Followers

Saling berbagi rasa dalam menitip kata-kata terindah yang 'kita' punya...
Ku inginkan dirimu
Biarpun maluku melebihi mahuku
Ku ingin miliki dirimu
Biarpun hingga kini
Kau dan aku dibatasi jarak masa
Ku ingin selamanya dengan dirimu
Biarpun kesudahannya tidak pasti
Namun dalam setiap tadahan doaku
Namamu tidak pernah ku pinggiri
Ku inginkan dirimu biarpun suatu hari
Ku tidak bernyawa lagi
Maafkan diriku kekasih
Menutupi segala kesakitan diri
Andai suatu hari
Tuhan menjemputku pergi
Ku bawa cintaku hingga mati
Jangan sesali perpisahan ini
Kerana pernah ku berikrar padamu kekasih
Biarlah ajal yang memisahkan kita

~~~~

Aku tidak mahukan kesempurnaan biarpun aku
bercita2 mahu membina kesempurnaan..namun
didalam jiwaku yang terdalam..aku mahu
kebahagiaan..yang disulami dengan sedikit
kesedihan..kerana itu lebih menyempurnakan aku..
disaat aku kegelisahan..

~~~~

Di balik nuansa hati yang merindu
Ada tulus ingatan untukmu
Jauhku melangkahkan kakiku
Makin ku mengingatimu
Kekasihku
Apa khabarmu?
Moga dirimu dalam lindungan Illahi selalu
Bersama iringin doa untukmu
Kekasihkuuuuu
Howwww muchhhh I misss you??
HANYA TUHAN YANG TAHU



~ Nukilan Dari Hanna Hassan ~

No comments:

Post a Comment