Followers

Saling berbagi rasa dalam menitip kata-kata terindah yang 'kita' punya...
Jika kau selam hati ini
Pasti dirimu kan mengerti
Betapa iklas nya cintaku
Tiada duanya

Betapa resah nya hatiku
Bila kau menyepikan diri
Aku takut kehilanganmu
bimbang keselamatanmu
Fahamilah duhai kasih
Jangan kau seksa perasaan ini
Jangan kau uji kesetiaan ku ini
Nafasku bagaikan terhenti
Andainya kau berubah laku
Kemana kan kubawa
Hatiku ini andai dirimu tiada
Ibarat bunga layu dijambangan
Tak berseri lagi

~~~~

Jika wajah seindah bulan
Jangan biarkan ia redup
Jika hati sejernih air
Jangan biarkan ia keruh
Jika iman seteguh batu karang
Dilautan jangan biarkan ia goyah

~~~~

Andai ditakdir kan
Aku bkn milikmu aku pasrah
Kasih ku padamu telah terikat
Dan tersimpul mati

Walau tak bersama
Hati tetep pada nya
Walau jarak beribu batu
Cinta dan rinduku tetap bersatu

Hanya kau dihatku
Walau beribu datang
Menghulur salam kasih
Setiaku hanya untukmu

Biar nyawa terpisah
Cinta kasihku padamu
Tetap utuh dan teguh
Selagi hayat dikandung badan
Akan kujulang kasihmu sayang
Ingatlah cintaku tetap abadi selama nya

~~~~

Tuhan kau jaga kanlah dia untuku
Biarkan lah aku yang rasa sakit jagan dia
Biar aku yang rasa cemburu jangan dia
Biar aku yang merajuk
Asal kan jagan dia
Biar kan aku terluka jangan dia
Biarkan dia bahagia
Bagilah derita nya padaku
Aku akan cuba pujuk hatiku ini
Tapi aku tak bisa pujuk
Hatimu yang rajuk itu
Kerana dialah denyutan
Jantungku sehingga aku
Dijemput pergi dia lah yang terakhir
Didalam hidup ku

~~~~

Tak siapa pun tahu
Perasaan dihati ini apa yg kurasa
Tiada siapa yang mwngeti
Apa tersirat dalam
Lubuk hatiku ini
Sukar nya nak ku luahkan
Rintihan hatiku ini
Biar ku simpan andainya nanti
Luahan ku ini
Tiada jawapan
Hanya menambah
Lara dihati biar ku cari
Sendiri penawar nya

~~~~

Cinta yang suci
Umpama raja dihati
Dan rindu umpama
Permaisuri dijiwa
Jika cinta dan rindu disatukan
Maka terbentuklah
Istana cinta yang indah

~~~~

Kenapa mlm ini
Rasa sedih meruntun jiwa
Sayu dihati tidak terkata
Rasa sepi terasa hiba
Resah melanda didalam diri
Dikamar sepi aku sendiri
Hanya jasadku ada disini
Fikiran melayang entah kemana
Tersentak aku dari lamunan
Hilang terus semangat diri
Bila kembali kealam realiti

~ Nukilan Dari Puteri Zarina ~

No comments:

Post a Comment