Followers

Saling berbagi rasa dalam menitip kata-kata terindah yang 'kita' punya...
Inginku terus melangkah walau sering pincang,
Ku kuatkan hati,
Ku tabahkan jiwa,
Ku katakan pada minda,
Jangan berputus asa!
Hidup ini bagaikan roda,
Kalau kau tersungkur kala ini,
Hanya kau yg bakal terasa,
Mereka hanya mampu simpati,
Atau mungkin langsung tak mengerti,
Bangunlah diri!
Kau perlu ada jati diri!
Biar impianmu terus jadi realiti,
Mereka yang hanya pandai memerhati,
Atau hanya pandai tuding jari,
Biarkan mereka!
Jangan ambil peduli!!


~~~~~


Hatiku dirobek lagi,
Entah pada siapa nak ku salahkan,
Yang pasti ia bagai tertikam duri,
Pada luka lama yang ku pendamkan,
Sekian lama tersimpan,
Tak mampu diungkapkan dengan kata-kata,....


~~~~


Hati rasa tak sempurna,
Kalau sekadar air mata yang berbicara,
Rasa hati ini perlu diluahkan dengan kata-kata,
Biar rasa santai dan kembali lega,
Lalu,. jari jemari mengambil tugasnya,
Bernari-nari ia,
Menaip patah-patah kata,
Untuk dikongsi kepada semua,
Hati berharap juga,
Moga suatu hari nanti,
Terpanggil dirinya untuk membaca,
Luahan rasa seorang jejaka
Rasa luka yang dipendam lama,
Luahan rasa seorang lelaki
Lelaki yang sanggup sehidup semati bersamanya,
Bersusah dan senang bersama-sama


~~~~


Aku berpuisi kala aku kecewa,aku berpuisi kala di landa derita,
aku berpuisi saat aku bahagia 
dan aku berpuisi bila aku rasa aku perlu meluahkan rasa,.
puisi menjadikan aku ceria dan bahagia......


~~~


Bibir terdiam tanpa kata,
Hati yang rajuk memendam rasa,
Terguris rasanya jiwa,
Terasa pedih di dalam dada,.
Nak diluah tak terkata,.
Hanya membiarkan air mata,.
Terus berbicara,.
Duhai hati!,.
Hidupnya penuh dengan emosi,.
Selalu sangat menangisi nasib diri,.
Ditelan sakitnya tak terperi,.
Nak diluah terpenjara mati,
Akhirnya menjerut diri,.
Hanya air mata mewakili,. ....


~~~~


Aku duduk terdiam di tengah kesunyian
Menatap langit yang enggan berbicara
Entah mengapa ia diam membisu seribu bahasa
Apakah ia juga tau akan kesedihanku ?
Luka yang selama ini aku pendam
Sakit yang sangat mendalam
Sakit yang tak bisa terbendung lagi
Bagaikan pisau menggoreskan luka
Kau pergi bersama semua kenangan
Jauh ... jauh dan semakon jauh
Meninggalkan aku sendiri
Bersama luka dalam hati.......


~~~~


Duka seribu rasa,
Membenam jiwa raga,
Ternoktah tanpa kata,
Tak peduli rasa tersia,. 
Dia terlalu tega..
Nak diluah agar rasa lega,.
Tetap masih tersisa,.
Bukan semua boleh diungkap dgn kata-kata,
Adakalanya,.
Biarlah rahsia......


~~~~


Gurisan duka,.
Hadirnya di dada,.
Bersatu di jiwa,
Bersemadi di hati,.
Nak diluah segala rasa,
Tak berdaya!
Dia tersangat tega,
Menghambur segala rasa,
Tanpa mengambil kira,
Gurisan duka di dalam dada,.....


~~~~


Kau hadir entah dari mana
Tiba-tiba menyapaku
Menghulur salam perkenalan
Ku sambut dengan hati terbuka
Hari demi hari
Hubungan kita makin mekar
Semekar bunga di taman syahdu
Seceria mentari menyinari alam semesta
Kau meluahkan hasrat hatimu
Tapi aku masih keliru untuk menerimanya
Kerana aku masih dalam bayangan seseorang
Namun kau tak pernah mengalah
Kau tetap menemaniku
Kau tetap menyapaku
Kau tetap menyeri hidupku
Dengan madah bicara & usikan manja
Kerana sikapmu aku terpaut
Kerana keikhlasanmu aku terpikat
Kerana dirimu aku tertawan
Kerana kesungguhanmu aku tergoda
Sejauhmana perjalanan hubungan kita
Biar takdir saja menentukan segalanya
Andai sudah tersurat dirimu milikku
Aku menerimamu seadanya........


~~~~


untuk mu yang teristimewa
salam sayang ku hulurkan
tanda bahagia tanda luhur cinta
walau kasih terikat derita
akan ku tempuhi jua hanya
kerana dikau begitu istimewa
beraja selamanya di sukma....


~~~~


Dengarkanlah irama syahduku ini sebagai penawar kerinduan...sekuntun mawar merah untukmu buat pembuka bicara daripada insan yang menyayangimu sepenuh hati. walaupun tak pernah ku lafazkan kata-kata sayang buatmu, namun percayalah, hati ini benar-benar menyayangimu..akan
ku curuhkan kasihku yang hakiki padamu kerana, selagi ada bintang dan bulan, selagi mentari
memberikan sinaran, selagi ada langit dan bumi, selagi lautan riaknya tak terhenti, yang pasti kau
sentiasa di sanubari.....


~~~~


terbanglah hinggap di sudut hatiku
aku rindu budi bicara manjamu
aku rindu ungkapan bait-bait puisi kasihmu
usah kau tinggalkan hatiku sendirian
bawalah bersamamu
terbang kealam indah yang sering kuimpikan


~~~~


kiranya kau tanya sejauh mana cintaku padamu
bulan dan matahari pun tak mampu menjelaskan
tujuh lapisan langit tak berani memberi jawapan
tujuh lautan turut tunduk membisu malu...


~ Nukilan Dari Bentayan Moden ~


No comments:

Post a Comment