Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Jiwa merdeka yang meronta
Seperti protagonis dalam ceritera
Kesusasteraan Melayu lama
Tak semudah cerita dari bibir ke bibir
Yang mendengar tak hadam dengan fikir
Yang nyata kelihatan kembangan zahir
Kita sesama bangsa bersatu padulah hendaknya
Kerana merdeka bukan tercatat di Mykad sepenuhnya
Merdeka minda, merdeka jiwa tanpa sengketa
Nukilan Ibnu Amar
No comments:
Post a Comment