cinta
dalam ungkapan tak semudah makna
dalam berbait erti tak sekecil bunyi
dalam maksudnya tak tercapai kata
dalam sajak tak ramai yang memahaminya
tuhan
aku datang mengadu
sakitnya rindu tidak tertanggung
hati ini benar-benar telah jatuh... cinta
aku cuma mahu tunggu waktu itu
bila agaknya
aku akan berhenti tidur
beralaskan lenganku
dan selesa tidur berbantalkan dada dia?
berkongsi pula teddy bear besar gedabak
kepunyaannya
%%%
berteman lagu caravansary
pastinya aku masih lagi menanti
singgahan sang musafir menghimpun bekal
meneruskan kembara menuju sebuah destinasi abadi
%%%%
Paling aku tidak mengerti
bagaimana aku hendak menyeru-Mu
jika namanya hijab di antara Engkau dengan aku
aku mencari-Mu sekitar alam
kerna mereka berkata alam menjadi dalil wujud Allah
aku pandang pada alam
Allah tidak kelihatan
mana mungkin ada kekuatan alam
mempamer wujud Tuhan
bukankah Allah tidak memerlukan alam
Dia yang zahir dan Dia yang batin
Dia yang awal dan Dia yang akhir
Aku pandang ke dalam hatiku
zat rahsiaku diterangi Rahsia Ilahi
lalu kuselami erti Sufi; Inti ilmu allah dasarnya sifat 20
di mana itu awal mengenal diri
merasakan dan menghayati
akui guna bahasa wujud itu apa bagi diri
apa jua yang nyata
bila aku halakan pandangan ke sana
aku tidak melihat wujud di situ
hinggalah aku halakan pandangan ke dalam hati
baharulah aku melihat wujud menyertainya
%%%%
gantikan bilangan alif ba ta
sehingga huruf habis berkata
memberi petua mengajari kita
barang yang tuli bebal dan buta
jika seseorang melihat pemandangan yang indah
pemandangan itulah yang dirasa indah
Tuhan yang indah tidak dirasakan
dia tertipu di dalam seninya
pada waktu itu nafsunya yang hidup
bukan rohnya yang hidup
itulah yang dirasakan oleh ramai orang di dunia
mabuk rasa kepada kebendaan
berbuatlah ibadat malam dan siang
supaya Nabi terlalu sayang
dengarkan hadith, Firman dan sabda Nabi akhir zaman
dunia ini sekadar pinjaman
%%%%
Kudus maghfirah kudamba kesekian kali
menyentuh sukma yang tunduk meminta
biarlah debu salah pergi berlalu
untuk kulangkah menjadi hamba taat
tunduk sujud hanya pada-Mu
%%%%
tercari-cari sebab
aku akan terus berjalan
hingga aku sampai ke hujung jalan
asal aku dekat denganmu dari hari pertama
kau hadir dalam hidupku
puas ku timbang rasa dalam hati
puas ku kenang segala memori
tanpa sedar jawaban sudah lama ada dalam hati
tanpa sedar pencarianku sendiri adalah kamu
nyanyian jiwaku
bait-bait puisiku
bunga senyumku
itu semua bersebab dan sebabnya adalah kamu
Nukilan Ibnu Amar
No comments:
Post a Comment