Followers

Saling berbagi rasa dalam menitip kata-kata terindah yang 'kita' punya...
KULIAH CINTA

setitip kasih rasa di hati
selautan ombak membadai pantai
semanik sayang dalam garapan
seluas mentari jadi taruhan

astara raja singgah sebentar
bermandikan emas permata
sebagai kata kata pengantar
menantikan jawapan sang taruna

kuliah cinta yusry dan erra
disajikan dengan ucapkanlah
jika kasih menyatukan dua jiwa
serikanlah hati dengan hiasan

~INNUYASHA_NOORA~
26 OCTOBER 2015

------

CERITA KASIH

cerita kasih ku bawa mati
beribu tahun ku sanggup menanti
kerna kau sentiasa di hati
akan ku simpan kemas di lubuk hati

cahaya mentari di ufuk senja
pergi menjengah sang taruna
adakah dia sudah bersedia
melayari bahtera dengan rela

sang merpati hinggap di taman
nampak indahnya alam bersama sang suria
lumrah hidup pasti berteman
moga kasih kita kekal utuh membawa ke syurga

ceria hati kerana senyuman
senyuman dari yang di kasih
aku khabarkan pada bulan
aku sayang akan kasih

sembilu kasih aku lupakan
walau luka berdarah
aku hamparkan
kerna sayang aku relakan

walau perit aku telan
semekar mawar berseri tulip
hati memekar kerana di intip
sang kekasih dalam kesamaran

aku serahkan pada TUHAN
berbaju biru pujaan hati
aku rindu ternanti nanti

rasa itu tetap sama
walau bertahun lama

~innuyasha_noora~
28 OCTOBER 2015

------

RASA HATI

gengang gendut tali kecapi
kenyang perut senang hati
namun hati makin sunyi
walau kita masih menghitung hari

jadi manis terkena selumbar
berdarah hingga ke hati
walau hatiku terasa hambar
aku tetap berhibur hati

jalan jalan seorang diri
dalam denai ku harungi ombak
walau masih menyendiri
nafasku kian sesak

irama merdu suara sayu
lagu sendu tentang rindu
mengintai waktu dalam kalbu
ku serahkan pada yang SATU

pelbagai kisah yang terlakar
dibumi astana ciptaan ALLAH
kisah aku masih samar samar
sang suria menemani lelah

rasa cinta kurniaan maha ESA
ditiupkan ke dalam hati yang di pilih
dengan serentak rasa itu ada
namun masih menantikan yang dipilih

senyuman terlakar di bibir
buat kau yang hadir
hati masih khuatir
akan cinta yang hadir

adakah masih terpamir
dalam hati buatmu
kerna kini seksa makin hampir
menanggung bebanan rindu padamu

rasa hati makin galau
walau mentari menyilau nyilau
kerna kasih aku seriau
akan tiba membina pulau

~innuyasha_noora~
28 OCTOBER 2015

---------

DIA

Dia ke kasih
Dia teman
Dia penawar
jiwa dan raga
buat kalian di atas dunia

ALLAHU RABBI
mohon la padaNYA
agar peroleh ketengan
di dunia dan akhirat
moga mendapat berkat dan syafaat
agar kehidupan kita sentiasa dirahmatiNYA
hanya dengan keizinan dariNYA
hidup ini akan selamat dunia akhirat
jadi,buat apa yang di suruh
dan tinggalkan apa yang di larang

sekian wassalam

~innuyasha_noora~
2 november 2015

--------

RINDU

rindu aku sungguh rindu
rindu aku pada sang pencipta
rindu aku pada rasulku
walaupun jauh hatiku sentiasa dekat dan merinduiMU
rindu aku pada orang tuaku
rindu aku pada keluarga
rindu aku pada sang kekasih
walaupun jauh hatiku sentiasa dekat dan merindui

kalian
YA RABB
AMPUNI AKU HAMBAMU YANG MASIH INGIN
DIRINDUIMU

~innuyasha_noora~
03 november 2015

--------

KELUH KESAH

selami kasih dalam hati
bicara manis aku kasih
tempat bermanja bermadu kasih
selembar rindu aku berikan

tidurkan aku buat seketika
agar terubat segala duka
moga bila bangkit dari jaga
terlerai segala masalah

suka suki riang sekali
hati aku masih di miliki
insan yang sentiasa aku nanti
walau jaga mahupun mimpi

aku terus bersamamu
kerna kau yang mampu
memahami isi hatiku
walau terbias dimakan waktu

kugelap intan rupanya permata
bersinar menyilaukan mata
ku berikan hati walau ramai berkata
akan aku tunggumu di pintu syurga

~INNUYASHA_NOORA~
03 NOVEMBER 2015

No comments:

Post a Comment