Followers

Saling berbagi rasa dalam menitip kata-kata terindah yang 'kita' punya...
Hati ini kosong
Bagaikan tiada rasa
Pandanganku kelam
Hati meronta dirasuk amarah
Jiwa kian membara
Sabarku tiada lagi
Mengapa tak mengerti
Pedihnya hati ini
Kini aku terpenjara
Dibelenggu sengsara
Jiwa bagaikan mati
Diriku ibarat lilin
Yang membakar diri

<aiinina>

~~~~

Penanti setia

Terasa hibanya hati ini
Meratap pilu
Dimalam syahdu
Aku sepi dan merindu

Sayang
Sampai akhir hayat ini
Aku sangup menantimu

Hanya kau satu dihatiku
Telah kutahtakan cintamu dihatiku
Cintaku rinduku ini takan hilang

Kau tetap dalam anganku
Disetiap lenaku
Aku tak terdaya andai kau tiada

Tak mendengar suaramu
Aku hilang arah
Tak melihat wajahmu
Hidupku tak sempurna

Melupakan mu
Bukannya mudah bagiku
Melepaskanmu
Tidak terlintas dihatiku

Kerana dirimu
Amat bererti dalam hidupku

<aiinina>
Catatan untukmu

~~~~

Demi kamu
Kukorbankan segalanya
Untuk kebahgiaanmu
Biarlah aku terbakar hangus
Demi kamu aku rela
Cubalah kau fahami
Cubalah kau mengerti
Setiap pengorbananku ini
Semata mata keranamu
Biar derita biar sengsara
Kurela menjadi mangsa
Walau terkubur jasadku
Disini itu semua kerana cintamu

<aiinina>


Nukilan Tya Aiinina

No comments:

Post a Comment