Bahang terasa hingga ke senja
Tanpa di duga .. Tiba - tiba
Berderai hujan di tengah malam
Sejenak aku terdiam
Mengenang cinta yang terpatri
Secalit curiga terpahat di hati
Namun, keraguan ku biar pergi
Kerana jiwa telah di miliki
Dan aku terlalu menyayangi
Kasih tak pernah terbahagi
Walau luka tersimpan di hati
Hanya rindu cinta ku abadi
Ell
07.05.2015
Nukilan Dari Teratai Indah
No comments:
Post a Comment