Tiada yang lebih romantis selain duduk berdua berbagi
fikiran tentang hal apapun di dunia ini. Entah kecil
ataupun besar, entah penting ataupun hanya sekadar
sembang kosong yang diselitkan senda. Tiada
yang lebih menggetarkan dari tatap mata tanpa kata-
kata. Hanya erat genggam tangan dan selengkung
senyuman. Tapi saling memahami isi hati masing-
masing. Kebersamaan yang sederhana ini seperti
menikmati secangkir kopi hangat sembari berbincang
dan membaca buku kesukaan bersama-sama..
Daijaan dan Abbijaan
Meherbaan
--------
Hatimu yang kosong telah terisi oleh cikibum yang
sudi. Lukisan hatimu bak manuskrip "Taman Bunga
Mawar Jami". Nyanyian jiwamu persis sentuhan
penyajak mistik Sa'di. Engkaupun melagukan cintamu
dengan irama Zaman Sassanid yang sesetengah
daripada korpus mereka masih wujud hingga hari ini.
--------
Wajah pagiku
Mentari mula menampakkan wajahnya
Dalam riuh kicau unggas
Dalam turun naik nafas
Sebermula langkah kanan untuk mulakan tugas
Selamat pagi
-------
Adakalanya kita terdiam
Menanti pihak lain mula bicara
Mata bertentang mata
Renungan tajam menjadi taruhan
Masing-masing dengan tembok keegoan
Tak mahu mengalah serta beralah
Lantas apakah begini..
Sejuta maaf terucap melalui telefon, pesanan ringkas
dan di aplikasi lain
Lalu segunung khilaf runtuh
Ketika tangan berjabat
Wajah menyentuh pangkuan
Setetes air mata jatuh
mengiringi haru biru kesucian
Sebenarnya aku hanyut dalam pesta kemenangan
Walau aku masih merasa bersalah
Kalah dari gurauan yang masih menggeliat
Tetapi kemenangan dapat mempersendakanmu
Agar ia menjadi kenangan
Untuk sebuah perhubungan
Nukilan Ibnu Amar
No comments:
Post a Comment