ASSALAMUALAIKUM
Di tepian muara kita berjumpa
Di pertengahan badai kita bersama
Di hujung kuala kita berpisah
Kelu hati risau dan gelisah
Mengundang ribuan rawan
Betapa aku sekadar bermimpi
Ataupun hanya sebutir ilusi
Tidak tersentuh oleh jari-jemari
Berabad dulu telah kurangkumkan
Dari sehelai daun hijau
Menjadi serimbun pohonan
Namun hanya aku di bawahnya
Masih mengutip hening ranting
Buat ukiran lukisan di pepasir kering
-----
Usikanmu sebelum pergi
Kini terpenjara tanpa simpati
Bayangan wajah telah hilang
Senyuman jadi tawar
Tangisan semakin hambar
Bergetar di dalam kalbu
Titisan yang jelas dari alur mata
-----
Hayat cinta bergamitan kerinduan
Menangis bak ditikam sembilu
Ingin mendakap sinar di langit
Tak tercuit biarpun secubit
Katakanlah wahai kekasih
Apakah kau juga sama diseksa rindu
Jika padamu ada kebenarannya
Saksikanlah Tuhan Yang Agung
Bahawa hatiku tidak berbohong
-------
Kekasih hadir di waktu petang
Di dalam majlis penuh gemilang
Di saat duka sedang menghilang
Dia menghulurkan sejuta sayang
------
Aku bercinta kau pun bercinta
Selagi bernyawa ada sengketa
Bercinta perlu ada batasnya
Nescaya ada rahma NYA
Nukilan Sufian Ismail Hamzah
No comments:
Post a Comment