Kekasihku..alam bagaikan tidak bewarna saat dikau tiada..dan tiada sinaran umpama pelangi kala dikau jauh dari sisi..ku cuba mengakis kekosongan diri tanpa dendam..kerana ku tahu diriku terikat denganmu bersama simpulan ikatan yang tak terlerai
%%%%%
Dalam menilai hati..ruangan waktu bagaikan terkunci
bersama gundah rasa yang tertutup..gerimis senja
bagaikan air mata saat hati tidak menuturkan segala
rasa.. dan aku tetap disini bersama nilaian hati yang
tidak pernah berubah..hanya untukmu
%%%%
Adakala hati rindu akan sebuah pertemuan..tapi ku
korbankan keinginan kerana ku sedar ku hanya
mampu menyayangimu tanpa memiliki waktu
kebersamaan denganmu..
Nukilan Hanna Hassan
No comments:
Post a Comment