Sukarnya nak ditafsirkan
Diantara cinta kasih dan sayang
Cinta perlukan pengorbanan
Kasih perlukan pengertian
Dan sayang perlukan keiklasan
Kerana itu semua bagi
Kekuatan didalam diri
Setiap insan yang bercinta
~~~~
Dalam kepekatan malam
Hati meruntun pilu
Jiwa meronta sayu
Dimalam yang kesuraman
Diri dibelenggu kepedihan
Dicengkam api dendam
Dalam kemarahan
Yang mengila
Musnah segalanya
Disetiap malam
Dibuai mimpi ngeri
Tiada lagi lena ini
Dalam kepayahan
Ku kan mengorak langkah
Biarlah diri pergi
Agar tidak ada lagi
yang sakit dihati
Biar kubawa takdir kusendiri
Walau pun perit
Walau pun sukar
Kan ku tempuhi jua
<aina dina>
Nukilan Dari Hurainah Osman
No comments:
Post a Comment