Lalai
Dan hanyut...
Dalam agenda sulit
Nyata berjaya memperdaya
Meniup api dalam pelukan
Bagai barah..
Perlahan-lahan merebak
Disulami asyik pujian
Semakin ghairah
Terasa bagai dijulang
Namun hakikatnya direjam
Dengan lembutnya tusukan
Jarum-jarum halus menyulam
Rasa angkuh dan ego
Disebalik katanya erat genggaman
Namun bara yang digenggam
Membara membakar sifat-sifat rohani
Yang nyata lari dari landasan
Aku yang bersaksi
Ramai yang ketawa dalam tewas
Merai merayakan gemilang sebuah kemusnahan...
Insani...
Dan pencipta agenda itu..
Berdekah-dekah ketawa..
Melihat perancangannya berjaya..
Tanpa penat bertarung
Namun kemenangan hampir digenggam
Sedang mereka semakin asyik..
Dan asyik.....terbuai..
~~~~
Sedang dalam perjalanan
Rentasi sempadan janji
Pada landasan yang satu
Diburu...
Menggamit resah
Pada musim yang berlalu
Sarat dengan noda
Dan masa....
Meningkat usia
Warna warna kehidupan
Mendewasakan ...
Dan biarlah...
Langkah seterusnya..
Tidak diwarnai
Kehitaman lagi...
Aku mahu pulang..
Dengan putih seri
Seperti mula...
Aku hadir didunia ini
~ Nukilan Dari Ixarra Romeo ~
No comments:
Post a Comment