Followers

Saling berbagi rasa dalam menitip kata-kata terindah yang 'kita' punya...
sering aku mendengar madah berbicara
sebentuk cincin yang indah
semacam tidak layak
menghiasi jari yg comot dan kasar
hatiku terasa tersindir
dan aku tunduk malu
bersembunyi dalam rindu

namun hatiku tersangat menyayangimu
kerana aku mencintaimu
oh! sayang ...
benarkah kata pujangga
mencintai
tidak semesti memiliki
oh! aku terus pilu
aku tidak mampu melepaskan dirimu .....

~~~~

Terbanglah hinggap di sudut hatiku
aku rindu bahasa budi bicara manjamu
aku cinta ungkapan bait2 puisi kasihmu

usah kau tinggalkan hatiku sendirian
bawalah bersamamu
terbang kealam indah yg sering ku mimpikan

~~~~

Keberkali-kali aku bertemumu di alam mimpi
mampukah kita bertemu di alam realiti
mahu kah kau memahami
aku tersangat rindu padamu ...
pernahkah ada dihatimu
sedetik waktu
dikau ingatkan daku ?

~~~~

maafkanlah aku
tanpa kau tahu
kau telah ku jadikan kekasih dalam ilusiku...

~~~~

Kekasihku
Mana ada waktu
aku pernah melupai dirimu
tidak mungkin ada ...

~~~~

aku tidak mencintai mu hingga ke hujung nyawa
tapi aku mencintai mu selamanya

~~~~

kita berbeza ...
aku tidak seindah rupa
aku tidak seindah segala
namun aku kaya dengan cinta....

~~~~

Sayang kerana rupa adalah pura-pura
Sayang kerana harta adalah dusta
sejujur cinta adalah tanpa syarat dipinta
Benarkah ada setulus cinta pada hati manusia

Nukilan Dari Bentayan Moden

No comments:

Post a Comment