Followers

Saling berbagi rasa dalam menitip kata-kata terindah yang 'kita' punya...
DIA, Di SIMPANG TIGA

Masih ku ingat lagi
satu senja
ketika aku dan dia mula bertemu
di simpang tiga
depan rumahku.

Sejak itu
aku dan dia mula berkirim salam
bertemu tidak berani
ayahku garang sekali.

Dia seorang tentera
bila ada cuti
pasti pulang
untuk melihatku
di selalu duduk di simpang itu
hadapan rumahku.

Dia..
Sungguh indah cinta rahsia
bertemu sewolah tidak kenal
namun segalanya tinggal kenangan
dia perg buat selamanya
kerana malaria,
aku hanya menangis dalam hati
namamu ada di setiap doaku
kasih.

Zuraida Dewi

>>>

Dalam senyum aku memandangmu
dalam diam aku jatuh cinta
setiap kali kita bertemu disini
hatiku gembira.

Aku tahu
kau tidak akan tahu
malah ,tidak pernah kau sedari
ada rindu di hati ini.
Biarlah ku pendam segala di jiwa
kerana aku tahu cinta ini tiada akhirnya.

Untukmu...,
aku ingin memandang selalu
kerana di setiap bicaramu
ada sesuatu yang menambat hatiku.

Zuraida Dewi
16/01/2016.

>>>

Jangan lagi kau ucapkan
kata ingin pergi...
Kerana hadirmu selalu membuat aku tersenyum
waalau bicara kita tida sama
walau fikir kita tidak sama
namun...,
hati kita sejiwa...,
jangan lagi ucapkan kata itu...,
ia bagai sembilu
menghiris hatiku
kerana kau inspirasi
buat diriku...

>>>

Andai perpisahan
jalan terakhir kita
aku rela berpisah denganmu.

Namun dari hati
aku luahkan
aku cinta kamu
walau hidup berpisah
kasih tidak akan berubah.

Pergilah mengejar bhagiamu
bersama dia....,
aku rela
kerana cinta itu memberi
demi cinta...,
aku memberimu ruang untuk memilih
jalanmu sendiri...

Zuraida Dewi.

>>>

Sebentuk cincin kenangan
hingga kni tersarung di jari
walau sejuta luka
kau beri,namun berat sekali
hati ini, untuk ku buang
tanda cintamu.

Bertahun sudah
kisah kita menjadi sejarah
mungkin saat ini
kau sedang berbahagia
tanpa kau tahu
dari jauh aku terus
menanti dengan seribu luka.

Zuraida Dewi
19/01/2016

>>>

Wahai kasih
dengarlah bisikan sukmaku
hadirlah dalam cinta
dendangkan aku syair indah
agar hilang resah di jiwa.
Wahai kasih
peluklah aku dengan rasa cinta
agar aku kenal erti bahagia.
Sungguh hatiku rindu
padamu, kasihku
hadirlah sayang
dalam lena dan jagaku
agar aku selalu memandangmu
kasihku...

Zuraida Dewi
19/01/2016

No comments:

Post a Comment