~ Kolaborasi Zie Omar & Khayla Layla ~
Zie Omar
Semalam..penuh kedukaan.
Ku kenal erti percintaanku..
Tewas akhirnya kesabaranku..
Yang sering ku pertahankan..
Khayla Layla
Semalam..
Andai bisa di kembalikan..
Pasti ku ingin bahagia..
Tanpa kedukaan menyapa..
Slmt mlm akk Zie Omar ku syg..
Zie Omar
Andai semalam bisa ku undur..
Aku kan tetap memilih untuk meneruskan perjalanan ini..
Aku bahagia meneruskan kehidupanku..
Segalanya telah di atur oleh Pencipta...
Bahagia tetap menanti di hadapan..
Khayla Layla
Semalam..
Memberi suatu kekuatan..
Bahagia juga derita..
Rencah di dalam kehidupan..
Aturan terindah pada hamba_NYA..
Kerna sinarnya pasti menjelma..
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Kolaborasi Lanun Darat, Khayla Layla & Zie Omar
Lanun Darat
Semalam...
Antara kau dan aku,
Cerita cinta dahulu,
Tewas bersama waktu,
di rempuh gelombang waktu,
Assalamualaikum...
pada bulan ramadhan yg mulia ini , dengan rendah diri
saya mohon maaf atas segala kelemahan, kekurangan,
kesilapan dan keterlanjuran kata2 antara kita, yang
tersirat mahupun tersurat, yg sengaja mahupun tak
sengaja, yg tersembunyi mahupun terang-terangan, yg
berniat mahupun tak berniat.
Segala gurauan hanyalah untuk menghiburkan hati dan
mengukuhkan ukhuwah, bukan menyakiti hati sesama
kita.
Didoakan semoga Allah memudahkan ibadat puasa kita
pada tahun ini dan kita dikurniai pahala dan rahmat
seperti yg dijanjikan-Nya. Amin ... Insya-Allah. Selamat
menyambut bulan Ramadan al-Mubarak.
Zie Omar
Semalam...tiada dendam di hati ku... Lanun Darat ...
Khayla Layla
Semalam..
Kenangan yang berlalu..
Antara kau dan aku..
Sekadar mengisi..
Ruangan sepi..
Kini tiada lagi erti..
Bagi ku..
Ku jua begitu..
Mohon kemaafan dari mu..
Salam Ramadhan Al Mubarak..
Lanun Darat
Semalam,
Kini,
Dan selamanya...
Lanun Darat
Aku ingin terbang,
Tapi tiada sayap,
Aku ingin sayap,
Tapi tiada harap,
Patah jatuh sayap burung,
Rebah ke tanah,
Runtuh lebur hati ku,
Tak nampak darah...
Alhamdulillah,sama_sama kemaafan buat kita Khayla
Layla...
Selamat malam...
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Kolaborasi Larra Dhea dan Ibnu Amar
Larra Dhea
Hujan itu
masih tidak mampu
menghapuskan kenangan yang ada
dalam indahnya deraian
kuukirkan senyuman
bahawa aku merasa tenang
hanya terpana keasyikkan suaranya...
Ibnu Amar
Hujan itu
Menghias sesuatu yang kosong
Kosongnya hati yang diusik
Datang indahnya bermula dari yang kosong
Larra Dhea
Hujan itu
mengasyikkan rasa menyentuh jiwa
lalu teringat kisah-kisah yang telah berlalu
sementara terpinjam waktu
tika ia berhenti
cerita itu usai sekali
pergi tanpa rasa hati...
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Kolaborasi Ummu Syafiqah dan Larra Dhea
Ummu Syafiqah
berbalam balam pulau duka kutinggalkan
kini sang sepi mengulit denai hati
kuteruskan jua kembara ini
lantaran ku tau
saat sang mentari bersinar indah
tak mungkin sang malam merasa gundah
saat bintang menghiasi malam
tak mungkin fajar cahayanya kelam
walaupun
malam malam yg semakin suram
seperti nyanyian
Larra Dhea
Meniti arah
menongkah arus kehidupan
melalui perihnya jalanan
menempuh sepi dibalik denaian
lalu menatap lara
memandang ufuk rasa
merangkai pasrah dalam masa
meniti hari dalam hari yang duka
keluh kesah terbiar menepi
menelan pahitnya diuji...
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Kolaborasi Ibnu Amar dan Larra Dhea
Degup jantung bergemuruh
Bias kaca buram mengisi seluruh
Sayup-sayup bayu selirih berbisik
Segara, tak kunjung habis diriku kauusik
Aku tak mendengar apa-apa pun gemuruh di luar pintu
Hanya kangen yang datang dan sedikit aroma sendu
Larra Dhea
Bias wajahmu di pelupuk mata
ada rindu yang membelai jiwa
dalam desah nafasku
dalam detak jantungku
ada rasa yang teruntai mengeja waktu
kerana hati berbicara
tentang rindu yang sekian ada
ketika sepi-sepi hati mula berjimba
lalu kukirimkan rasaku di angin yang berlalu
agar ia sampai ke hatimu
bersatu dengan rasamu dalam bisikan kalbu...
No comments:
Post a Comment