Puisimu aku lagukan
Lagu sendu larakan jiwa
Yang berkocakan..
Rentetan pilu menusuk
Luka terluka kembali
Pada pena yang patah
Merah menitis darah
Atas kertas putih ini...
Aku iramakan jua
Walau sumbang didendang..
Kerana rindu,hadirkan lara..
Jiwa-jiwa yang tersentap kecewa....nada-nada luka
Beriramalah jua...
Menghibur hati yang terseksa...
Kerana dusta...
Nukilan Yahya My
No comments:
Post a Comment