Awan nimbus sarat hujan
Gerayangi langit jengkal demi jengkal
Saat hujan turun
Ia meresap jadi puisi
Dan bila meresap
Yang tertangkap hanya lanskap sebuah risau
berlumpur
Menggumpal di sudut rapat tapi terus membaur
>>>
Redup di wajah langit berpusaran
Pepohonan bergetar kedinginan
Desir angin lembut kelelahan
Hati jadi rindu pada hujan
<<<
BUKAN PUISI CINTA
Tentang cinta, siapa boleh mengelak dari tertimpa
olehnya.
Padamu, aku mula jatuh.
Segalanya, menuntut pandangan yang sungguh.
Iya, aku lagi sekarang berusaha mengelak bahawa aku
telah jatuh.
Iya, jatuh kepadamu.
Segala rasa yang ada bertitah, hati merafak sembah.
Tak usah kau sanggah.
Aku hanya takut dengan rasa yang aku buat sendiri.
Takut menyakitimu kemudian hari.
Layaknya pencinta hujan yang takut kebasahan.
Namun aku sekadar penikmat kopi hangat cap kapal
api.
Begitu asyik menikmati setiap teguk kopi dengan
seduhan perlahan-lahan.
Nukilan Amran Azahari
No comments:
Post a Comment