Suburnya waktu tidak ternilai
Di dalamnya ada sifat pelbagai
Termasuklah cinta sentiasa tersadai
Kerana pekerti sering tergadai
Ambillah pedoman dari yang lalu
Hayatnya panjang suka dan pilu
Ucapan maaf ditintakan selalu
Mudah-mudahan senyummu tak kelu
--
Kusam suram ketika muncul
Tiba-tiba muncung terpacul
Tangannya geletar urat timbul
Pucat wajah mata tersembul
Rupa-rupanya lapar menyucuk perut
Bagai kelapa diparut-parut
-------
Hari Jumaat potong kuku
Afdal dan kelebihan sama didapati
Bawa berehat jangan berteleku
Mari bersarapan nasi lemak dan roti
-------
Waktu petang semakin suntuk
Ada yang masih lagi sibuk
Adik abang nenek dan atuk
Kibaskan sejadah daripada berhabuk
Cinta orang muda-mudi
Hangat asmara ke sana-sini
Cinta ALLAH lebih abadi
Janji NYA pasti dulu dan kini
-----
Semalam kaubuatkan pastri cinta
Rasanya manis bergulakan asmara
Lembut di lidah halus di jiwa
Gubahannya indah mata terpesona
Hari ini mawarmu bertukar kecubung
Tiada wangi hilang harum
Diterjah kilat sabung-menyabung
Kuburan kasihmu bernisankan jarum
Nukilan Suffiam Ismail Hamzah
No comments:
Post a Comment