seri melaka pada budi
kata tersusun penuh erti
adat dan budaya dibawa mati
menyerikan lagi balairong seri
melaka terkenal dengan kepahlawanannya
langkah jebat menawan puteri inderapura
sikap santun menghormati sultannya
rela berkorban apa sahaja
rindu melaka tanah airku
tempat asalnya keturunanku
ingin ku bicara menangis pilu
suasana sepi menyingkap pilu
innuyasha_rukia
15012016
>>>
langkah seri langkah seribu
tersilap seni mati tidak beribu
hidup ini pelbagai cabaran baru
harus dilalui tanpa ragu ragu
permainan tari dalam seni
banyak cabang dan pelbagai gaya
usah dihitung tentang mati
hanya amalan yang perlu di bawa
innuyasha_rukia
16012016
No comments:
Post a Comment