Followers

Saling berbagi rasa dalam menitip kata-kata terindah yang 'kita' punya...
KESUNYIAN DiSINI

Entah mengapa hatiku sunyi
bila ke sini
ku cuba mencari di manakah keriuhan
keramahan teman-teman.

Tetap sunyi
tanpa puisi aku rindu
mungkinkah ini hanya perasaan
kerana aku baru bertandang
atau memang kenyataan.

Wahai teman puisi
riuhkan laman ini
dengan bicara tanpa suara
agar hilang dahaga ku
pada sebuah rindu
puisi-puisimu.

ZD/Zuraida Dewi

>>>

ANGGERIK

Aku ingin menjadi seperti
anggerik di rimba
harumnya di bawa angin
hingga ke desa
menjadi lambang
kesucian
tanda cinta uda dan dara.

Wahai anggerik
biarpun aku
hanya bunga desa
tidak sepertimu
anggerik di rimba
pujaan semua.

Cukuplah sedikit harummu
membalut diri
agar ada cinta
dari uda ,dan aku juga berhrga
walau hanya bunga biasa.

ZD/ Zuraida Dewi


>>>

DIA

Yang hadir
ketika sepiku
menghiasi hari-hariku
dengan gurauannya..

Tapi segalanya hanya sebentar
ibarat angin berlalu
menuip daun-daun kering terbang jauh..

Begitu juga dia..
Pergi ..
Dan hilang tanpa berita
meninggalkan aku
dengan seribu pertanyaan.

Zuraida Dewi.

No comments:

Post a Comment