Followers

Saling berbagi rasa dalam menitip kata-kata terindah yang 'kita' punya...
Sepi hati ku tanpa diri mu
Sunyi hari ku tiada mu di sisi
Terhanyut oleh perasaan
Terbuai oleh bisikan
Sukar melawan rasa
Cuba meredah resah
Namun tiada berdaya
Jiwa merindui mu
Gelora menyiksa ku
Hanya termampu
Ku mendekap sukma

~~~~

Madah ku berbicara..
Tertumpah di kanvas cinta..
Untuk mu yang ku puja..

Walau tiada memiliki..
Tapi sering di dekati..
Kerna hati merindui..

Layak atau tidak berdua..
Hanya takdir penentu segala..
Kau dan aku bersama..

~~~~

Tiada pernah aku
Meninggalkan diri mu
Kan ku setia di sisi
Berdiam di sukma mu

Terbanglah bersama ku
Ke alam impian
Bermadu bait bicara
Melakar aksara jiwa

~~~~

Andai diri mu
Tercipta untuk ku
Pasti kita kan bertemu
Di alam mimpi juga realiti

Tiada pernah ku lupa
Walau sedetik cuma
Kerna detak hati ku
Bergetar nama mu

~~~~

Sayang
Datang mu ku nanti
Tanpa sekelumit rasa jemu
Jangan penah kecewa
Walau cerita ku bermadah ilusi
Kerna ku setia
Hanya diri mu ku rindu
Yang selalu di atma ku

~~~~

Simpan semua cerita kita
Di benak hati mu
Tentang rindu
Tentang madah ilusi
Tentang mimpi
Buangkan emosi
Kerna aku milik mu

~~~~

Kamu

Aku rindu kamu
Ingin dekat dengan mu
Selalu

Aku mahu kamu
Kerna aku cinta pada mu
Selamanya

Aku rindu
Aku cinta
Aku perlu
Kamu
Di hidup ku

Nukilan Dari Khayla Layla

No comments:

Post a Comment