KISAH KAU DAN AKU
dia
dia jaga aku
dia rindu aku
dia sayang aku
dia kasih aku
walau dia jauh dari mata
namun dia tetap sentiasa bersama
aku
aku jaga dia
aku rindu dia
aku sayang dia
aku kasih dia
walau berjauhan kau sentiasa di hati
akan tetap terus di hati
pelbagai usaha agar kita terus bersama
moga kau begitu jua
jangan mudah putus asa
walau kita jauh atau tidak bersama
hati kita tetap akan menyatu
setia aku hanya padamu
yang layak untukku
walau aku tahu begitu sukar
namun bibir dan hati sentiasa menguntum senyuman dan cinta yang mekar
buat dirimu yang sentiasa di hati
tidak akan aku tukar ganti
~innuyasha_noora~
04 november 2015
------
hati ini milik ALLAH
diri ini milik ALLAH
jasad ini milik ALLAH
SEMUA YANG AKU MILIKI ADALAH MILIK ALLAH S.W.T
aku ini hanya manusia biasa
sering melakukan kesilapan
aku ingin terus menyintaimu
dan dicintaimu YA RABB KU
sungguh aku rindu
sungguh aku kasih
sungguh aku sayang
sungguh aku cinta
aku rindu,kasih,sayang dan cinta hanya padaMU YA
ALLAH S.W.T
jika aku tiada kesempatan bersama orang yang aku
kasih
KAU satukan aku dengannya di syurga
kerna aku tahu KAU lebih tahu apa yang terbaik untukku
dan biarlah aku menangis hanya keranaMU YA ALLAH
SWT
dan biarlah aku menangis kerana menyedari akan dosa
dosa yang telah aku lakukan di bumi MU ini YA ALLAH
SWT
AKU INGIN KEMBALI PADAMU SEPERTI MANA AKU
DILAHIRKAN DIDUNIA YA RABB YA TUHANKU YA ALLAH
SWT
~INNUYASHA_NOORA~
04 NOVEMBER 2015
-------
MELODY HATI
tirai tirai bermanik intan
kain sulaman dijadikan tabir
aku rindu pada sang rembulan
kerna kasih sentiasa hadir
selimut emas bersulam permata
aku bahagia walau kau tiada depan mata
kerna kenangan yang masih kukuh terukir
sentiasa memberikan senyuman di bibir
berdegup kencang jantungku ini
nafas kencang menyatakan rindu
bila dapat tatap wajah kasih hati
terlerai sudah bebanan rindu
aku menyayanyi bermain gitar
gesekan viola menusuk ke jiwa
alunan melodi terasa getar
bibit cinta menggamit semula
sangkar asmara dewi kenchana
terhias indah bak istana raja
duhai kasih sang aduka
masihkah hatimu untuk dara jelita
baju putih kain putih
mari di pakai pergi sembahyang
aku berdoa pada yang kasih
moga dosa diampunkan dengan rasa sayang
garapan lagu menjadi puisi
indah di dengar gemersik suara
mengintai gadis sedang menyanyi
lembut suara hati terpesona
~innuyasha_noora~
05 november 2015
--------
aku ingin luahkan
namun dia jauh dari mata
hanya ALLAH sahaja aku pasrahkan
apa yang bakal aku lalui didunia
lamunan terhenti masih menggamit
rahsia hati waktu dulu
aku masih rasa tersepit
akan kasih yang di bina bersama
rindu dendam masih mencengkam
dalam jiwa penuh kepayahan
aku terlalu menginginkan
kerna cinta terlalu mendalam
~innuyasha_noora~
06 november 2015
----------
HARU BIRU KACAU BILAU
INDAH SUNGGUH TAMAN SAKTI
BERTAMBAH CANTIK SEPASANG MERPATI
CERMINAN AYU DARA SEJATI
TARUNA ADUKA TERPAUT HATI
IRAMA SENI NYANYIAN P RAMLEE
MERDU SEKALI BILA DIDENGARI
KICAUAN SANG BURUNG KENARI
TERBIT SANG SURIA DI PAGI HARI
TERI MERI AAPNE LAGAA
ACHA HWUA MUJHNE LAGAA
HANYA BIASAN KATA
PENYERI PROSAKATA
SELIMUT MERAH MENTARI PAGI
AKU TENGAH MARAH KAU BOLEH SENYUM LAGI
HAI SANA HAI SINI
PAGI PAGI ADA PELANGI
AKU BERHIBUR DENGAN PUISI
IRAMA KERONCONG MELAYU ASLI
KU GILAP KACA
RUPANYA CERMIN
HATIKU BERKACA KACA
KERNA TERJATUH KE SIMEN
MARI MARI MAKAN ROTI
ROTI ARAB DARI BENGGALI
ASSALAAMUALAIKUM DAN SELAMAT TENGAHARI
MAKAN APA TENGAHARI INI
KUIH TALAM HABIS SEBEKAS
AKU KEMPUNAN PERUT MEMULAS MULAS
APA NASIB AKU HARI INI
BOLEH KAWANKU SENYUM TUNJUK GIGI
~INNUYASHA_NOORA~
13 NOVENBER 2015
No comments:
Post a Comment