JaWanis @ Nor Azah Bahrim

Andai larik indah itu rindumu
yang kau tulis tentangku
mengapa aku
merasa terlalu asing akanmu

Atau;

hanya rasaku cuma
akan jauhnya dirimu padaku
dari terbit mentari hingga kini
benarkah

Entahlah;

apa yang harus ku katakan
di mana bisa ku maknakan rasa ini
kerana ada tanya yang mulai bermukim
ada jawab yang belum bertandang

Senibong, JB
11022016-1:13am
Nukilan jiwa

>>>

" RINGANKAN QALBUMU "

Kala hati tak bisa menebak pilu
Suram tersirat tanpa bicara
Nostalgia membuka luka
Tanpa suara kerna diammu
Tak dapat di bimbing qalbu
Meski kepingan luka di lempar jauh olehmu
Atasnya langit biru
Namun jiwamu tetap pilu
Coba bentangkan dalam lakaran
Titipkan bagai untaian rasa
Sedih luka pasti berkurangan
Tiada lagi sepi dalam luka
Ringankan Qalbumu tuan
Pohonkan dan pasrahkan
Pasti di dengarkan Tuhan
Pintu kebahagiaan luas di tebarkan.

~JaWanis~11:17pm120214

>>>

Sehijau mata memandang alam
suria pagi memancar riang
syukur pada pencipta alam
masih nikmati pagi bersama tersayang
Hujung pandang terlihat ladang
menghijau subur tanaman ternakan
selamat pagi sahabat tersayang
moga pagi yang ceria buat sekalian

JaWanis@ NAB
Senibong, JB-13022016

semakin ku trlelap..
melihat mereka bertingkah..
x tau na bt apa..
ingin mnyanyi takut di herdik..
mahu berkata xda kata..
hndak mnulis kosong di Minda..
sukar rasanya tuk aku trus menari..
maafkn aku...
andai aku memilih utk pergi..
kn ku tgglkn semuanya..

>>>

sggh aku x tau...
apa yg harus ku buat .
hanya memerhati..
hnya membaca..
jiwa kosong..
fikiran celaru..
perlukh aku trus begini..
menatap tarian indah mu..
wlu hatiku trus mnyanyi..

>>>

dn stp mlm yg sunyi..
helaian kngan trselak satu satu..
bagaimana hrus aku menahan..
sebak yg pilu mncengkam hati..
hnya mampu aku trus mnyyi..
lagukn keindahan yg sdah brlalu..
moga bahagia abadi milik pemiliknya..

>>>

pergi lh andai itu mahu mu..
xkn ku menahan...
wlu aku pnya kuasa..
xkn ku halang..
wlu ku mampu..
x jg ku kecewa..
wlu ku punya rasa..
kerna yakin aku tau..
jauh mana pn pergi mu..
x Kira mana tuju mu..
kau pasti patah balik..
mngenggam tgnku penuh jji..
bahawa kau xkn tgglkn ku...

Nukilan Melastik Ke Bintang
Telah aku mendalami kesetiaan ini
Kepadamu jua aku pertaruhkan
Segala kudrat tanpa khurafat
Takkan kupindahkan rasa setia
Selagi mekar kubernyawa
Jangan takut untuk berdiri
Beranilah ketika berlari

>>>

Sembunyikan bicara daripada kosong di kiri
Kerana di kanan jujur memberi
Takut kiri yang cemburu menghasut nanti
Siapa pula yang tolong buat diri

Kencang irama oleh angin bibir
Daripada bisikan jadi taufan
Sungguhpun mengintai di balik tabir
Megah yang halus mati tak berkafan

>>>

Tak perlu ada paksaan
Tak guna dipaksa-paksa
Selagi ada kemungkaran
Dosa tetap berleluasa

>>>

Kalau keadilan sudah dibuang
Mana mungkin hubungan berkekalan
Kalau sudah begitu permintaan
Masih banyakkah bagi kita peluang

Bermusim kita bersama di arena ini
Tiada pernah kaulahirkan simpati
Bila kemusykilan bersarang di hati
Nampaknya istilah ini tak sampai ke mati

>>>

Luka semalam duka hari ini
Setitik darah tercalit di hati
Apakah mungkin diulangi lagi
Sejarah bernoda yang dicuri

Lumpuh sudah kepercayaan jiwa
Lenyap harapan keyakinan saksama
Diturutkan hati dah tak manu bersua
Biarkan berpusara ingatan bersama

>>>

Nyenyaknya engkau dari malam
Hingga sekarang masih di atas tilam
Apakah nak disambung sampai kelam
Pesan di kanan di kiri tenggelam

Sukarnya untuk terima nasihat
Terasa mulut dah naik penat
Takkan nak tunggu ke liang lahat
Baru tersedar setelah tenat

Kerja pula bermalas-malasan
Tahu nak bergayut dengan pasangan
Tak ada duit nak minta ihsan
Ujian Rasulullah kaufikir ringan ?

Nukilan Suffian Ismail Hamzah
Berkali-kali aku kau tinggalkan
namun diriku tetap tidak engkau lepaskan,
apakah yang kau harapkan
pada wanita seperti aku
serba kekurangan.

Aku benar ingin jauh darimu
ingin ku hilang dari pandanganmu
namun setiap langkahku
tetap terasa bayanganmu
mengikutiku...

Mengapa begini
diriku tidak kau sayangi
izinkanlah aku berlalu pergi
dengan rela hatimu....

Tanpa ada bnci.

>>>

Usah rindu jadi alasan
untuk memujuk luka yang dalam.

Usah air mata kau tumpahkan
kerana hatiku seakan beku.

Usah juga bertanya khabar
kerana aku ingin lari sejauhnya.

Biar rindu, biar tangisan, biar seribu penyesalan kau
tunjukkan
aku sudah tiada rasa
segalanya seakan hilang dari hati tanpa makna.....

Nukilan Zuraida Dewi
kawan.. tersenyumlah, karena senyuman mu sangat
indah.. lihatlah ketulusan awan yg rela berbagi dengan
pelangi.. begitu juga dengan ruang hatimu, tidak
mungkin terisi penuh dengan semua keinginan mu, ada
sedikit ruang yg mungkin tersakiti.. segores luka jangan
mematikan langkahmu.. kawan.. bersabarlah, jangan
mengabaikan waktu yg tersisa, jangan membuang air
mata dan menjerat bathin mu dalam derita.. segeralah
bangun ruang2 ketabahan dalam ruang hatimu, warnai
ruang itu dengan cahaya kesungguhan.. jika ruang itu
kokoh, kuat dan bercahaya, maka itulah iman mu.. |
kawan.. jika setiap masalah sama dengan matematika,
maka rumusnya adalah “pasti“.. pastikan waktu yg
tersisa hanya untuk mencari yg terbaik..! pastikan
airmata yg mengalir hanya untuk bersyukur..!! pastikan
setiap cobaan adalah ujian bagi iman mu..!!! pastikan
setiap kesungguhan adalah kunci menuju gerbang
kesuksesan !!!! pastikan dirimu sebagai pribadi yg
tangguh..!!!

>>>

tak pernah sekalipun aku bertemu denganmu,
mendengar suaramu, menyentuh kulitmu atau
memeluk hangat tubuhmu.. namun, disini.. aku selalu
merasa hadirmu dan didalam sebuah ruang yg
bernama hati, izinkan aku selipkan namamu sebagai
pelengkap kebahagiaanku.. very nice to know U, hope
always save your name in my deepest heart.

>>>

ada saatnya kau pergi dan aku bisa mengerti.. ada
saatnya kau diam, namun aku bisa menangkap cukup
alasan untuk menjelaskannya.. ada saatnya kau
menghilang dan aku tak hendak mencarimu.. ada
kalanya kau bicara tentang banyak cerita dan aku
bergeming tak terbakar.. namun, aku yakin satu saat
kau akan kembali, kepadaku.. mengajakku menghitung
hari” lalu dan selalu kau tanyakan hal yg sama,
mengapa aku tak pernah cemburu..? mengapa aku tak
pernah gundah saat kau tinggal..? mengapa aku selalu
bisa menerimamu kembali..? mengapa aku tak pernah
berubah dan jawabannya senantiasa sama..? karena
aku percaya, aku terlahir hanya untukmu.. [..I was born
to love U..].

>>>

andaikan cinta bisa bicara, maukah kau
mendengarnya..? setiap kalimatnya pasti ada keindahan
dan setiap iramanya menggetarkan jiwa.. bagaimana
reaksimu..? andaikan cinta itu berlidah dan mampu
mengatakan yg tak sanggup ku ucapkan, mungkin
setelahnya ku tak kan berani menatap matamu lagi..
kubersyukur pada Tuhan, membuat cinta yg tak
bersuara sehingga kau tak perlu tahu ini, tentang
perasaan tersembunyi dalam hatiku.. cinta takkan
mengatakan, bahwa kuingin kau tetap tinggal selamanya
disisiku, jangan pergi.. | bila cinta bisa mengatakan
semua, ku tak yakin kau kan senang.. biarlah semuanya
tersimpan, menjadi kenangan indah untuk ku kenang

>>>

hidup memang pilihan, namun terkadang ia datang
tanpa dipilih terlebih dahulu.. entah memilih atau
terpilih “life must goes on..” meskipun tertatih menahan
sukma dalam raga, meskipun jerih menatap mata penuh
curiga dan meskipun letih mengurung harap dalam asa..
sukma [ku][mu][dia][mereka] biarpun redup namun
harus tetap menjadi cahaya.. untuk [ku][mu][dia][m
ereka] jadikan hidup ini menjadi indah meskipun dalam
lara, jangan biarkan jerih mencumbu asamu, bangkitlah
dengan tegar hati dan penuh senyuman.

>>>

cinta.. kepercayaan merupakan ketenangan hati.. cinta.. penantian merupakan penderitaan hati.. cinta.. ada kerinduan, harapan dan impian.. cinta.. disana ada kesetiaan dan penghianatan.. [cinta.. tempat kau dan aku berada.

>>>

aku disini dgn diriku.. ya, inilah aku.. tak seindah apa
yg pantas dikagumi dan pasti tak setangguh apa yg
pantas dibanggakan.. namun dengan semampuku, aku
terus berusaha menjadi apa yg pantas untukmu..
menurutku.. ...tak perlu sempurna tuk dicintai dan tak
perlu tanpa kekurangan tuk mencintai.. karena cinta
datang dari sebuah ketulusan akan jiwa yg
merasakannya.. ..aku dengan apa adanya aku, ingin
menjadi yg tertera di hatimu tanpa batas.. karena
dengan begitulah kutancapkan cintaku yg
sesungguhnya.. terpancar dari jiwaku yg hanya
untukmu.. telah kutorehkan kisah kita pada hatiku,
mungkin terlalu sederhana dan tak begitu mewah..
namun dengan segala keterbatasanku, telah kuciptakan
ruang terindah dalam hatiku yg kuberikan hanya
untukmu dengan segala kisah kita.. yang berhiaskan
cinta dan ketulusanku.

Nukilan AQue SaMe
Sesungguhnya..
Ada satu rasa !! Keindahan dalam jiwa masing masing
.. Ia seumpama SATU TITIK kecil
Namun disitulah semua rasa rasa dijiwa kita terkumpul
..
Terkadang ada didalamnya rasa sedih, kecewa, suram ,
kelam ..rasa pelik ,tenang, rasa teruja dan terindah
adalah rasa bahagia .
Jagalah TiTiK itu jangan sampai rasa dengki
menguasaimu..jangan sampai rasa cemburu membuta
tuli menjadi pertunjuk arahmu..
Bersihkan ia
lapangkan ia
Tenangkan ia ..
Keterbukaan dan redha dalam apa jua penerimaan dari
setiap pemberian ..insyaAllah walaupun titik itu kecil
tapi rasa positif yang kita lalui akan menguasai
sekeliling kita nanti
Jangan ada dengki
Titik itu adalah HATI

Assalamualaikum semua !
Salam indah salam sejahtera buat seeemua sahabat dan
rakan taulan
Hidup jua adalah satu PEMBERSIHAN
Maka bersihkanlah HATIMU , SUCIKANLAH DIRIMU

Yn..
100216
0820am..
Indah HATI MU ..akan terpancar NUR diwajahmu ..,

>>>

Terkasih
Sebenarnya aku ingin bercerita tentang kamu
Tentang rahsia indahmu
Yang sentiasa nyanyikan aku
Lagu lagu cinta itu
Katanya..
Tak perlu
Kerna biarlah hanya aku yang tahu
Rahsia indahku itu
Adalah kamu
Memiliki hatimu
Punyai cintamu
Dan aku
Hanya mampu
tersenyum malu

Yn..
090216
0100pm
Indahnya ..uhmmmm

<<<

Saat kau ucap selamat malam
Rindu terus datang
Mencuit ruang hatiku yang paling dalam
Sedang baru sesaat tadi terlerai
Rindu yang semalam terusai
Dan perlahan lahan aku relakan kau pergi
Dengan janji akan kembali
Selamat malam Terkasih
Jagalah hatimu
Pejamlah matamu
Dan mimpikan aku

Yn..
090216
1211am
Selamat malam cinta

>>>

Cinta disana ada setia
Cinta disana ada luka
Cinta disana ada harapan
Cinta disana kemesraan
Cinta disana aku yang tega sakit kerna
Cintamu

>>>

Beb..
Ini puisi rock untuk kau
Yang aku taip sejak lepas subuh tadi
Buat kau sahabat jiwa sahabat hati
Untuk membakar semangat lembutmu
Semangat jiwang kita yang melayang tak menentu
Beb..
Terasa ingin benar membawa kau keluar daerah
Mencari tempat yang bisa kita menjerit sekuat hati dan tiada yang kesah
Tempat yang jauh dari hiruk pikuk kota besi
Yang pendikkan fkiran penghuninya seperti kita ini
Mengejar masa tapi masih tak kemana mana..
Beb..
Jom kita cari air terjun..
Berkubang sampai basah lencun.
Biar kecut seluruh tubuh
Diminda jiwang kita jangan fikir apa apa dan tidak mengeluh
Hanya lalui hari itu dengan gembira,
Pedulikan yang lain kau aku ada itu yang utama
Sesekali keluar kandang
Kita terbang bak burung layang layang
Bukan kita buat dosa ..
Sesekali saja kita cuci mata dan minda
Hanya menghabis masa bersama.
Mencari diri kita sendiri yang selama ini tertimbus dengan rutin hari
Aku ingin melihat kau senyum dengan betul semula beb..
Bukan palsu seperti hari ini
Ingin mendengar ayat motivasi darimu..
Yang lembut tapi menghiris kalbu
Ingin benar aku cubit lengan kau.untuk kau bangun semula
Bersemangat seperti yang aku mula mula jumpa
Beb.. bangun laa
Lontarkan suara merdumu dicorong radio itu..
Aku rindu bila kau menyanyi sumbang macam dulu dulu
Aku rindu cara kau bercakap bak keretaapi terlebih bahan api.
Aku betul betul rindu akan nakalmu beb
Lupakanlah semua..Hidup kita tak akan sunyi dengan masalah
Yang penting semangat kita masih ada untuk kita lontarkan Auranya dan berkongsi dengan insan yang lainnya
Berkongsilah denganku pahitmu
Kau sahabat ku
Kita jarang bersua tapi kata semangatmu membakar jiwa
Bangunlaaa beb
Lupakanlah seemua

Yn...
110216
0630pm
Saja ... relax yaa ..

>>>

Terkadang
Kita bergitu ingin menyakiti hati sesaorang
Namun
Sebenarnya hati kita jua teruk tersakiti
Ia bagai menghiris dan luka sendiri
Sesungguhnyalah
Bukanlah enak menyimpan raasa marah
Namun ia perlu kita lepaskan
Tidak disimpan
Kerna kelak ia menjadi sakit dan
Terbeban

Yn..
110216
0820am
Selamat pagi Terkasih... uhm

>>>

Ia bagai
Sesuatu yang tidak dihargai
Hanya terbiar
Maaf
Aku mungkin terlupa
Disana ada hati yang perlu kau jaga
Lalu aku tega
Untuk padam semuanya
Biarlah
Biarkanlah
Maafkan aku untuk kali ini
Kerna
Terlanjur berani

Yn..
100216
0920pm
tak sama lagi,kerna sakit tu disini

>>>

Terkasih
Apa lagi harus aku katakan
Saat curangmu kau perlihatkan
Sedang saat itu hatiku berusaha percaya
Pada bicara indahmu
Dan janji janji itu
Harus apakah aku
Mengalahkah
Membiarkan saja kah
Atau mengusur dirimu dengan pertanyaan
Sedang .. jawapannya
Telah terang dan jelas
Kelihatan

Yn..
130216
0200am
Aku mulai tahu. Aku bukanlah dunia mu yang kau sebut
sebut selalu ..uhm

>>>

Tahukah kita ..
Terkadang suara atau cara kita bergitu menjengkelkan..
Terlalu mengeluh
Terlalu merengek
Terlalu meminta minta
Hinggakan perkara yang paling sulit pun kita kemukaan
Justeru hanya untuk sebuah PERHATIAN
Sebenar benarnya semakin banyak kita bercerita
Semakin banyak jua keburukan sendiri yang kita
perlihatkan
BERHENTILAH mengeluh ..
Usaikan dulu harimu..dan kemudian nilaikan apakah
kamu
Apakah KITA hari ini ..siapakah kita hari itu
Penerima atau pemberi
Pengkritik hebat.. atau insan yang telah berkerja kuat.
Istifarlah dalam diri.
Dan BERSYUKURLAH setiap kali
Kerna kita masih bisa melihat keluar rumah
Kita bebas bergerak
Bernafas dengan udara segar
Telinga mendengar setiap bunyi yang ada
Bibir masih bisa mengukir senyuman semanisnya
Dan lidah punya rasa serta bergerak berkata kata
Inilah kehidupan..
Pahit atau manis ia harus jua kita teruskan
Jangan lah.., bila buka saja mata ucapkan pertama kita
"AKU JEMU DAN AKU BOSAN pada kehidupan "
Bukankah lebih bagus kalau kita memuji Tuhan
"TERIMA KASIH YA TUHAN.."
Kerna masih beri aku ruang bebas dibumiMU yang luas
terbentang
Ia penuh cabaran untuk aku tega dimasa mendatang
Dan sesunggguhnya ..
KEHIDUPAN JUGA ADALAH PENCARIAN
Makanya..carilah yang hakiki
Bukan semata mata harta duniawi
Kerna ia tak akan bisa dibawa mati

Yn..
120216
0930am
Paluan mara telah dibunyikan
Senyap radio bagi menjaga kerahsiaan
Tinggalkan keluarga dan taulan
Negara tercinta terjaga kedaulatan
Yang tinggal di sini hanya sebilangan kecil
Biarpun kerdil tapi otak ligat macam kancil
Biar mandi peluh jangan mandi darah
Pantang undur mara kami gagah

>>>

Di era showa dan heisei
Aku disajikan dengan cerita dari genre tokusatsu
Kamen Rider
Metal Heroes
Super Sentai
Mecha Anime
Dialih bahasa dengan gaya kita
Terasa ingin ke zaman itu
Zaman kanak-kanak yang bukan kanak-kanak ribena

>>>

ROCK N ROLL
============
tulisan itu menghujam
segalanya
walaupun sering ditikam
dengan kata maaf
dia punya alasan tersendiri

rambut panjang ikal mayang
seluar dan baju ketat bundle
dijodohkan
mungkin agak sempit
namun fikiran tidak sesempit
seluarnya

dari tutur kata, lagak dan gaya
mungkin kelihatan kasar
tiada adab
lu gua rock n roll sampai senja
bahagia itu kita yang rasa
dan bahagia itu tidak boleh dibuat-buat

>>>

Dari DiGi ke DiGi dia menelefonmu
Menghantar pesanan lewat aplikasi WhatsApp
Berbual secara video di aplikasi imo
Mengharap damba
Menghitung waktu ketemu
Antara dua hati
Alata dan kamu Eri si Gosei Pink

>>>

#komradpuisi

apa saja ekspresi kata yang cipta keindahan saat
berbicara akan aku terima sebagai sesuatu yang
puitis.
tidak perlu ada kesangsian terhadap kebebasan untuk
memberi apa saja nama pada puisi.
dan tidaklah pula puisi itu pernah mati jiwanya
yang pernah, sudah mati itu adalah manusia yang
menyangkal kata dalam kekosongan
tanpa perjuangan yang jelas.

Nukilan Ibnu Amar
Takrif cinta yang berbagai-bagai, ermm, bagus nian
Pada lumrahnya,semua orang ingin bahagia dalam percintaan

manusia tanpa cinta serupa lilin tanpa sumbunya,
sumbu tanpa apinya, sering memberi cahaya,
menerangi jiwa, namun kerap juga membakar diri

Tiada cinta yang sempurna melainkan cinta Allah kepada makhluknya, oleh itu berpada-pada dalam memberi cinta
supaya apabila terluka, tidak sampai berdarah, dan kekal parutnya

Nukilan Vino Ria

Katanya
Aaaduhhaii
Rindunya
Menggamit pada sebuah cinta
Pada rasa yang tak tertahan dalam
Rindunya
Sentiasa subuh mekar
Walau mentari yang awal meninggi dan kini mulai
tenggelam
Rindunya
Sentiasa ada
Walaupun aku tak bisa melihat
Namun..
Aku bisa merasa

yn..
050215
0610pm
Indahnya rindumu..menggamit rinduku

>>>

Katanyaa
Aaaduhhaii
Tidak mendengarkah kau akan suaraku
Yang sebentar tadi
Baru saja menyeru namamu
Tidak terasakah kau akan auraku
Yang baru tadi melintasi bahumu
Tidak terbaukah kau akan bau tubuhku
Yang baru sebentar merapati jasadmu
Kau sungguh indah
Aromamu sungguh segar
Bisa saja bikin hati lelakiku berdebar
Kau makin cantik
Setiap kali senyuman mu melirik
Sukmaku bagai di jentik jentik
Kau sungguh pesona
Suaramu menggegar sukma
Pasti malamku pergi tanpa lena
Kau istimewa
Walau saat wajahmu bermimik masam
masih bisa buat hatiku geram
Sungguh..
Aku ingin miliki ceriamu
Indahmu
Kelembutanmu
Wangimu
Manjamu
Nakalmu
Kasih sayangmu
Aaarrhh ..
Terkasih
Aku ingin miliki kamu

Yn..
070215
0630pm
Katanya ... uuuuhmmmm indahnya petang bersamamu sayang

>>>

Aku ingin hidup lebih lama lagi
Aku ingin berjalan jauh
Aku ingin menjelajah dunia
Aku ingin menggapai cakrawala
Aku ingin melalui hidup yang sederhana dan indah sebiasa
Seemuanya aku ingin
Kerna kau adalah alasan nya
Untuk kesemuanya

>>>

Disana
Kau mengeluh
Disini
Aku berpeluh
Disana kau sepi
Disini aku enggan berbunyi
Disana kau hanya melihat
Disini aku bersahaja dan mengeliat
Disana kau
Disini aku
Kita acap kali bertengkar dalam bahasa kaku
Pun bergitu
Kau jua yang aku rindu

Yn..
070215
1230am
Aku sayang kamu selalu ♡ selamat malam Terkasih

>>>

Pagi yang indah
Saat alam disapa suria mentari
Embum mulai mengering didedaun rasa
Jasad mulai mengeliat
Menegangkan belikat kudrat
Tanda sedia mulai hidup dihari baru
Mengharap bahagia yang sukses menanti
Walaupun kita tahu dihujung kesudahannya
Belum pasti
Pun kita bergerak dan berusaha
Agar setiap saat yang kita lalui
Tidak sia sia

Yn ..
070215
0920am
Hanya ingin kau ,aku bersama
Kolaborasi Ibnu Amar & Nor Azah Bahrim

Ibnu Amar/

Di penghujung cerita
Aku dan kau dalam pengikat kata
Dalam noktah bertindih
Masih dalam seruan
Hingga timbul tanda tanya

Nor Azah Bahrim/

Tanya yang tak pernah
kau mahukan jawapannya
lalu bagaimana untuk aku jelaskan
atas semua yang berkisah

Ibnu Amar/

Semuanya dalam kisah hidup bertatabahasa

Sabtu, 6 Februari 2016
Dinding Rasa, ACP
TITIK SUDAH DI PENGHUJUNG CERITA
Oleh:JaWanis @ Nor Azah Bahrim

Berakhir semua lukisan riang kita
terhenti oleh cemburu yang bertahta
yang tidak pernah mahu menanti cerita
benar atau tidak yang mengkhabar berita

Di batas waktu kiam
aku cuma bisa berdiam
tanpa bisa memberikan alasan, kusam
warna riang kembali muram

Ketidaksabaranmu membawa retak
biar bukan minta dan kehendak
namun kerana orak sarak
titik cemburumu telah membina jarak

Lumpuh dinding riang
cuma-cuma tertinggal walang
biar kasih dan cinta selalu dibilang
andai percaya telah hilang

rindu pergi tak akan pulang
Titik sudah di penghujung cerita
aku dan kau bukan lagi KITA
Senibong, JB

05022016-9:45pm
Nukilan Jiwa
PERSAHABATAN.....

Persahabatan yang terjalin
Mempunyai pengertian terlalu suci
Justeru usahlah
...Dicemari sinaran kepalsuan

Sesungguhnya
Resepi untuk mengindahkan lagi persahabatan
Hiaskan dengan
Kesetiaan, kejujuran dan keikhlasan hati

Sahabat..
Terima kasih kerana menghargai
Erti sebuah persahabatan suci
Menjaga hatiku penuh kejujuran
Dan keikhlasan hatimu

Doaku
Semoga antara kita akan menjadi
Insan bertakwa, beriman
Dan berilmu tinggi
Serta dapat melalui liku-liku kehidupan
Dengan kuntum senyum kebahagiaan

Harapanku agar perhubungan kita
Yang terjalin erat
Berkekalan dan tidak akan pudar
Buat selamanya…

Hussmat Bachok

>>>

PADA MALAM ITU......

Pada sunyi malam itu
maka berdirilah sebagai dicinta
di hamparan malam
mencari titik berikutnya
bersama haruman doa
dan manis harapan pada manik embun
yang menghampiri diri di dinihari
dan dalam syahdu malam itu
ada hangatan jernih
menitik di tapak tangan dan hati
berterima kasih dan syukur
pada yang berhaknya
itulah rindunya
malam itu bintang meribu
dingin bayu menderu
titik embun memburu
bulan pun tersenyum malu
matahari bermimpi di peraduan
di langit, darat, laut dan angkasa telah merestui
dan sang putera pun menangis lagi
dalam syahdunya malam dan rindunya.

Nukilan Hussin Mamat

Kadang-kadang aku rasa akulah
lelaki yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta
Kadang-kadang aku rasa
Akulah lelaki yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena
Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu
kadang kadang aku rasa aku alpa
Untukku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pendamping ku
Kadang-kadang berjauhan dengan mu
aku rindu...
Akulah lelaki yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai wanita!

>>>

cinta itu hutan.. meneduhkan dan cantik, terkadang membuat kita tersesat didalamnya.. cinta itu matahari.. panas dan membakar, tetapi berguna untuk kehidupan.. cinta itu hujan.. selalu membuat kita berlari agar tidak basah olehnya, tetapi selalu ditunggu saat kemarau datang.. cinta itu awan.. berarak beriringan dan terkadang hilang entah kemana.. cinta itu “kamu“.. kadang menyeksakan tetapi juga kurindukan..

>>>

seharusnya jurang bukanlah alasan.. betapapun lebar, dalam dan panjang tak bererti harus saling diam.. “mungkin” jurang memisahkan, bukan bererti tak mampu memandang bukan..?? isyarat hati tak mampu dibohongi, kita saling dengar..!! bisik itu menyentak dan tetap cinta ini menggelegar.. mata hati bukanlah ilusi, kita saling “ada” tusukan itu bukan hanya dirimu yg tersiksa, rindu ini terkadang meluka.. percayalah pada tajamnya, kita saling tatap dan tertusuk bersama.. seharusnya kita saling mencari jalan terbaik untuk kita dekat dan erat, saling berjuang membuat jembatan terindah, jurang bukan tempat kita bunuh diri, jurang bukan alasan terbaik untuk mengakhiri..!! karena “jarak” bukanlah sebuah kesalahan..

>>>

percakapan kita hanya sebatas layar kaca.. kita dipertemukan dalam dunia yg disebut “maya”, perbincanganpun mengalir seakan dilengkapi dalam pertemuan yg nyata.. dirimu menyapaku renyah, kusambut dengan senyum bahagia, kau menyebut namaku dan aku pun begitu.. jarak kita dipisahkan oleh samudera,akankah jarak yg terbentang mempersatukan kita..? entahlah, hanya Tuhan yg dapat menghendaki..

>>>

ku ingin menjadi alasan bagimu.. dalam hidup selalu ada alasan untuk segala sesuatunya, alasan untuk hidup, alasan untuk mati, alasan untuk menangis.. tapi bila kau tidak menemukan alasan untuk tersenyum, bisakah aku jadi alasan untuk itu..? aku ingin menjadi alasan untuk semua hal indah yg terjadi.. bukan alasan mengapa kau terluka, bukan alasan mengapa kau menangis.. aku ingin menjadi alasan mengapa kau terlahir ke dunia, aku ingin menjadi alasan untuk kau mencintai, bukan untuk kau lepas dan lupakan.. bisakah aku menjadi alasan bagimu..?? alasan untuk kau bertahan menghadapi kerasnya beban kehidupan, alasan untuk kau bertahan saat sakit.. alasan untuk kau berjuang menggapai impian.. alasan untuk kau mencintai.. aku ingin menjadi alasan bagimu untuk segalanya, karena kau pun selalu menjadi alasan bagiku..!

>>>

Cinta itu indah, bila kita bahagia kerananya dan cinta itu menyiksakan bila kita derita kerananya.. cinta itu banyak definisinya, ada yang menganggap cinta ibarat air yang sentiasa mengalir.. ada yang menganggap cinta ibarat mentari yang sentiasa menerangi.. ada yang menganggap cinta ibarat bintang yang seringkali menemani malam.. ada yang menganggap cinta ibarat pantai dan ombak yang setia bersama.. walau sekeras mana, walau sedahsyat mana, walau sekuat mana pun ombak memukul dan menghempas namun pantai tetap setia menanti.. biar permukaannya berubah bentuk namun ia tetap rela menerima kunjungan ombak yang tak pernah pergi meninggalkan pantai..
namun bagi diriku, cinta itu ibarat roda yang berjalan bersama kehidupan. Kadang-kadang tak semua yang kita harapkan akan kita perolehi.. dan kadang-kadang apa yang kita cuba elakkan itu yang akan kita dapat. Cinta itu ibarat sungai yang ada pasang surutnya.. tak selamanya indah dan tak selamanya bergelora.. dan cinta itu anugerah ALLAH SWT pada hambanya.. itulah cinta dan kasih sayang.. kerana cinta kita lahir ke dunia dan kita membesar bersama cinta.. kerana cinta juga kita dewasa, kerana cinta kita kadangkala berdusta, kerana cinta kita gembira, kecewa, berduka, sedih, gembira, alpa. Dan kerana cinta ada dalam hati kita.

Nukilan AQue SaMe
mencari teman untuk bicara . tentang hati tentang rasa
tentang jiwa . kaukah yang kulihat semalam . sedang
tersenyum dibalik senyuman bintang . kaukah yg
kutatap semalam . sedang duka bersama laranya sang
malam .

Nukilan Ummu Syafiqah
Dapatkah bertanam bara di dalam hujan
Membina unggun berapi kencang
Adapun percikannya menyiat kulit
Menggaru gatal di tulang yang sulit

Jangan tanah dan batuan dibakar
Jika tiada arang berakar
Apabila panggang yang enak
Buat rendaman perutmu senak

>>>

Lelaki yang sentiasa bersyukur
Seorang insan akur
Patuh kepada kehendak Yang Esa
Sedikit lelah tiada putus asa

>>>

Cahaya riak matamu
Mekar dan jernih
Menghuraikan kemanisan
Mengutuskan kemaafan
Menidakkan kebatilan
Mempertahankan kebenaran
Senyuman menyentuh sanubari
Mendakap zahir mimpi suci
Kosong dendam dan benci
Semakin dirahmati ILAHI

>>>

Denai-denai hujan yang dirintis
Menzahirkan kesan tapak tanpa berjejak
Menganjakkan pola irama langkah ini
Ingin kembali mewarnai daerah hati
Yang sunyi tanpa lagu ilusi
Kelopak mata yang seakan-akan layu
Menggambarkan tari tubuh yang sayu
Serta tiada tindakbalas dalam keraian jiwa
Menuntut suntimu membela rasa bahagia

>>>

Balada cintaku mendodoikan rindu
Balada cintamu terbiar layu

>>>

Belangkas mana yang tak berkepit
Di sana dan sini asyik merapat
Tidak kisah tangan tersepit
Asalkan niat jadinya mendapat
Bersesak-sesak dalam gugusan
Dengan azam penuh kamceng
Baru nak tersedar selepas letusan
Setelah ditempa hapak dan hancing

>>>

Semua orang sukakan keenakan
Enak di mulut enak di lidah
Masuk ke dalam lazat ditelan
Segala rasa bercampur
Demikian alpa tidur yang panjang
Lena berada di dunia fantasi
Roh di sana bagai mengembara
Tak sempat pulang sepilah jasadnya

Nukilan Suffian Ismail Hamzah
Ahad, 14 Februari 2016

Wafat.

Pergi~
Pergilah lena wahai sahabat
Jalinan itu tak akan terhambat
tutup sahaja mata dengan rapat
'kan kukirim kalimah berbahasa padat
Dan selamatlah engkau ~ wafat.

Hanya tutupkan mata
dan usah dikau mengukir kata
mengundang saratnya air lata
terjunnya mengundang rasa meta.

Kupamirkan warna pantulan wajah
sehingga akhir tak akan terpisah
pabila kau terjaga ~ ingatlah
segalanya Allah
moga syurga yang kau langkah.

Tentang cinta kita
biarlah hanya menjadi cerita.

>>>

Aku menjeruk rasa...
Menahan rindu..
Bersenandung hati ini..
Bayang pun tiada menemani ku..
Alunan yang sering memanggil ku..
Bisu..
Entah kemana ghaib nya..
Peduli nya sudah tiada..
Biar kan..


- Nuraziyah

>>>

Rinai sang hujan mengetuk jendela..
Ku mengikut rentak titisnya tuk tak tuk tak...
Boleke ku kira hujan....
Heheee...soalan bodoh ptg ni...
Tersenyum sendiri...

Melayang jauh zaman nakalku...
Hujan kutunggu...
Tangan menadah titisan dri atap ...
Terkekek gelak tawa dgn adk main hujan....
Becak lecah lantai,
basah dh baju....
Adk tgok aku, aku tgok adk....
Nakalnya idea menjadi-jadi....
Jom main hujan....
Tarian riang ....teringat semua...

Akk wa, adk man....masukkkk,
Suara mak dari dalam.....
Lariiiii.....
Rotan yg dapat akhirnya.....

Tersenyum hingga kini...
Mak...akk syg mak....
Al-fatihah....

Salwa Marjan Qaseh Salwa
5.05ptg...

>>>

Terpatri dalam jiwa insani...
yang termaktub dalam mimpi ilusi....
Akidah menjadi jaminan hakiki
Dalam menggapai redha illahi....
Sang suria mulai menampakan raut wajah bahagia...
Penuh harap...
Disana...
Sang pujangga berlalu dari mimpi panjangnya...
Menatap hari cerah
Meniti kemenangan
Demi hari esok yang
Masih panjang....

TETAP SEMANGAT....

- Farid Krx

>>>

Berlinang airmata di pipimu
Mengenang sejarah menyayat kalbu
Haruskah kau biarkan
Kau hanyut dalam sendu
Haruskah kau relakan
Hatimu dibelenggu...

Terusik hati ini keranamu
Ku petik setangkai anggerik biru
Ku hulurkan padamu sebagai hadiah
Engkau masih membisu merahsiakan sejarah...

Sahabat haruskah kau rahsiakan sejarahmu
Sahabat usah teruskan tangisan hatimu
Dahagakah kau sayang
Dari kasih yang menghilang
Rindukah engkau sayang
Belaian kasih mesra...

Teman leraikan segala kekusutanmu
Teman luas dunia, luas untukmu
Hadapi dengan sabar apapun rintangan
Seharusnya kau sabar lalui hari muka....

- Farid Krx

>>>

Sesambil menikmati nasi lelapan ayam bakar
Sesambil mengirim balas pesanan di aplikasi whatsapp
Sesambil duduk menatap bintang
Bertanya tentang sesuatu
Bagaimana waktu yang kuluang untukmu
Tak kusedari tak dapat diambil kembali
Pun kalau aku kenyesal telah memberikannya untukmu
Itu secara mutlak kepunyaanmu
Hak milik kekal
Maka aku sekarang lebih berhati-hati meluangkan waktu
Bagaimana kurang sempurna dan tidak masuk akal aku jatuh cinta padamu
Dan aku memberi beberapa kali
Sesuatu yang tak dapat ku ambil kembali, iaitu waktuku untukmu
Sesuatu yang tak dapat dibeli, iaitu kepercayaanku padamu
Sesuatu yang akhir-akhir ini menjadi hak milikmu, iaitu cintaku

Lantas, sudikah kamu memberikan ruang dan perhatian untukku?

- Ibnu Amar

<<<

... Enggan Berpisah ..

Kugubah puisi
Diantara detak jantungku
Disela denyut nadi yang mengalun

Biarlah kita mengeja malam
Melambatkan hadirnya sang fajar
Meredupkan cahaya rembulan
Kerna .. aku enggan berpisah denganmu
Biar pun masa kian dekat
Bayangmu akan aku peluk erat
Walau hanya sedikit masa cuma

Terkasih..
Yang tertera
Bukan hanya aksara di hujung pena
Atau mimpi di hujung lena
Namun ia bahasa rindu
Yang mungkin akan wujud antara kau dan aku
Dari dan dikejauhan itu
Dan selaksa nukilanku untukmu
Maknanya nanti ..
Hanya berhuruf rindu

YN.. Emotikon smile
140216
1150pm
Dan aku..tiada lelah mengira bintang Emotikon smile ♡

_______________________________
Sumber ( BERAKIT KE LANGIT )
Sabtu, 13 Februari 2016

wahai waris 3

Wahai! Waris
akan aku ceritakan
tentang samudera menghiris.

Tatkala lapang pandang,
aku jumpa satu pedang;
Mustahil aku kata : “Itu aku punya”
maka aku biarkan ia menjadi tanda tanya.

Alun demi alun bahtera gerak,
pedang itu ikut berganjak;
Mustahil aku kata : “Akulah tuannya”
maka aku biarkan lagi menjadi tanya.

Setiba masa sauh diturun,
ia datang berdarah gerun;
Mustahil aku kata : “Marilah beradu tenaga”
maka aku ambil untuk kau waris yang ada.

Namun, Wahai! Waris
jika kau guna tikam sesama seiris;
Akan tiadalah alif dalam dada
diganti merana.

- Dhamah

>>>

waktu berlalu
meninggalkan aku,
terkontang-kanting
sendiri dibanting.

Dipukul ombak
diasak ~ nafasku sesak,
apakah bahtera tombang
berjalan dalam tempang.

namun asaku tak henti
tetap ingin berlari.

- Dhamah

>>>

komradpuisi

apa saja ekspresi kata yang cipta keindahan saat berbicara akan aku terima sebagai sesuatu yang puitis.

tidak perlu ada kesangsian terhadap kebebasan untuk memberi apa saja nama pada puisi.

dan tidaklah pula puisi itu pernah mati jiwanya
yang pernah, sudah mati itu adalah manusia yang menyangkal kata dalam kekosongan
tanpa perjuangan yang jelas.

- Ibnu Amar

>>>

Kekasihku
Bila kau berlabuh
pada hati
yang
baru

Ingatlah
aku yang pernah
bersinggah
di hatimu

Walau
hanya kepalsuan
yang kau
berikan
padaku

- Pesona Lirkan

>>>

puisi itu indah

dulunya indah bahasa
berkias tak mencalar jiwa;
tapi kini berombak nada
mengikut apa ia suka.

andai tak menerima tegur
usah bermain kata hibur;
setiap gaya punya isi
bukan sengaja ia diberi.

jujur pada diri
tak usah bermain tarik tali;
andai bahasa tiada makna
ternyata singkatlah akal minda.

- Dhamah

>>>

Lelah selusuri lereng nan berbukit
Terbayang indah hanya dimimpi
Tak daya diri Berakit ke Langit
Layaknya aku hanya di bumi

Tenang mendongak birunya langit
Indahnya awan berkait-kait
Menambah ilmu dari yang sedikit
Dari kamu-kamu yang jaya berakit

Sepi itu indah sekali
kembara dalam dunia hati
Maafkan daku terkadang sunyi
Menyapa sesekali namun tetap melihat kamu-kamu beraksi

Terima kasih bersama kalian di sini..
Terlihat indah hasil-hasil puisi
Gagah daku Berakit ke Langit lagi
Rumput di bumi tetap kupijak sampai mati

Salam zohor menanti..

- Effalina

>>>

tinggi pohon di kaki bukit,
dari jauh terlihat sama;
cari ilmu usahlah berdecit,
biar susah bertahannya lama.

- Dhamah

>>>

Tinggi puncak, gunung berapit
Rabun nak jelas mata disempit;
Berdecit jua walau sekelumit,
Lumbrah manusia bila terasa sakit.

- Effalina

>>>

semak lalang meninggi di bukit,
tempat bermain binatang buas;
lumrah alam rasa sakit
bertahanlah mendekat ilmu luas.

- Dhamah

>>>

Semak lalang boleh di tebas
Penat mendaki tingginya bukit
In shaa Allah ilmu itu tidak terbatas
Berdikit-dikit walaupun perit

- Effalina

>>>

jangan ditebas semak di hutan,
biarlah ia menjadi lindungan;
usah berkira ilmu di badan,
biar dilihat sikit namun cukup bekalan.

- Dhamah

>>>

Tidak kutebas semak di hutan
Di keliling rumah pun semak berserakan
Ilmu di badan tetap kupertahan
Menjadi bekalan bertemu Tuhan

- Effalina

>>>

Aku sedang
Mengusir lenaku yang bertandang
Tadi siangnya bertarung waktu
Bertingkah
Hunus tajam masa meluka
Lelah
Lelah

- Ibnu Amar

>>>

Sedang mengusir lena bertandang
Waktu siang bertingkah berjuang
Imbaskan seketika wajah cikibum
Pasti matamu tak bisa di pejam

- Effalina

>>>

cik mawar memetik bunga;
bunga cantik harum wangi;
jika itu datangnya bangga,
buanglah riak jauh pergi.

- Dhamah

>>>

Harum baunya bunga kenanga
Di sunting mari nak dara jelita
Bangga itu sifat tak sempurna
Apa lagi riak yang bertakhta

- Effalina

>>>

sesekali izinkan aku singgah di taman kasih
melepaskan rindu di ikatan jiwa
sekian lama kugantung di langit cinta
usang di salai mentari penantian
masihkah ada pesonaku
menghiasi benang kerinduan
mencorak lukisan hayat
untuk kau kenang seorang aku
di hulu hatimu..

- Iza Sya

>>>

Lihat

Sinar semalam padat
tepat ia memahat;
jantung itu laju
langkah mengikut maju.

semalam ia lihat
pukulan yang hebat;
mengukir dengan nama
bah air jadi pena.

bak lontaran ombak
penggerak bahtera bertapak;
di situ ia lihat
cinta masih belum padat.

- Dhamah

>>>

Namanya Juga...

Bak laut;
Ada ombak beralun garang.
~Cukup kuat bahtera kecundang.

Bagai samudera;
Luas, tiada batas tepinya.
~Pabila ditenung ada di tengahnya.

Ibarat segara,
Dalam riuh pukul penuh berisi;
~Hidup bergelombang setianya tak bersisi.

Apapun namanya
dia tetaplah sama;
Beza pada corak kata
beza pada cara kita.

- Dhamah

>>>

komradpuisi2

Hari ini untuk kita duduk berdua
Di bangku putih taman
Berbicara angan dan impian
Picisan jiwa
Ke wilayah separa sedar

Aku mahu penghubung kepada penghujung
Terserah padamu
Asal satu, kuat menahan rindu
Aku minta maaf
Perihal belum mampunya aku membahagiakanmu

Ya, terjebak pada raut pandang
Berharap bisa lebih dekat namun tak bisa
Kerana keadaan
Semua berdasar pada harap
Harap yang berawal dari senyum yang susah untuk dilupa

- Ibnu Amar

>>>

untaian kata mesra
dan seribu puisi cinta yang kupunya
tak mampu menyanyangi indah wajahmu..

kau adalah keindahan
yang menghiasi duniaku..

memandangmu...
aku berharap waktu berhenti...

menyentuhmu...
seperti menyentuh sesuatu yang rapuh tapi sangat berharga...

kau adalah jejak
yang iringi langkahku...

kau adalah detak
yang iringi jantungku...

kau adalah air mata
yang iringi tangisku...

kau ada
di hatiku...

- Farid Krx

>>>

Di sudut langit
Warna memancar menembus kabut
Di sana ada ribuan cahaya...
Yang setia menghias hitam saat hari tenggelam...

Di sudut langit
Kusimpan rindu untuk seorang hamba
Yang jauh rimbanya...
Hingga mata ini buta memandangnya...

Di sudut langit
Bintang bintang menari bersama dingin
Sepi dan sunyi mendukung malam hingga subuh...
Menanti sang suria kembali...

Di sudut langit
Bisa kulihat kerlap kerlip
Manik langit menyanyi dengan bisu
Menghibur hati hamba yang remuk...

Di sudut langit
Bintang bulan bersama
Bercengkrama dalam jarak
Hingga jasad takbisa merengkuh...

- Farid Krx

_______________________________
Sumber ( BERAKIT KE LANGIT )
Jumaat, 12 Februari 2016

Tuhan ku..
Sering aku bertanya..
Apa kah mampu aku menjadi hamba Mu yang baik..
Sedang kan banyak dosa ku ..
Aku hamba Mu yang lemah..
Aku tidak terlepas dari pandangan Mu..ya Tuhan ku

- Nuraziyah

>>>

Ku raut kulit rindu..
Hnya ku lihat wajahmu..
Ku basahi dgn sebak..
Agar brtamu pecahan rindu...

- Kayu Lastik

>>>

Saat malam menutup tirai
Kau singgah ucap salam
Dan malam berlalu damai
Tatkala senyummu aku sambut
Dan kita lalui malam yang larut

- Yan Ismail

>>>

Dan bicara indahmu
Buat aku tak mampu untuk berdiri
Dan mana mungkin untuk berlalu pergi

- Yan Ismail

>>>

Andainya aku prlukn kekuatan utk brdiri..
Andainya aku prlukn smngat utk maju..
Andainya aku prlukn sokongn utk snyum..
Sapa la aku utk menidakkan diri mu

- Kayu Lastik

>>>

Yan..
Bila tangis mghampiri..
Ku snyum tanda rela..
Bila ketawa khayalkn aku..
Trlupa aku sapa aku..
Bila trsebut nama mu..
Aku Blur...

- Kayu Lastik

>>>

Lastik ke bintang ...

Hanya lakar saja kata hatimu
Tulis saja huruf huruf itu
Akan aku cuba sambungkan satu satu
Andai terbina satu kata
Akan aku cuba rangkaikannya
Menjadi satu bahasa
Kan aku bina lagi
Agar ia menjadi puisi

Selamat malam

- Yan Ismail

>>>

Malam yang puisi ini.. aku senyapkan aksaranya.. diksi tiada getar di pena.. hanya jari yang menyentuh malam.

- Ibnu Amar

>>>

Katanya..

Duhai malam
Sampaikan bisikan ini
Buat dia Terkasih hati
Malam ini aku tak akan kirim puisi
Kerna..
Sebentar lagi
Aku akan bacakan untukmu sendiri

- Yan Ismail

>>>

Duhai gelita..
Berikn aku ruang..
Nyanyikn nyanyian pelangi..
Biar merona merah pipinya..
Mnyambut Salam rindu hatiku...

- Kayu Lastik

>>>

Hanya kamu yang tahu keluh nya hati ini..
Ku tinggal kan pedih itu di sudut hati yang dalam..

- Nuraziyah

>>>

Hari ini rasa sunyi sekali.bingkas bangun biar ceria terpamer.jauh di sudut ini keluh terdalam.

- Saara Zekry

<<<

moga wajah mentari diufuk sana sentiasa memancarkn kecerian....

- Qhaszura Meka

>>>

jauh berjalan mencari bunga, meredah hutan bermandi laut;
hidup ini tidak usah berbangga, takut-takut tiada nanti tempat paut.

- Dhamah

>>>

Kunikmati dingin pagi, kuhangatkan dengan secangkir kopi, pastinya kopi cap kapal api..

- Ibnu Amar

>>>

dalam hutan penuh jalar, jika ditebang hilanglah diri; andai hati tak hendak dicalar, usah selalu meriak diri.

- Dhamah

<<<

bunga kembang harum wangi, suka kumbang memghidu dekat; jika selalu kita berbagi, tentu ilmu sentiasa dekat.

- Dhamah

>>>

Semalam aku menadah impian,..
Untuk mencari sebuah ketenangan,..
Dalam kebahagiaan dan semangat yang berkobar,..
Penuh pengharapan dan kesungguhan...

Hari ini...segalanya menjadi muram,..
Harapan dan impian pun suram,..
Yang ada hanyalah imaginasi,..
Kabur dan kelam,..
Aku tak pasti,..
Adakah segalanya akan tercapai....

- Farid Krx

>>>

Hari hari yang di lalui,
Moga indah setiap hari,
Bagai ukiran lukisan...
Indah dan mempesonakan,
Di lorek sendiri mengikut imaginasi,
Apa yang kita inginkan....

- Farid Krx

>>>

jangan digali lubang bertanda,
takut ada berisi pula;
jika penuh ilmu didada,
sudilah kiranya kita menyapa.

biarlah lalang meninggi dihutan,
menjadi tempat ular berehat;
ilmu di dada jangan disimpan,
pabila mati menjadi pahat.

pohon di hutan jangan ditebang,
ada tersimpan khazanah berharga;
ilmu di dada bercahaya terang,
buat penyuluh hari bahgia

- Dhamah

>>>

Ya, adakala apa yang tiba tak dilakar. Bukan membiarkan kata itu terbakar. Jadi debu. Cuma, entah. Mungkin tak tertelan dan gundah itu menyerang pabila menongkah.

- Dhamah

>>>

Aku cuba bersikap proaktif. Membayangkan dari bayang yang
tersadai. Iaitu Laut. Ya, ia tentang samudera, semedera, segara, selat dan
pelbagai lagi perkataan yang menunjukkan itu adalah dia.
Aku bayangkan lagi. Aku ditengahnya. Dilambung ombak. Dari
situ dapat aku rasakan. Betapa kuatnya pukulan ombak garang.
Untuk teruskan hidup, aku perlu usaha hadapinya. Tiada jalan keluar,
selain mengarahkan bahtera melencong mengikut lingkaran yang terjana.
Bak kata peribahasa. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi
pantai. Maka, aku akan menulis.
Aku sudah nekad untuk menghasilkan sebuah buku. Itu sudah
memadai bagi aku. Dan, sesuatu perlu aku tahu. Tomahan akan terlempar
bak ombak di lautan, ia tetap ada. Jika satu ombak datang aku sudah
lenting. Maka, ombak kedua aku akan dibanting.

*cerpen-puisi tentang samudera... hehee

- Dhamah

>>>

mudah diungkap pastinya sedap...
janji yang palsu mestinya kerap...
bagi insan yang sudah terperangkap...
alangkah hebat janji diucap...

bila janji tiada ditepati...
berbelit sang lidah menipu lagi...
akal berputar ligat sekali...
mencari helah pelepas diri...

andai berjanji harus tepat...
pepatah melayu ada tercatat...
terlajak perahu bisa diundur cepat...
terlepas kata ibarat anggota badan yang sudah cacat...

janji yang manis jangan disembahi...
kelak racun berbisa memakan diri...
ibarat anai dipohon mati...
pasti nanti tumbang sendiri....

- Farid Krx

>>>

dalam setiap kegelapan...
pasti ada cahaya dihujung jalan...
dalam kekeliruan...
pasti akan ada ketenangan...

setiap detik yang berlalu...
pasti akan datang hari esok yang baru...
dan bagi setiap masa yang berlalu...
sebagai permulaan hidup yang baru berlaku...

dalam setiap perjalanan hidup didunia...
pasti akan menempuhi dugaan dan halangannya...
demi mematangkan insan dugaan manusia...
sebagai bekalan untuk bersama penciptanya...

hidup yang ada bersama bukan abadi...
maut sebagai permulaan hidup bukan untuk bersemadi...
untuk hidup yang kekal disisi ilahi rabbi...
bukan sekadar untuk dikenang dan ditangisi....

- Farid Krx

>>>

Perginya Aku

Kemarau panjang memanaskan ruang,
Susut air semakin kurang;
Tapi dihati masih utuh,
menunggu cinta berkembang tumbuh.

Bak lautan di panas terik,
Sedikitpun ia tak terusik;
Tetap ombak bermain riak,
Tidak mengira tetap galak.

Begitu juga dengan belantara,
Biarpun terbakar tetap teguh tera;
Tidak sekali ia berganjak
Walau binasa tanpa jejak.

Cinta utuh telah dibina,
Agar bermain fikir diminda;
Jadilah peka pada segala,
Agar teguh genggaman jiwa.

- Dhamah

>>>

cik mawar mengupas bawang, luka jarinya berdarah pula; jangan saudari hanya berwayang, jika benar marilah bermula.

- Dhamah

>>>

Rasa dikocak walang
hampir-hampir tempang.

Langit bertaburan bintang
tidak cukup ceria datang;
Mungkin harus gerak
memerhati waktu berarak.

Namun,
terangnya hari
bukan di malam ini.

- Dhamah

>>>

pohon di hutan berdahan tegap,
sukar dipotong bertangan kosong;
jika hidup penuh benggap,
janganlah diri berduduk sombong.

- Dhamah

_______________________________
Sumber ( BERAKIT KE LANGIT )
Khamis, 11 Februari 2016

Dari DiGi ke DiGi dia menelefonmu
Menghantar pesanan lewat aplikasi WhatsApp
Berbual secara video di aplikasi imo
Mengharap damba
Menghitung waktu ketemu
Antara dua hati
Alata dan kamu Eri si Gosei Pink

- Ibnu

>>>

X ku pinta meja Bulat..
Atau secawan kopi sbg hidangan..
Jauh sekali status yg brhormat..
Ku hnya inginkn keindahan..
Aturkata yg mmbentuk puisi..
Namun sapa la aku..
X layak rasanya brsuara..
Hnya mmbaca dn bljr mnulis..

- Kayu Lastik

>>>

Sekali sekala perlu memandang langit
Agar tahu dimana guruh itukan bingit;
Sekali sekala perlu berjalan menyongsang arah
Agar tahu dimana katanya sesatnya parah.

Tapi kita acapkali lupa
Yang gerak itu adalah Dia;
Penggerak hidupnya kita.

- Dhamah

<<<

Maaf..
Mgkin bicara ku trlalu kasar..
Mnilai tulisan yg penuh makna..
Mgkin aku sdah buta dgn indahnya puisi..
Namun skur pd Dia..
Kerna Dia berikn ku mnikmati indahnya kata..
X pernah ku lupa..
Maaf skali lg..

- Kayu Lastik

>>>

Hilang
Seperti angin senja
Seperti dedaum yang terbang melata
Akan singgah dimana mana
Pun aku memilih
Ruang legarku sendiri
Diam dan tersembunyi
Membawa diri
Tanpa kau sedari
Dan tertinggal hanya ruang sepi

- Yan Ismail

>>>

Sembunyikan perasaanmu
Diamkan diri sekadar waktu
Usah resah usah ragu
Biarlah keluhan berlalu...
Tiada apa yang mampu kita lakukan...
Andai hati penuh dengan persoalan...
Kerna..hanya padaNYA terletak setiap jawapan
Yaa..Allah!!!
Berikan aku kekuatan untuk tempuh hari hariku
Tanpa rasa bosan

- Yan Ismail

<<<

Sab Rindunya
Menggamit sebuah cinta
Pada rasa yang tak tertahan dalam
Rindunya
Sentiasa subuh mekar
Walau mentari yang awal meninggi dan kini mulai tenggelam
Rindunya
Sentiasa ada
Walau aku tak bisa melihat
Namun aku bisa merasa

- Yan Ismail

>>>

Berhenti
Pandanglah kearahku
Diam..
Dekatlah padaku
Hampirkan asa kita
Biar aku balut dimana luka
Biar aku sentuh dimana kecewa
Biar aku sedut pahit mu
Asal saja kau dekat padaku
Kan tega aku menantangmu
Kerna
Kaulah kekasih ku

- Yan Ismail

>>>

Rindunya
Menggamit sebuah cinta
Pada rasa yang tak tertahan dalam
Rindunya
Sentiasa subuh mekar
Walau mentari yang awal meninggi dan kini mulai tenggelam
Rindunya
Sentiasa ada
Walau aku tak bisa melihat
Namun aku bisa merasa

- Yan Ismail

>>>

Puisi dia kelihatan sinis
Tawar habis
Hilang senyum manis

Puisi dia lantang
Memecah suara-suara sumbang
Entah apa yang diperjuang

Puisi dia tak panjang tak pendek
Mengundang komen si akal cetek
Tak apalah, janji ada komen buat si cantik

- Ibnu Amar

>>>

Aku hanya penulis langgar
Hadir tanpa kau sedar
Saat kau diam aku gegar
Saat kau ketawa
Aku melihat dan tersenyum bahagia
Siapa aku
Usah kau tanya
Tidak aku membawa luka
Hanya ingin membalutnya
Moga saja kau selesa

- Yan Ismail

>>>

Tuan
Sekarang letaklah syaratmu
Yang bagaimana pun
Akan aku cuba mengikutnya
Biar payah ..biar kalah
Asal saja kau tetap ada
Kerna siapalah aku
Andai tanpa kau diruang itu
Ruang rindu

- Yan Ismail

>>>

Aku bukan pemuisi
Aku hanya pencinta aksara
Merangkai diksi dalam fiksi
Merungkai metafora yang terkadang melankolia

- Ibnu Amar

>>>

Bergitulaah
Saat berlari
Disuruh perlahan
Saat berjalan
Disuruh berhenti
Saat menyusur
Disuruh bangun
Pun ....
Aku akur
Kerna hadirku bukan mengukur
Hanya singgah leluhur
Pada kata persahabatan
Yang aku hulur

Moga ia sentiasa subur

- Yan Ismail

>>>

pertemuan yg pertama mengalirkan sebuah cerita...
ku tak tau apa yg berlaku...
mungkin dia jemu padaku....

- Farid

>>>

meski ku rapuh dalam langkah kadang setia kepadamu

- Farid

>>>

haruskah menerus lagi pejalanan yang tak pasti

- Farid

>>>

Kita kenal hnya mlalui tinta..
Xkn mgkin brsua wajah..
Di sini kita brmula..
Biarlh x brnoktah..
Hnya aku..kau..dia..
Dn kita..
Memahami rasa sdiri..

- Kayu Lastik

>>>

Barangkali ada puasa yang sangat dianjurkan dan seharusnya kita lakukan selain puasa sunat lain iaitu puasa dari gadget dan aplikasi media sosial. Ditulis dalam rangka mengenang semua aplikasi media sosial yang telah dinyahpasang dan tidak lagi terjamah kecuali facebook. Bisa jadi puasa gadget dan aplikasi media sosial ini lebih berat daripada puasa Daud a.s yang sehari puasa sehari berbuka. Memang mungkin harus dibiasakan walau berat dirasa.

- Ibnu Amar

>>>

Puisi buat bakal Zaujahku #ZGpPermai

Telah aku tetapkan pilihan
Buat bakal Zaujahku
Bukan untuk aku kesali
Malah aku berpuashati terhadapnya

Dalam doa malam
Kau menjelma denyut-denyut jantungku
Yang dengan sabar bertahan
Terhadap rasa sakit rindu yang entah batasnya
Yang setia mengukir rahsia-rahsia cinta
Yang tak putus-putusnya berima bagi hidupku
Aku mencintaimu hingga tumbuh sebuah rindu
Itu sebabnya, aku tak pernah usai merapal doa untukmu

Padamu selalu ada kerinduan
Yang menyisa pada sepenggal senja
Dan aku mulai gelisah
Tersebab tak ingin malam cepat menyapa
Padamu selalu ada khayalan
Di saat aku meraba bayangmu
Hingga aku kehilangan dalam bayangan sendiri
Sebelum dapat memelukmu

Padamu selalu ada cerita
Ketika jemari saling bertaut dan hati saling menyanjung
Tiada jarak antara kita hanya saja tak ada kata-kata
Yang merayap di antara sela lenguh nafas kita yang bercumbu
Membaur dan memekati udara yang menyelubungi keinginan kita yang sungguh

- Ibnu Amar

>>>

Seuntai kata terucap dari jiwa...
Seulas senyum memberi pes0na...
Ku alun nada tapi tak bersuara...
Hanya lewat tulisan ini ku torehkan....

- Farid

>>>

seringkali...

Seiring waktu berjalan
aku tidak tahu arah tujuan;
Adakala tersasar panah
mungkin lupa tanah yang dilangkah.

Siang yang mendung masih belum hitam
tidak kelihatan akan buta kelam;
Namun ombak kian menunjuk garang
mungkin samudera tengah suka riang.

Seringkali pabila malam mencuit dan bertanya
Apakah akan jelma semula?
Dan seringkali itu
aku mencari arah tuju.

- Dhamah

>>>

Syahdan Berkatalah pujangga

“kalau pedang melukai tubuh masih ada harapan untuk sembuh. Kalau lisan melukai hati, kemana obat hendak dicari”.

- Ibnu Amar

>>>

Ku mencari damai di hati disini..
Jiwa yang halus penuh emosi..

- Nuraziyah

<<<

Andai aku kecundang..
Doa kalian ku pinta..

- Nuraziyah

>>>

Senja kelabu.. bergelayutan mega di dada langit.. menitiskan mutiara jernih.. kebasahan otu pasti.. pulang kerja jalan kaki..

- Ibnu

>>>

Seperti hitam dan putih yang tidak pernah berjalan seiring dan sewarna, pelangi dan saat petang senja menjingga pun seolah tak pernah berpapasan datang dalam waktu dan tempat yang di nantikan....

Begitu juga malam dan siang seperti dua alam yang kudratnya sangat tidak mungkin terjadi dan bertemu dalam satu waktu....

Tentang cerita kau dan aku hanya seperti benang layangan layang yang menunggu terbang saat langit membiru menyapa awan putih dan angin, hari-hari ku tuliskan cerita tentang para penerbang layang layang dan pengenjar layang layang seperti ceritamu saat bermimpi terbang dan bebas di ketinggian tanpa batas. Ku hanya akan menikmatimu sebagai pendongen rindu yang menceritakan sebait dua bait tentang kau dan aku di tempat yang berbeda.

Dibatas rindu dan persahabatan semua datang terdengar indah dalam satu kalimat yang kau bisikan dalam saja sajak yang memberontak duniamu sejenak membaca puisi puisi belasan waktk yang ku urai dalam kenangan lembaran tinta dan kertas saat kali pertama melihat senyum dan tatapan kedua matamu....

- Ibnu Amar

>>>

bila senja datang aku selalu memandang,,
menulis puisi tentangmu dengan bias bias cerita...
bertinta rasa berkuaskan jiwa...
menjadikan langit sebagai kamfasnya,,
angin bertiup dengan sayu menyapa raga,,
rumput rumput bergoyang bergerak penuh tanya,,
burung burung pun berkicau dalam teriakannya...

- Farid

>>>

Dunia ini sepi
Jika hati mu sepi
Walaupun engkau berada
Di tengah pesta dunia...

Dunia ini resah
Jika hati mu resah
Walaupun indah
Kau pasti terasa gundah...

Suka dan duka
Bermain didalam diri
Mencorakkan hidup ini
Menulis puisi...

Jatuh cinta
Jatuh hati
Putus cinta
Jiwa resah mengenangkan
Hidup ini...

Mencari hati mulia
Bagai mencari harta
Bila bersua rasanya
Lengkap segala...

- Farid

>>>

Hidup tak ceria walau ada astro ceria.. tak berwarna tanpa astro warna.. hakikatnya macam-macam ada tapi di mana.. sendaloka dalam hitam kopi dan roti gardenia.. oh lupa pula, bukankah roti gardenia sungguh enak dimakan begitu saja..

- Ibnu Amar

>>>

Kau adalah sahabatku
Suka dan duka
Bercanda bersama
Waktumu selalu ada untuk semua....

Setiap detik menjadi bererti...
Menyapaku dengan perhatianmu
Dengan puisi puisimu...
Dengan harapan kau beri semangat...

Teman berangkit ke langit
Benarkah ini puisi
Bila ada cerita
Mengharapmu setiap detik yg kau ada...

Aku tak sanggup membaca...
Di antara cinta dan persahabatan
Ku ingin semuanya ada...
Kau tetap temanku tapi jarang selalu mesra untukku..

- Farid

>>>

Kau jelmakan satu satunya yang masih setia...
inginku usap jemarinya yang tekun menganyam 'aksara'
menyulam mutiara bahasa membidang renda jiwa...
biar di kejauhan terhidu kewangian budinya...
serasakan kehadiranya nyata di hadapan mata...
Namun ini semua jelma jelmaan bicara canda...
antara ulitan sepi seorang pengembara senja...
bersenandong sendiri di sahara maya...

- Farid

_______________________________
Sumber ( BERAKIT KE LANGIT )
Rabu, 10 Februari 16

Diriku memulai sesuatu jalan kehidupan yang merubah diri dari sendiri menjadi berpasangan. Dan hati yang tidak lagi mencari ketinggian dunia, akan selalu terisi limpahan kasih sayang. Menebarkan kasih bukan lagi hal yang sulit, kerana kasih mengalir tanpa penerapan unsur-unsur ilmu. Kerana jiwa telah siap diisi kembali dengan kebaikan dan keindahan dunia, yang pasti indah dalam kebenaran-Nya. Ini semua yang akan membuat kita kaya akan kasih dan cinta untuk bekal hidup kini dan esok.

- Ibnu Amar

>>>

Let's make this life..
A better life to live..
Stop to hate..
Learn to forgive..

- Kayu Lastik

>>>

Berakit ke langit..
Ungkapan yang payah untuk di mengerti kan..
Perlahan susuli walau getir sekali..

- Nuraziyah

>>>

Berakit kelangit..
Aku tetap setia di sini..
Bagai kan laut dan pantai..
Umpama langit dan bumi..
Ibarat debu dan angin..
Begitu lah aku..
Menanti puisi indah kalian

- Nuraziyah

>>>

Bgtu jg diriku..
X jemu memerhati..
Trkdg ku hnya membaca..
Trkdg aku ingin mnulis..
Wlu x seindah nama kalian..
Aku ttp brsama berakit ke langit..
Agar dpt ku melastik ke bintang..

- Kayu Lastik

>>>

Kita serupa ..
Jiwa halus yang penuh emosi..
Ya..jawapan indah dari sahabat

- Nuraziyah

>>>

Sujud ku tetap pada yang Esa..
Puisi hanya luahan emosi..
Agar hilang resah ..pergi sunyi..
Bersama sahabat sahabat..
Berakit kelangit..
Tiada salah andai niat nya..
Kerna Allah

- Nuraziyah

>>>

Paluan mara telah dibunyikan
Senyap radio bagi menjaga kerahsiaan
Tinggalkan keluarga dan taulan
Negara tercinta terjaga kedaulatan

Yang tinggal di sini hanya sebilangan kecil
Biarpun kerdil tapi otak ligat macam kancil
Biar mandi peluh jangan mandi darah
Pantang undur mara kami gagah

- Ibnu Amar

>>>

Kemana seri nya..
Di mana pergi nya...
Berakit kelangit...hilang seri

- Nuraziyah

>>>

Di bilang resah
Saat mentari mendung tiada seri
Pun angin tak henti menyapa
Mencuit resah yang membuak datang
Tatkala kau senyum dan memandang
Seraya jemariku kau pegang
Sedetik itu... semuanya hilang
Bagai angin berlalu
Membawa sekali resahku

- Yan Ismail

>>>

Katanya...

Selamat tinggal hati
Tak bisa aku membawa kau sekali
Selamat tinggal Terkasih
Aku mohon undur diri
Ringkasnya kata kata ..pada sesuatu yang tega
Tidakkah dia tahu
Hatiku luluh saat itu
Hancur dan sakit
Namun aku tetap bangkit
Sepayah usaha berakit ke langit

- Yan Ismail

>>>

Salam indah
Selamat petang buat semua
Moga dalam kejauhan maya
Kita bisa bersaudara
Menitip salam menyapa khabar
Berbalas senyum
Bertikah bahasa
Aku disini dan kau disana
Bicara kaku kita penyambung rasa
Pun dalam sunyi
Penaku menari
Melakar kata tanda menyapa
Apa khabar semua

- Yan Ismail

>>>

Bagai hanya dalam mimpi kau datang
Tubuhku kau sentuh dan kau pegang
Dan kau lafas sayang
Dan kemudian kau hilang

- Yan Ismail

>>>

Katanya

Hanya hati
Ia bisa diubati
Ia bisa dibeda kembali
Namun..
Dia tidak tahu
Apa pun bisa ...
Namun tak akan sama semula
Tak kembali asalnya

- Yan Ismail

>>>

Mentari pun semakin ingin pergi meninggal dingin nya tadi..

- Nuraziyah

>>>

Dan puisi itu pun hilang ....
Bila kau mulai bertandang
Kerna tatkala kau bercerita
Aku menjadi leka
Menatap bibirmu berbicara
Tiada yang lebih indah
Hanya hayal dalam suasana
Penuh persona
Uhmm

- Yan Ismail

>>>

Bila ku mula meniti katamu..
Minda ku kelu xda daya..
Jiwa ku trpesona..
Hgga aku hilang kata utk meningkah..
Hebatnya kalian..
Mngatur puisi kisahkn kehidupan..

- Kayu Lastik

_______________________________
Sumber ( BERAKIT KE LANGIT )
Selasa, 9 Februari 2016

renyai tangisan awan jgn sesekali lenyapkn seri warna senja yg indah....

- Salwa Marjan

>>>

Sepi, Sunyi, Hening, Diam…
Dunia bagai mati
Tak ada rasa, hampa…
Yang ada hanya kebekuan
Yang ada hanya kebisuan
Yang ada hanya kegersangan...

Saat itu aku baru sedar
Bahwa aku butuh teman
Bahwa aku butuh kasih dan sayang
Tanpa teman.hidup terasa hampa
Dan tanpa cinta alam pun tak akan bersemi...

Cinta…
Sebuah kata, sejuta makna
Cinta adalah harapan
Cinta adalah keindahan
Cinta adalah nilai nilai yang penuh cita rasa....

- Farid Krx

>>>

Rindu bertemankan sepi....
Hanya desiran angin menemani sepi malam...
Oh cinta di manakah kau berada...
Di askara langit bintang kejora...
Cinta oh cinta...

- Sepi Seorang Perindu

>>>
Saat malam menggamit hadir
Senja dengan lambat mengundur diri
Pun bintang enggan manpir
Kerna setia menunggu bulan dahulu hadir
Selamat malam Tuan
Moga lenamu tiada gangguan

- Yan Ismail

>>>

Terkubur di dalam sejuta pilu.
Terpendam di dalam sakitnya kalbu.
Tak ada yang pernah mengerti diriku,termasuk dirimu....

Kini kutinggal dalam puing puing hancurnya hatiku....
Tak ada satu pun yang pernah memperdulikan aku...
Ku mohon kau mengerti aku...
Ku mohon kau mau mendengarkan aku,betapa perihnya hatiku saat kau pergi meninggalkanku...

Disetiap malam dalam tidurku,hanya isak tangis kesedihan yang selalu menyelimutiku....
Hanya kesunyian malam yang selalu menyertaiku seakan mengerti akan kesedihan hatiku....
Terangnya bintang bintang dan redupnya sinar bulan kuanggap sebagai sahabat yang dapat menghibur kegundahan jiwaku.

- Farid Krx

_______________________________
Sumber ( BERAKIT KE LANGIT )
Isnin, 8 Februari 2016

Sunyi
Sungguh bagai di lintas kuasa Mu..
Sepi tiada muncul pesanan..
Hening rasa nya..

Bisikan lah walau sekelumit doa pada ku
Seru lah ayat indah yang segar..
Muncul lah walau pun bayang gelap mu..
Kerna ku tahu..
Malam ini mendung...
Semendung hati ku
Ulit malam mu dengan mimpi indah

- Nuraziyah

>>>

Kita pun kembali
membebat luka lama
berlagu rindu seorang aku
rindu pada tenangnya sebuah jiwa
dan kaupun masih di sini
saling menemani memutik ilham
menarikan pena jadi puisi

Oh engkau yang sembunyikan
rekah delima di balik selendang arab
kupujuk dirimu dengan sebuah hati
walau diriku belum terpujuk lagi

- Ibnu Amar

>>>

salam ku rentangkan dengan tangan mulus...
menghangatkan segala harapan dengan senyuman...
mengikat rindu sepertinya mencuapkan rasa madu...
tertanam dalam relung...

salam bukan sembarang salam
salam nan mengingat jantung berdebar selalu...
salam terurai kasih terpadu bagaikan besi tuang terpadu...
salamku penyejuk rindu jadi pengikat relung selalu...

salamku jiwaku
salamku terurai dalam senyum
salamku bukan sembarang salam kau semai dalam kalbu...
salamku bagian hidupku terpadu dalam dirimu...

- Farid Krx

>>>

Ditiup bayu semarak kasih ditandu syahdu
menerangi di segenap ruang hatiku
menyuluh kasih sinar di jiwamu terindah
bila samudera rindu digelangi impianmu
diucap lafaz bicara berkasih...

ingin dirasa sentuhan kasih menggebumu
membuncah teja kerinduan wada'ahmu
tertancap ranggi di serbu kerlipan asaku
kemuning lembayung cinta di pusaranku
mengusik renda tiupan rindu pilu....

- Farid Krx

>>>

menanti di anjung sayu merindu, meraih
bergema suara kekasih di hujung cinta
berseloka bahagia di pangkuan ribamu
berbisik kata menyulam buih buih rindu
dalam untaian kasih dipadu....

dalam ikatan cinta bersemi di puncakmu
terungkailah rawan gemawan rindu ini
saat ukiran tercoret di gerbang istana
lukisan hati kasih terungkap di persada
mengulit muara kiasan dicoret....

- Farid Krx

>>>

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan...
Dan menyatakan kasih sayangmu...

Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan...

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini...

gelora cinta di sukma, mengusung disapa
titisan embun kasih menyerlah mahligai
berjuraian gemersik berlagu alunanmu
saat rengkuhan cinta di dakapan kalbu
bertaut erat pujangga dipuja....

- Farid Krx

Saat hatiku pilu...
Hanya airmata menemani

Hatiku ingin bersuara
Namun apakan daya x terluah bicara hati ini
Menangis dalam kepiluan

- Sepi Seorang Perindu

>>>

Berdosa aku merindu..
Di kala malam menghambat sepi ku

- Nuraziyah

>>>

Rindu tak salah...
Yang salah diriku...
Diriku tak bisa melupakanmu

- Sepi Seorang Perindu

>>>

Senyum menjadi penawar..
Sepi kan pergi bersama dingin malam

- Nuraziyah

>>>

Malam ini dingin sekali...
Hujan membasahi bumi,
Sudah pastinya tiada bintang yang menyinari...
Menyinari malam yang suram...

Malam ini aku sendiri lagi...
Menghayati ertinya sepi di hati...
Aku sudah terbiasa begini...
Bagaimana dinginnya malam ini...
Begitu jualah hatiku...
Langsung tidak terusik dengan kesunyian...
Aku rela begini kerana hatiku sudah mati...
Untuk merungut jauh sekali...

Malam ini kelam tanpa bintang...
Begitu juga hatiku yang terus suram..
Dari hari ke hari terus mati...

Tidak terdetik pun rasa ragu,
Tidak terdetik pun rasa serik..
Malahan terus angkuh tanpa sedar...

Malam ini menjanjikan sepi...
Walau angin dan hujan menderu di luar...
Namun hati ini terus terkunci mati...
Untuk apa kau kisahkan...

Tiada maknanya kau endahkan...
Kerana aku akan tetap begini
Selalu di tinggalkan sendiri...
Dan menjadikan hatiku terus mati...

- Farid Krx

>>>

Lelap kan tidur mu dengan doa..
Usah di kenang pilu siang tadi

- Nuraziyah

>>>

Malam ini takkan pernah menjanjikan bahagia...
Biar mutiara jernih ingin mengalir...
Ku cuba menahan sekuat rasa...
Untuk apa ku kenang dia
Tiada siapa yang akan mengerti...
Biar ku terus ukirkan senyuman bahagia...
Walau hati di dalam menjeruk rasa...

Malam tetap kelam dan suram,
Dalam dinginnya malam hatiku terus membeku...
Jiwa pun menjadi kaku,
Untuk apa ku ingat dia
Takkan ada yang terkesah...
Hanya aku saja yang bakal berterusan kecewa,

Kecewa pada rentetan kehidupan dunia...

- Farid Krx

>>>

Depang kan tangan untuk mu
Telapak tangan ini ..mengiring setiap pejalanan mu..
Jujur dengan kehidupan ini

- Nuraziyah

>>>

Disaat kupinta keputusanmu
Kau masih menanyakan semalamku
Bertanya tentang dia dan kehebatannya
Sedangkan segalanya telah engkau tahu
Tiada rahsia hidupku...

Di saat kulahirkan kekesalan
Sengaja kau mengambil kesempatan
Mengungkit perbuatan dan keterlanjuran
Kau ulang bercerita tentang hati luka
Membuat ku rasa berdosa...

😀

- Farid Krx

>>>

Tenang dengan apa jua..
Aku sentiasa pendamping mu selalu..
Senyum mu juga sedih mu
Adalah aku

- Nuraziyah

>>>

aku selalu tersenyum
akupun selalu ceria
tanpa kau ketahui jauh didalam hatiku
aku begitu terluka......

disini aku bertahan demi satu nama
disini aku ikhlas tersakiti demi satu nama
yaitu pekenalan...........

aku hanya berharap
kau mengerti meski aku terdiam
kau tau dalam senyum dan tawaku
tersimpan luka yang sulit kusembuhkan.....

mungkin nanti saat aku pergi baru kau sedari
disini ada seseorang yang begitu mencintai dan
menyayangimu......
mungkin nanti saat aku telah tiada baru kau akan
tau betapa sakitnya menjadi diriku.....

sebelum semua terjadi aku hanya ingin kau tau
aku hanya ingin kau peka......
aku sakit mencintaimu,menyayangimu
aku lelah menunggu kau akhirnya akan mengerti dan tak melukai aku lagi dan sembuhkan luka ini dengan kasih sayangmu.......

aku hanya ingin kau tau kaulah satu nya teman dalam mimpi dan hidupku.......
aku mencintaimu melebihi apa pun......

- FaridKrx

<<<

Panas serta dingin mu
Kurasa bahagia
Membuat kadang tersenyum sendiri..
Kau pembakar semangat ku yang pernah rapuh dan hilang arus..
Tersekima aku dengan tiap gundah mu

- Nuraziyah

>>>

Mendamba cinta Agung
Menjunjung rindu yang tak tertangung
Kata-kata selembut rasa cinta
Bergetar dan berdebar dalam dada

- Ibnu Amar

>>>

Beratap nipah
Bertiang kayu
Berlantai sulam bambu

Berkerikil tanah
Hamparan hijau embun membasah
Jalan ke rumah menapak simpang

Tidak cantik tidak lawa
Sederhana sifatnya
Memukau pandang kali pertama

Si dia itu sikapnya rindu dendam dalam diam
Marah dalam geram
Tapi sederhana.. sederhana

- Ibnu Amar

>>>

Aku sntiasa trsenyum.
Perhatikn gelagat mereka..
Aku menulis memuji mereka..
Kerna mereka sehebat nama mereka..
Tp dpt kh mereka meneka hati ku..
Mnangis merintih..
Mngenangi nasib diri..

- Kayu Lastik

>>>

Di era showa dan heisei
Aku disajikan dengan cerita dari genre tokusatsu
Kamen Rider
Metal Heroes
Super Sentai
Mecha Anime
Dialih bahasa dengan gaya kita
Terasa ingin ke zaman itu
Zaman kanak-kanak yang bukan kanak-kanak ribena

- Ibnu Amar

>>>

Cuba kita renungkan masa kita mula mula nak baca Al quran...
Mula mula kita baca dengan teragap agap...
Kt situ kita mula rajin membaca kita selalu hafal surah surah al quran...
Dan kita dapat menghafalnya dgn mudah...
Cuba kita banyangkan dari mula sampai akhir kita dapat menghafal hingga akhrnya...
disitu juga
Allah tunjukkan bhawa kita telah berusaha
menghafal surah Al
quran lama2 kita mudah ingat...
tetapi kadang2 kita leka dan lupa pada Allah...
kita lupa Al quran...
lama2 kita lupa pada surah2 dan mula membaca surah menjadi teragap agap...

Disini kita hanya pada hamba..
disini aku ingin bukan untuk bangga...
hanya untuk kita....
bukan puisi sahaja...
dan jangan salah sangka...
supaya kita tak lupa pada esa...
bahawa dia lebih berkuasa...

pesanan ini juga nasihat dari ustat ustat kita...
dunia ini hanya sementar...


- Farid Krx

____________________
Sumber ( BERAKIT KE LANGIT )
Sabtu, 6 Februari 2016

Terkasih
Tidurlah
Mimpi indah
Moga esok kau segar
Dan kita mulakan hari tanpa gusar
Tidurlah
Moga tiada resah
Dan ditemani mimpi mimpi indah
Moga esok
Subuhmu lancar tiada payah
Tidurlah

- Yan Ismail

>>>

Di penghujung cerita
Aku dan kau dalam pengikat kata
Dalam noktah bertindih
Masih dalam seruan
Hingga timbul tanda tanya
Kisah sepanjang musim bertatabahasa

- Ibnu Amar

>>>

Memungkinkan terlalu jauh tersasar
Mengira butir pasir berselihat akar;
Beritakan padaku berapa kedipan kau lihat
Apakah sinar itu masih utuh terpahat?

Jangan katakan kau buta
Patahnya sepohon tak akan lenyap belantara;
Biarpun kemarau itu panjang berkurun
Tidak sekalipun ombak samudera itu gerun.

Sayang belantara yang gah dengan selirat
Kini lenyap hanya kerana silap;
Sayang samudera yang dulunya berombak riak
Kini padam hanya kerana tamak.

Apakah aku lupa memanggil nama?
Atau kau lupa untuk menyapa?
Sayang jauhnya kita hanya sebab kata
Sayang cerita itu menjadikan kita binasa.

- Dhamah

>>>

Alangkah baiknya hidup ini tiada
Tidaklah kita sering bersengketa;
Namun tiada siapa dapat menduga
Pengarang cerita ada rahsia.

Satu masa pastikan lihat
Tentang kata yang pernah terpahat;
Siapa wujud siapa binasa
Biarpun lena masih berjaga.

Hanya kata percaya tidaklah membawa makna
Tapi percayalah kata itu berkias bahasa;
Gunung yang didaki apakah yang ingin dilihat?
Cukupkah hanya sekadar taat?

Kau bersemayam di panas terik
Peluh menitis apakah akan menarik?
Jangan berpura memutar kata
Setiap huruf akan berkira.

- Dhamah

>>>

Kau memanggil sayap dilangit
Dan terus menjerit

~Aku ingin bebas bagai bintang tanpa batas~

Kau merenung dasar laut
Tapi kau lupa, kau haus dan perlu menghirup;
Apakah masin itu tidak menjadi tawar?
Atau hati kau sebenarnya telah kembang seharum mawar.

Bunyikan guruh dilangit
Biar telingga itu bingit;
Kau tak akan dengar
Kerana kau sedang berputar.

Kau memanggil sayap langit
Mungkin menyimpan luka sakit.

- Dhamah

>>>

Sayang masihkah kau ingat namaku
Bertahun tidak memanggil
Panggilan itu terhenti
Dan kaku

Masih kutunggu harum bau
Bersama helaian pena
Agar kau sentiasa ada
Ada pada setiap baris ukiranku

Tuhan bawakanlah kata ini
Bawakan terus padanya
Agar ia tahu
Nama ini masih ingat namanya

- Dhamah

Pergiiiii~~
Berjujuran hujan turun

Kau menekan butang dan ia menyala
Bukan salahku bara itu menjadi api

Aku cuba berfikir
Dan sayang ia rumit
Cuba, cuba ingat segala kenangan
Tapi sayang datang hanya hitam

Kau menekan butang
Dan meminta ia henti
Itu bukan perkara mudah
Ia terlalu sulit

Henti~~
Ia rumit
Tapi tak seperti hujan turun

- Dhamah

>>>

Kesilapan menghidupkan bara
Bagai menghunuskan padang pada kepala;
Dan hilang kawalan kita berperang.

Langit hitam terus menerus mendung
Tiada apa dapat dilindung;
Luka itu nyata dan kita...
Memandikan darah yang kita bina.

Sudahnya hitam, siang tidak jelma
Masa panjang terlena mata;
Kesilapan nyata
Kesilapan kita.

- Dhamah

>>>

Tiada jalan keluar
Terperangkap dalam belukar;
Beritahu padaku mana arah
Tidaklah sentiasa tersalah.

Beritahu padaku bagaimana rasanya
Bagaimana tanpa jalan penyudah?

Dapatkah aku berlari
Menceduk cahaya malam hari;
Beritahu padaku mana jalan keluar
Aku ingin keluar tanpa sedikit pun calar.

Tiada jalan keluar
Semuanya menjalar;
Apakah ini penyudah
Akalku berdarah parah.

- Dhamah

>>>

Pagi yang indah
Saat alam disapa suria mentari
Embum mulai mengering didedaun rasa
Jasad mulai mengeliat
Menegangkan belikat kudrat
Tanda sedia mulai hidup dihari baru
Mengharap bahagia yang sukses menanti
Walaupun kita tahu dihujung kesudahannya
Belum pasti

- Yan Ismail

_______________________________
Sumber ( BERAKIT KE LANGIT )