Irama syahdu yang kau dendangkan
Bagai menusuk ke hatiku
Siapalah aku dimatamu
Aku hanya memuja bayangmu
Tak tersentuh dek tangan
Bagaikan angin yang menghembus
Berlalu tanpa bicara
Aku rindu seraut wajahmu
Aku rindu sentuhanmu
Semuanya masih segar dalam ingatan
~~~~
resah dalam penantIan
kaku terdIam
tunduk membIsu
langkah ku terhentI
aku mula hIlang arah
tanpa adanya kamu
~~~~
Sepi merantai jiwa
Bagai terkunci didalam kata-kata
Hadirmu mendamaikan sukma
Senyum melingkar tanda ku gembira
~~~~
Berdekad lama tidak kedengaran
Suaramu jadi igauan
Siangku kelam tanpa adanya kamu
Malamku hambar tanpa belaianmu
Kemanakah menghilang sang pujaan
~~~~
Terbang bersama si burung merpati
Riangnya tidak terperi
Aduhaiii kasIh pujaan hati
Hadirlah kemari
Kan kuhadiahkan sebait puisi
Puisi rindu tentang hati
Hati yang kesepian akan ku isi
~~~~
Takdir pisahkan kita
Takdir jua yang temukan kita
Adakah perasaan itu masih ada
Seperti dulu mencinta
~~~~
Biar matahari terangi bumi
Biar bulan berbicara sendiri
Kerana sayang korbankan hati
Kini aku tak mampu sembunyikan lagi
Perasaan ini membakar naluri
Hanya kerana engkau yang aku kasihi
~~~~
Engkau masih kucinta
Tak pernah aku lupa
Sehingga tertutup mata
Cinta ini kan kekal selamanya
~~~~
Aku adalah aku
Memuja bukan mncinta
Syair dan puisi jadi mainanku
Kerana aku pencinta karya
~~~~
tak perlu lafazkan cInta
jIka hanya berpura-pura
tak perlu lafazkan rIndu
jIka hatImu bukan untukku
~ Nukilan Dari Anne Nuer ~
No comments:
Post a Comment