Disenja yang permai
Kukirim doa penuh cinta
Buat mu insan tersayang
Agar kau selalu tersenyum
Dan agar dirimu sentiasa sihat
Disenja ini
Aku sering terpaku
Melihat keindahan ciptaan tuhan
Begitu indah dan damai
Tenang rasa dijiwa ini
Melihat keindahannya yang memukau
Dipandangan mata yang melihatnya
~~~~
Dialam maya ini
Kita ditemukan dan
Tidak ku sangka
Takdir tuhan menemukan kita
Dialam nyata pula
Lalu diterbitkan
Dihati ini rasa sayang
Rasa rindu dan rasa cinta
Rasa cinta sayang dan rindu
Itu hadir tampa dipaksa
Ia hadir dengan keiklasan hatimu
Menerima diri ini seadanya
Terima kasih tuhan
Kau hadirkan dia
Disaat hatiku ini dalam kedukaan
~~~~
Jika hati ini dh
Tak tertanggung lagi
Jika hati ini sering disakiti
Biarlah aku pergi
Kaki ini akan melangkah
Dan takkan menoleh lagi
Biar kubawa diri yang lara ini
Usah ditanya kemanaku pergi
Pergiku ini jagan cari
Biarkanlah aku sendiri
~~~~
Dikedinginan mlm
Aku sendirian meratap
Kerinduan hanya airmata
Yang menemani
Aku tak terdaya kasih
Dimalam yang sepi ini
Hati ini terasa sayu
Betapa terseksa nya dijiwa ini
Tidak kah kua tahu
Senyum ku ini
Bersulam kan airmata
Tidak kah kau tahu
Aku umpama
Dian yang membakar diri
Demi melihat dirimu bahagia
Kerana dirimu sentiada diihatiku
Hingga akhir hayatku
Sehingga aku dijemput ilahi
~~~~
Sukar nak difahami
Apa yang tersirat dihati
Sukar nak digambarkan
Perasaan dijiwa
Kadang dia menjauh
Kadang dia sayang sangat
Kadang tak mahu didekati
Aku jadi keliru
Segalanya berubah
Andai takdir itu milik aku
Aku terima dengan redha
~~~~
Segala madahmu
Kujadikan pedoman
Segala puisimu memberiku semangat
Akan kujadikan penawar
Hati dan jiwaku ini
Terima kasih sayang
Walau hadirmu hanya seketika
Mengisi ruang di hati ini
Apa salahku padamu
Kau pergi tampa pesan
Sehingga kini aku
Menanti jawapan
Yang entah bila kan terjawab
Kuharap dirimu bahagia
Doaku sentiasa mengiringi
Disetiap perjalanan hidupmu
<aina dina>
~~~~
Mendengar suaramu
Umpama seruling
Mengalunkan simfoni cinta
Seakan akan menembusi jantungku
Mendengar ketawamu
Umpama melodi rindu
Yang mengetarkan jantungku
~ Nukilan Dari Puteri Zarina ~
No comments:
Post a Comment