Followers

Saling berbagi rasa dalam menitip kata-kata terindah yang 'kita' punya...
Terima kasih Guru

Selawat dan salam guru terulung Rasulullah sallallahu
'alaihi wasalam
Jasamu abadi bak bulan purnama menerangi
Aku pencinta damba bertemu kamu wahai Rasul Al-
Amin
Ku susuri sunnah kerana cinta mu yang terlimpah paInggeris

Terima kasih guru pertama emak-ayah seawal aku lahir
mendidik penuh kasih
Terima kasih abang kakak menjadi guru berupa teman
senda gurau
Terima kasih gerangan guru memarahi dek gagal
mengarang karangan Bahasa
Terima kasih gerangan guru merotan telapak tangan dek
gagal siap tugas pelajaran Matematik
Terima kasih gerangan guru lucu menceriakan pelajaran
Kemahiran Hidup
Terima kasih gerangan guru melantik daku ketua
pelajaran Bahasa Inggeris

Kira tidak masakan aku jadi orang
Kira tidak masakan aku jadi penulis
Guru pencorak diri pelentur akhlak sejati
Sayangi guru hargai guru titiplah doa

Asbab kalian aku berjaya gigih meredah ranjau
pendakian puncak jaya
Aku bukan siapa-siapa kini kira Allah tidak menitip
kalian pelita 'ilmu
Syukur padaMu Tuhan mengirim aku insan-insan
semulia ini
Guru harta paling bernilai pernah aku dikurnia
Terharu tersentuh hati jasa dan budi para guru akan ku
kenang sampai syurga

Adli Abdullah
16/05/2015

Nukilan Dari Adli Abdullah

No comments:

Post a Comment