Followers

Saling berbagi rasa dalam menitip kata-kata terindah yang 'kita' punya...



































BANGKITLAH UMAT

Hanyut dalam damai
Senang tidak terperi
Di sini tiada gundah
Tiada kalut bermandi darah
Kelenaan tiada tara
Nilai saudara terleka
Seakan tiada bererti
Ternoda satu kasih
Bagai ditumbang menara
Jasad kudus dirobek
Kasih itu iman
Anutan hamba Nan Satu
Tiada tolok banding
Dipasak dalam nubari
Asas umat jagat
Sukar dirungkai ikatan
Cinta dirantai iman
Meneguh erat jalinan
Terjaga dari lamunan
Penindas penuh durja
Serata pelusuk dunia
Bagai senada membantai
Saudara kita tiada belas
Mengintai jendela doa
Bersujud penuh hiba
Menyuntik tekad pejuang
Digempur musuh
Berani tanpa gentar

KABA (Khairul Adli Abdullah)
23/04/2015
mencari damai,
bila kasih yg di semai,
tiada bergemal damai,
cuma di tasik mamai....
sendu cinta terpaut di mata punai
darahnya mengalir lesu hati berdenai..
hampanya kecewa bak keruhnya bersungai..
di tebing kasihku lugai
ku cuba untuk bersuai..
namun cinta lama melambai..
tak mungkin dapat kau rungkai..
miski telah berbangkai..
namun ingatannya telah kurantai..
dalam wajanya kotak ingatan yg tak kan berkecai....

------

Di kikis tak kan nipis
di pukul tak kan sugul
di hempap tak kan sembab
di asah tak kan berpisah
bila parah menjadi lumrah
bila sakit sudah tidak berungkit
tragis sudah tidak bertangis
dendam berendam...
ku biar terbiar..
di laut hambar bersabar
ikrar ku tebar....
cinta kita kan tersebar....
menjadi khabar...............

###

Cinta si angsa....berkasih ,bertelur mengeram
bersama..jgn di ganggu mereka..kasih si suami
amatlah ketara..sanggup berlapar dahaga sama di
rasa agar si isteri kesunyian tiada....jgn di ganggu di
cubit pedih tidak terkata.....berbahagialah duhai si
angsa

####

Pagi ini...aku mekar
di sapa remis rindumu,aku bugar
di taman hatiku senyum terlakar
ku tanam kasih cinta berakar
menjadi perdu sayang menjalar
tak siapa bisa mencabar
qalbuku tak kan gegar
tagih cintaku menjadi tegar
haramku engkar
janji yg telah ku pagar
miski hambar miski sukar
tak akan bertukar....

Nukilan Nur Ain
AKU BERI KASIH
KAU TABUR NISTA
KERNA KASIH
AKU LUPA SEGALANYA
KINI PERGI KAU
PERGI DARI HIDUP INI
DAN BAWALAH PULANG
APA YANG TELAH KAU HANTAR
UNTUK JADI REPOTER
REPOTER YANG TIDAK JELAS
NAMUN AKU TAHU
IANYA DARI KAU
KINI AKU
MENJADI AKU YANG DULU
DI MANA AKU BELUM MENGENALIMU
BAHAWA ALLAH S.W.T DAN KELUARGA
ADALAH NOMBOR SATU
TIDAK AKU SANGKA
SAYANG AKU DIPERMAINKAN
AKU DOAKAN AGAR KAU BAHAGIA
DENGAN CARA KAU
AKU HANYA PERCAYA PADA ALLAH S.W.T
BUKAN PADA SYAITAN LAKNATULLAH
AKU HIDUP
KERANA ALLAH S.W.T
KERNA DIA MENCIPTAKAN AKU
KERNA DIA MENGHIDUPKAN AKU

-------

CORETAN
GURINDAM JIWA LAGU LAMA
BERNADA MERDU PENUH SYAHDU
AKU INI BERNADA SENDU
HANYA ALLAH YANG TAHU
GURINDAM LAGU AKU SAJIKAN
BERBULAN BULAN AKU DAMPARKAN
SECEBIS IDEA TERKADANG TIADA
UNTUK AKU CORETKAN LUAHAN RASA
SATU DUA TIGA
KIRAAN MASIH DISITU
BAGAIMANA HENDAK AKU CERITA
PROSAKATA AKU MEMBEKU
ANGAN ANGAN JAUH MELANGIT
INGIN MENJADI ARTIS
WALAU HANYA DALAM FB
AKU TERSENYUM SENDIRI
BUAH DELIMA DIJUAL LAMBAK
DALAM PASAR PAGI HARI
AKU KINI DI LANDA BADAI OMBAK
NAMUN AKU TEGUHKAN DIRI
DALAM HURAIAN KATA PENUH DENGAN MAKNA
MAKNA TERSIRAT MAHUPUN TERSURAT
BEGITU JUGA DALAM HIDUP KITA
KERNA SEIMBANG AGAR PAHALA YANG BERAT
BILA DITIMBANG KIRA DI AKHIRAT KELAK

~INNUYASHA_NOORA~
19 NOVEMBER 2015

-----

aku tidak perlu dengar lirik
hanya lagu dan irama
sudah memadai
dari situ kita dapat menilai
seni seseorang walau bahasa berlainan
namun irama n lagu
sukar dimengertikan
seperti kata P.Ramlee
irama dan lagu
tidak dapat dipisahkan
begitu juga aku
tidak dapat dipisahkan dengan lagu dan tarian
kerna ianya jiwa aku
hanya dengan mendengar lagu sahaja
aku bisa berkarya
walaupun terkadang bahasaku sukar dimengerti
kerna seni pelbagai rupa serta bentuk
ianya hanya mampu dihalusi
oleh yang berjiwa halus serta berseni
biar tarianku pincang atau bertaburan
namun ianya mampu meleraikan kekusutan
namun jangan dilupa pada yang SATU
ALLAH S.W.T

~INNUYASHA_NOORA~
20 NOVEMBER 2015

---------

CORAT CORET

MULUT SEMANIS GULA
NAMUN DIHATI PENUH RACUN
TIDAK TERJANGKA OLEH SESIAPA
KERNA MANIS DENGAN SENYUMAN
PADA YANG BELUM KENAL AKAN TERPIKAT
NAMUN HAKIKAT TIADA SIAPA YANG INGIN DEKAT
JIKA TAHU KAU BERPAKAT
BERSAMA SYAITAN YANG DILAKNAT
TUJUH KETURUNAN AKU BERSUMPAH
JANGAN KAU DEKATI KELUARGA
SEKALI JENTIK AKU SERAH PADA ALLAH
DUNIA DAN AKHIRAT AKAN DAPAT PEMBALASAN JUA
KINI AKU KEMBALI SEPERTI DULU
YANG SINIS GARANG SERTA PEMALU
TIDAK LUPA JUGA OTAK TIGA SUKU
SESIAPA YANG DAH KENAL CONFIRM AKAN TERPIKAT
PADA AKU
BUKAN MEMUJI MENINGGI DIRI
AKU SEDAR AKAN SIAPA DIRI
NAMUN MASIH ADA YANG TIDAK PUAS HATI
MARI DATANG SINI KITA TENGOK SIAPA LAGI LANGSI

~INNUYASHA_NOORA~
20 NOVEMBER 2015
Suburnya waktu tidak ternilai
Di dalamnya ada sifat pelbagai
Termasuklah cinta sentiasa tersadai
Kerana pekerti sering tergadai

Ambillah pedoman dari yang lalu
Hayatnya panjang suka dan pilu
Ucapan maaf ditintakan selalu
Mudah-mudahan senyummu tak kelu

--

Kusam suram ketika muncul
Tiba-tiba muncung terpacul
Tangannya geletar urat timbul
Pucat wajah mata tersembul
Rupa-rupanya lapar menyucuk perut
Bagai kelapa diparut-parut

-------

Hari Jumaat potong kuku
Afdal dan kelebihan sama didapati
Bawa berehat jangan berteleku
Mari bersarapan nasi lemak dan roti

-------

Waktu petang semakin suntuk
Ada yang masih lagi sibuk
Adik abang nenek dan atuk
Kibaskan sejadah daripada berhabuk
Cinta orang muda-mudi
Hangat asmara ke sana-sini
Cinta ALLAH lebih abadi
Janji NYA pasti dulu dan kini

-----

Semalam kaubuatkan pastri cinta
Rasanya manis bergulakan asmara
Lembut di lidah halus di jiwa
Gubahannya indah mata terpesona

Hari ini mawarmu bertukar kecubung
Tiada wangi hilang harum
Diterjah kilat sabung-menyabung
Kuburan kasihmu bernisankan jarum

Nukilan Suffiam Ismail Hamzah
Jiya ji jiya.. Seraut wajah panah pusar pada hati, entah
senyum berhias gula undang semut mengerumuni atau
paras ayu layangkan khayal yang menenggelamkan
imaginasi ataupun lamunan bermuara pada seraut
wajah kelmarin pagi, ketika gerimis menghampiri pagi,
paras ayu bawakan payung menghalangi hujan basahi,
Aroma nan baru dikenal menyusup mendarat pada pagi,
entahkah terjaga dalam mimpi, entah aku yang
berhalusinasi.

&&&&&&&

Bilamana kau hadir dalam hidupku
Capai ingatan rawakku hampir penuh
Mujur ada pemacu keras hatiku
Segala data-data tentangmu tersimpan di situ
Bahkan selalu ada perantaian balik
Putar ulang automatik
Lantas meninggalkan memori singgahan
Pun begitu masih berinteraksi dalam talian
Lalu terjadi algoritma penerima pilihan
Menanjak penyurat-balik anonim

&&&&&&&&&

Jika aku tak dapat melihatmu, kutitipkan mataku kepada
angin pagi yang dapat melukiskan lembutnya
penantianmu
kutitipkan sejengkal kerinduan membasuh letih akan
sepi
Akan kutitipkan semua pada angin yang berhembus
lembut padamu

------

Bukan kaki yang menentukan langkah
namun hati yang bergerak
akanku persembahkan kematianku
Untuk hidup terbaikmu
Dalam hidup ini cerita tokohnya tak jauh dari arjuna
sendiri
dalam lakon maharata antara arjuna dan srikandi
sama-sama jadi tokoh protagonis
Dalam bening terjelma
di hujung lamun sebuah pintu
terbuka bayang semata
dari gemuruh rindu yang tak bertepi
maka jangan palingkan wajahmu
kerana diamku

--------

Saat ini bukan untuk menentukan siapa menang siapa
benar
Bukan mencipta mimpi satu gagasan
Serbu.... Merdeka atau mati
Dalam serbuan bambu runcing menyatu
Teruskanlah bunyi-bunyi ayat suci
Teriakan semangat juang demi negeri
Menjunjung titah hingga ke akhir nadi

--------

Dari awal aku ada membawa segenggam peony bagimu
duhai dinda, tak kurang ada yang kelopaknya
berterbangan memancarkan ingin setiap insan.
Desir angin riuh suara hwa mei dan selembar daun yang
berolang-aling perlahan bahawa aku menyusup ke
dalam tiap abjad, dan sela jemarimu yang lentik selalu
tunduk pada kalam.
Setiap siluet lagu memburu si pendiam, agar bersuara
dengan apa saja tentang yang tak bisa dijangkau nalar,
dan saat kau membaca ini maaf, aku sedang sibuk.

@@@@

Aku rindukan kehangatan sabtu yang hadir bersama
senyumanmu. Tak bosan aku bersajak tentang sabtu
yang terpisah jarak dan waktu.
Dengan kau jauh di sana, aku mengenal rindu. Rindu
yang mengenalkanku lebih dalam pada cinta. Cinta
yang lebih bererti, sejati menyatukan aku dan kau
menjadi kita.
Aku juga, kadang kalah pada dingin. Yang menepuk
pergelangan tanganku yang telanjang, tanpa jemarimu
untuk kutautkan. Tapi kenangan menjagaku agar tetap
berpengharapan, bahawa masa depan kita adalah jalan
dan genggam yang beriringan.

Nukilan Ibnu Amar
SEMUANYA MILIK DIA

setiap hari hanya namamu
terukir dibibirku
tanpa jemu
keindahan alam milik TUHAN
kecantikkan manusia
adalah nurani
intan permata hiasan dunia
kemewahan yang ada
hanya sementara
usah dicari cinta manusia lari
carilah cinta ILAHI yang kekal ABADI

~INNUYASHA_NOORA~
13 NOVEMBER 2015

--------

AKU PENDOSA

aku pendosa
sering melakukan kesilapan tanpa bicara
aku pendosa
sering melakukan kesalahan tanpa noktah
aku pendosa
sering alpa lalai serta leka
aku pendosa
berbicara tanpa berfikir
aku pendosa
aku mahukan kemaafanMU
walau aku sering melakukan kesalahan di atas dunia
ciptaanMU
namun aku takut untuk memasuki nerakaMU
pimpin la aku kesyurgaMU
agar aku tidak terlalu jauh dariMU
Ya Allah Sungguh Aku Rindu Akan DiriMU
namun merasakan masih jauh dariMU

~innuyasha_noora~
13 november 2015

©©©©

selami kasih dalam taman
aku penghibur si teman
hanya sebagai sandaran
bila rasa bosan
kini aku tahu siapa dirimu
tidak akan aku ulangi kembali
untuk bersama mu
walau nyawa aku di ambil pergi
sekian terima kasih
atas bantuan darimu
selama ini untukku
ku ulangi terima kasih
kerna pernah hadir dalam hidup ini
sakit di hati terus bersisa
dan akan aku ingat sampai hujung nyawa
namun kemaafan tetap ada
buat insan yang pernah menyinari jiwa
salam penghibur aku berikan
mungkin ini warkah terakhir
kerna diri ini terlalu banyak dosa
dalam kehidupan aku di dunia

~innuyasha_noora~
18 november 2015
Puisi...,
seakan bersatu pada jiwa
setiap bicara indah
penuh makna
membuat aku terpegun
kadang leka membaca setiap puisi
dan madah-madah yan di kongsi
rakan-rakan.

Puisi...,
membuat aku tidak mampu berhenti
jemariku seakan menari-nari
menekan huruf
bila ilham mencurah.

Aku dan puisi
sebati dalam jiwa
dengan puisi
aku selalu rasa gembira.

Nukilan Zuraida Dewi
Rinduku berbisik
Sayu kejauhan..
Ngilu ..ke relong hati
Awak..awak ke mana
Dengarkn rindu ini
Kabarkn rindumu

Nukilan Rose O Hara
KISAH KAU DAN AKU

dia
dia jaga aku
dia rindu aku
dia sayang aku
dia kasih aku
walau dia jauh dari mata
namun dia tetap sentiasa bersama

aku
aku jaga dia
aku rindu dia
aku sayang dia
aku kasih dia

walau berjauhan kau sentiasa di hati
akan tetap terus di hati
pelbagai usaha agar kita terus bersama

moga kau begitu jua
jangan mudah putus asa
walau kita jauh atau tidak bersama
hati kita tetap akan menyatu
setia aku hanya padamu
yang layak untukku

walau aku tahu begitu sukar
namun bibir dan hati sentiasa menguntum senyuman dan cinta yang mekar
buat dirimu yang sentiasa di hati
tidak akan aku tukar ganti

~innuyasha_noora~
04 november 2015

------

hati ini milik ALLAH
diri ini milik ALLAH
jasad ini milik ALLAH
SEMUA YANG AKU MILIKI ADALAH MILIK ALLAH S.W.T
aku ini hanya manusia biasa
sering melakukan kesilapan
aku ingin terus menyintaimu
dan dicintaimu YA RABB KU
sungguh aku rindu
sungguh aku kasih
sungguh aku sayang
sungguh aku cinta
aku rindu,kasih,sayang dan cinta hanya padaMU YA
ALLAH S.W.T
jika aku tiada kesempatan bersama orang yang aku
kasih
KAU satukan aku dengannya di syurga
kerna aku tahu KAU lebih tahu apa yang terbaik untukku
dan biarlah aku menangis hanya keranaMU YA ALLAH
SWT
dan biarlah aku menangis kerana menyedari akan dosa
dosa yang telah aku lakukan di bumi MU ini YA ALLAH
SWT
AKU INGIN KEMBALI PADAMU SEPERTI MANA AKU
DILAHIRKAN DIDUNIA YA RABB YA TUHANKU YA ALLAH
SWT

~INNUYASHA_NOORA~
04 NOVEMBER 2015

-------

MELODY HATI

tirai tirai bermanik intan
kain sulaman dijadikan tabir
aku rindu pada sang rembulan
kerna kasih sentiasa hadir

selimut emas bersulam permata
aku bahagia walau kau tiada depan mata
kerna kenangan yang masih kukuh terukir
sentiasa memberikan senyuman di bibir

berdegup kencang jantungku ini
nafas kencang menyatakan rindu
bila dapat tatap wajah kasih hati
terlerai sudah bebanan rindu

aku menyayanyi bermain gitar
gesekan viola menusuk ke jiwa
alunan melodi terasa getar
bibit cinta menggamit semula

sangkar asmara dewi kenchana
terhias indah bak istana raja
duhai kasih sang aduka
masihkah hatimu untuk dara jelita

baju putih kain putih
mari di pakai pergi sembahyang
aku berdoa pada yang kasih
moga dosa diampunkan dengan rasa sayang

garapan lagu menjadi puisi
indah di dengar gemersik suara
mengintai gadis sedang menyanyi
lembut suara hati terpesona

~innuyasha_noora~
05 november 2015

--------

aku ingin luahkan
namun dia jauh dari mata
hanya ALLAH sahaja aku pasrahkan
apa yang bakal aku lalui didunia
lamunan terhenti masih menggamit
rahsia hati waktu dulu
aku masih rasa tersepit
akan kasih yang di bina bersama
rindu dendam masih mencengkam
dalam jiwa penuh kepayahan
aku terlalu menginginkan
kerna cinta terlalu mendalam

~innuyasha_noora~
06 november 2015

----------

HARU BIRU KACAU BILAU
INDAH SUNGGUH TAMAN SAKTI
BERTAMBAH CANTIK SEPASANG MERPATI
CERMINAN AYU DARA SEJATI
TARUNA ADUKA TERPAUT HATI
IRAMA SENI NYANYIAN P RAMLEE
MERDU SEKALI BILA DIDENGARI
KICAUAN SANG BURUNG KENARI
TERBIT SANG SURIA DI PAGI HARI
TERI MERI AAPNE LAGAA
ACHA HWUA MUJHNE LAGAA
HANYA BIASAN KATA
PENYERI PROSAKATA
SELIMUT MERAH MENTARI PAGI
AKU TENGAH MARAH KAU BOLEH SENYUM LAGI
HAI SANA HAI SINI
PAGI PAGI ADA PELANGI
AKU BERHIBUR DENGAN PUISI
IRAMA KERONCONG MELAYU ASLI
KU GILAP KACA
RUPANYA CERMIN
HATIKU BERKACA KACA
KERNA TERJATUH KE SIMEN
MARI MARI MAKAN ROTI
ROTI ARAB DARI BENGGALI
ASSALAAMUALAIKUM DAN SELAMAT TENGAHARI
MAKAN APA TENGAHARI INI
KUIH TALAM HABIS SEBEKAS
AKU KEMPUNAN PERUT MEMULAS MULAS
APA NASIB AKU HARI INI
BOLEH KAWANKU SENYUM TUNJUK GIGI

~INNUYASHA_NOORA~
13 NOVENBER 2015
Kolaborasi Saving MyHeart & Nor Azah Bahrim

Saving MyHeart

gugusan pilu
menjadi tamu
di padang malam
yang temaram
melarik rindu
berlagu sendu
lalu airmata lara
yang bicara
seakan faham
hati seorang aku
dimamah derita
menelan luka

JaWanis/

Sayang
lap airmatamu
usah menanggis lagi
usir mimpi pilu yang menyandar hadir sinar pagi yang
pulang
gapailah rindumu yang tertuang

Rasa-rasa yang menyapa pilu
usah dipendam menjadi sendu intai kasih di lawang
mimpimu

Usir resah rindumu dalam temu
Larik senyuman
kaburkan luka semalam
sarat rindu tuaikan
pasti pilu dingatan bisa terpadam

Ahad, 8 November 2015
ACP

-----

Kolaborasi Rose O Hara & Nor Azah Bahrim

Rose O Hara/

Rinduku berbisik
Sayu kejauhan..
Ngilu ..ke relong hati
Awak..awak ke mana
Dengarkn rindu ini
Kabarkn rindumu

JaWanis/

Rindunya lagi berpergian
nanti dalam sabar
pasti berpulang rindu yang hilang

Ahad, 8 November 2015
ACP

----

Kolaborasi Ismail Hamzah & Nor Azah Bahrim

Suffian/

Hayat cinta bergamitan kerinduan
Menangis bak ditikam sembilu
Ingin mendakap sinar di langit
Tak tercuit biarpun secubit
Katakanlah wahai kekasih
Apakah kau juga sama diseksa rindu
Jika padamu ada kebenarannya
Saksikanlah Tuhan Yang Agung
Bahawa hatiku tidak berbohong

JaWanis/

Rindu dalam kesamaran
Ada bait kasih yang tertinggal di situ
Sakit merindu di rasakan
Bisikan ucapan lewat desir angin yang lalu

Ahad, 8 November 2015
ACP

-------

Kolaborasi, Suffian Ismail Hamzah, SyaZah Zah & Nor Azah Bahrim

Suffian Ismail Hamzah/

Menyusun kata di dalam makna
Makna bersirat bagai ditempa
Kuasa bicara lidah dan pena
Tampak bersurat yakin disapa

SyaZah Zah/

kata terlihat disetiap baris
Makna tersedia tampa terlihat
Bicara kata bagaikan pena
Bersurat tampa bersampul..

Nor Azah Bahrim/

Kata kata tersusun indahnya
Kias memenuhi ruang kata
ada bait kau sembunyi makna
Jauhari pasti mengenal Manikamnya

Cantik berhias si dara
Lenggang jalan berkebaya
Tiap baris terbina ayat kiasnya
Tersentuh isi dalam maknanya

SyaZah Zah/

Tersentuh kata disetiap makna
Bait seakan sembunyi segalanya
Manikam tepat di Setiap rangka
Hingga terasa menusuk jiwa..

Si dara berhias cantik menawan
Kelihatan anggun memakai kebaya
disetiap ayat terselah kiasnya
Jiwa ku terasa sedalam nya ..

Ahad, 8 November 2015
ACP
Bismilahirahmanirahim
Pelangi Hati

Ku ingin
Menerangi hatiku
Dengan sinar warna pelangi
Yang hadir selpas hujan gerimis

Agar warna warnanya
Berseri menghiasi hatiku
Yang bagaikan awan mendung
Walau tak bercahaya namun ia berseri

Kemilau warna pelangi
Yang indah menerangi alam
Membuat hatiku jadi tenteram
Hilang segala rawan dihatiku ini

Langit mendung
Pun berlalu pergi
Kerana disinari
Cahaya pelangi

aiinina
ASSALAMUALAIKUM

Di tepian muara kita berjumpa
Di pertengahan badai kita bersama
Di hujung kuala kita berpisah
Kelu hati risau dan gelisah
Mengundang ribuan rawan
Betapa aku sekadar bermimpi
Ataupun hanya sebutir ilusi
Tidak tersentuh oleh jari-jemari
Berabad dulu telah kurangkumkan
Dari sehelai daun hijau
Menjadi serimbun pohonan
Namun hanya aku di bawahnya
Masih mengutip hening ranting
Buat ukiran lukisan di pepasir kering

-----

Usikanmu sebelum pergi
Kini terpenjara tanpa simpati
Bayangan wajah telah hilang
Senyuman jadi tawar
Tangisan semakin hambar
Bergetar di dalam kalbu
Titisan yang jelas dari alur mata

-----

Hayat cinta bergamitan kerinduan
Menangis bak ditikam sembilu
Ingin mendakap sinar di langit
Tak tercuit biarpun secubit
Katakanlah wahai kekasih
Apakah kau juga sama diseksa rindu
Jika padamu ada kebenarannya
Saksikanlah Tuhan Yang Agung
Bahawa hatiku tidak berbohong

-------

Kekasih hadir di waktu petang
Di dalam majlis penuh gemilang
Di saat duka sedang menghilang
Dia menghulurkan sejuta sayang

------

Aku bercinta kau pun bercinta
Selagi bernyawa ada sengketa
Bercinta perlu ada batasnya
Nescaya ada rahma NYA

Nukilan Sufian Ismail Hamzah
Sayu hatiku saat ini
Hanya menatap awan berlalu
Dinggin terasa disaat ini
Bagaikan menusuk di kalbu jiwa ku..
Bagaikan panah memanah
Disetiap sudut diriku
Hingga aku rebah..
Inggin ku melihat wajah mu
Namun ku tahu ku tak bisa melihat nya
Ku memekik memanggil nama mu
Namun Suara ku tak kedengaran..
Pada anggin bayu menghembus
Ku sampaikan salam rindu ku
Buat dirimu..Rindu sepi ku...

Nukilan Mizah Swift
BIARLAH
KAU LEBIH MENGERTI

Biar dia terbang
rindu memanggil pasti pulang
tak aku paksa datang
tak pula aku minta hilang

namun
kau yang punya jawapan
kerna soal
tak pernah hadirkan tinta balasan
setia dalam nanti

itu aku yang masih seperti dulu lagi
biar kadang mengundang tanya di hati
tak akan aku berati kamu dengan soal ini

Biarlah ceritera indah ini
kau lebih mengerti
aku setia dalam nanti
saat temu riang pasti meniti

JaWanis
301015-12:23pm
Nukilan jiwa

--------

USAH LELAH TEMUKAN RINDU

Rindu
tidak akan pernah berakhir
Kerna kasih terus terasa mekarnya
sabar dalam nantimu
akan hadir temu rindu yang ditunggu
tepat pada waktu
biar kadang nantimu
bagai bulan merindu
pemilik jiwamu
lagi menyusun kata syahdu
yang akan menyinggahi cupingmu
dalam rengkuhan rindu
yang tak terjangka olehmu
usah ada lelah dalam nantimu

JaWanis
051115-6:25am
Nukilan jiwa

-------

KAU AKAN SELALU ADA DALAM DOAKU

Sahabatku
Saat runtuh asa menguasai
rasa hati ini
kau hadir mendakapku
penuh kasih sayang
Kau pinjamkan bahumu
untuk aku sandarkan lelah
tanpa memilih siapa aku siapa dia
Kau genggem erat jemariku yang dingin
kau alirkan hangat di dalamnya
Kau susun kata kata semangat lalu
kau bisikan di cupingku penuh hemat agar gelegar hati
yang goyah tenang kembali

Sahabatku
kau harta terindah
yang dihadirkan dalam hidupku
tidak tergantikan oleh yang lain
tiada harga yang bisa ku bayar
untuk sebuah yang namanya *KEHILANGAN
andai kau jauh dari hidupku
Kerna tidak semua ukwah
bisa menemukan sebutir intan
dalam ribuan yang hadir
andai itu punyaku
ku dakap tanpa jemu
Dalam lenamu di malam sunyi-Nya
ku titip kaupkan doa
yang tidak pernah berakhir untukmu
ya, untukmu
moga kasih dan rahmat-Nya
akan selalu memayungi hidupmu
jika kau menemui lalui sukar dan mencalar ragamu
Ku berharap kau
jiwamu sekuat apa yang kau tiupkan padaku
dinding sabarmu setebal kau menutup berkas luka pada
rasaku

Sahabatku
Kau
bintang hatiku
sinar dalam ribuan
yang bergemerlapan di langit
di pekat gelapnya malam
kamu yang aku terpandang
indah cukup menyenang
menenangkan jiwa ini
Dalam lenamu di malam sunyi-Nya
ku titip kaupkan doa
yang tidak pernah berakhir untukmu
ya, untukmu
moga kasih dan rahmat-Nya
akan selalu memayungi hidupmu
jika kau menemui lalui sukar dan mencalar ragamu
Ku berharap kau
jiwamu sekuat apa yang kau tiupkan padaku
dinding sabarmu setebal kau menutup berkas luka pada
rasaku

Sahabatku
Indah terpandang dalam lautnya
selut rumpai masih memancar
dalam gelapnya langit tetap menyinar
dalam sembunyi diam terus mendakap lekat kasih
dalam pandang cemuh yang lain
kau masih bisa memimpin tangan berjalan bersama
Dalam lenamu di malam sunyi-Nya
ku titip kaupkan doa
yang tidak pernah berakhir untukmu
ya, untukmu
moga kasih dan rahmat-Nya
akan selalu memayungi hidupmu
jika kau menemui lalui sukar dan mencalar ragamu
Ku berharap kau
jiwamu sekuat apa yang kau tiupkan padaku
dinding sabarmu setebal kau menutup berkas luka pada
rasaku
Doa adalah hadiah terindah
saat jauh antara kita
Sahabatku

JAWANIS
061115-12:40pm
Nukilan jiwa
Terima kasih sahabatku yang selalu di sisi

@@@

Damai rasa
pujuklah kecewa
Intai riang disemesta
Jangan ada lelah mendakapnya..
Tak dikuis mana tahu menggigit
Tak dikupas mana tahu isinya
Begitulah kehidupan yang kita lihat
Lembar harinya terisi nikmat-Nya
Cerucuk semalu menjalar
Di sentuh kuncup kembangnya
Nikmati rahmatNya yang tertebar
Usah mundur sebelum menggengamnya

JaWanis
JB221115-9:26am
Bingkisan jiwa

---++

Sonian_TERUNGKAI RINDU

#1

Rengkuhan kasihmu
mendakap ingat
rasa hangat
melekat

#2

Kau aku tersenyum
kelari rindu
Yang semalam
Indahnya

#3

Pagi ini hadir
bawakan cinta
gamit rindu
terungkai

#4

Kisah cinta kita
tertebar sudah
saat jiwa
menyatu

JaWanis
JB 221115-7:43am

KULIAH CINTA

setitip kasih rasa di hati
selautan ombak membadai pantai
semanik sayang dalam garapan
seluas mentari jadi taruhan

astara raja singgah sebentar
bermandikan emas permata
sebagai kata kata pengantar
menantikan jawapan sang taruna

kuliah cinta yusry dan erra
disajikan dengan ucapkanlah
jika kasih menyatukan dua jiwa
serikanlah hati dengan hiasan

~INNUYASHA_NOORA~
26 OCTOBER 2015

------

CERITA KASIH

cerita kasih ku bawa mati
beribu tahun ku sanggup menanti
kerna kau sentiasa di hati
akan ku simpan kemas di lubuk hati

cahaya mentari di ufuk senja
pergi menjengah sang taruna
adakah dia sudah bersedia
melayari bahtera dengan rela

sang merpati hinggap di taman
nampak indahnya alam bersama sang suria
lumrah hidup pasti berteman
moga kasih kita kekal utuh membawa ke syurga

ceria hati kerana senyuman
senyuman dari yang di kasih
aku khabarkan pada bulan
aku sayang akan kasih

sembilu kasih aku lupakan
walau luka berdarah
aku hamparkan
kerna sayang aku relakan

walau perit aku telan
semekar mawar berseri tulip
hati memekar kerana di intip
sang kekasih dalam kesamaran

aku serahkan pada TUHAN
berbaju biru pujaan hati
aku rindu ternanti nanti

rasa itu tetap sama
walau bertahun lama

~innuyasha_noora~
28 OCTOBER 2015

------

RASA HATI

gengang gendut tali kecapi
kenyang perut senang hati
namun hati makin sunyi
walau kita masih menghitung hari

jadi manis terkena selumbar
berdarah hingga ke hati
walau hatiku terasa hambar
aku tetap berhibur hati

jalan jalan seorang diri
dalam denai ku harungi ombak
walau masih menyendiri
nafasku kian sesak

irama merdu suara sayu
lagu sendu tentang rindu
mengintai waktu dalam kalbu
ku serahkan pada yang SATU

pelbagai kisah yang terlakar
dibumi astana ciptaan ALLAH
kisah aku masih samar samar
sang suria menemani lelah

rasa cinta kurniaan maha ESA
ditiupkan ke dalam hati yang di pilih
dengan serentak rasa itu ada
namun masih menantikan yang dipilih

senyuman terlakar di bibir
buat kau yang hadir
hati masih khuatir
akan cinta yang hadir

adakah masih terpamir
dalam hati buatmu
kerna kini seksa makin hampir
menanggung bebanan rindu padamu

rasa hati makin galau
walau mentari menyilau nyilau
kerna kasih aku seriau
akan tiba membina pulau

~innuyasha_noora~
28 OCTOBER 2015

---------

DIA

Dia ke kasih
Dia teman
Dia penawar
jiwa dan raga
buat kalian di atas dunia

ALLAHU RABBI
mohon la padaNYA
agar peroleh ketengan
di dunia dan akhirat
moga mendapat berkat dan syafaat
agar kehidupan kita sentiasa dirahmatiNYA
hanya dengan keizinan dariNYA
hidup ini akan selamat dunia akhirat
jadi,buat apa yang di suruh
dan tinggalkan apa yang di larang

sekian wassalam

~innuyasha_noora~
2 november 2015

--------

RINDU

rindu aku sungguh rindu
rindu aku pada sang pencipta
rindu aku pada rasulku
walaupun jauh hatiku sentiasa dekat dan merinduiMU
rindu aku pada orang tuaku
rindu aku pada keluarga
rindu aku pada sang kekasih
walaupun jauh hatiku sentiasa dekat dan merindui

kalian
YA RABB
AMPUNI AKU HAMBAMU YANG MASIH INGIN
DIRINDUIMU

~innuyasha_noora~
03 november 2015

--------

KELUH KESAH

selami kasih dalam hati
bicara manis aku kasih
tempat bermanja bermadu kasih
selembar rindu aku berikan

tidurkan aku buat seketika
agar terubat segala duka
moga bila bangkit dari jaga
terlerai segala masalah

suka suki riang sekali
hati aku masih di miliki
insan yang sentiasa aku nanti
walau jaga mahupun mimpi

aku terus bersamamu
kerna kau yang mampu
memahami isi hatiku
walau terbias dimakan waktu

kugelap intan rupanya permata
bersinar menyilaukan mata
ku berikan hati walau ramai berkata
akan aku tunggumu di pintu syurga

~INNUYASHA_NOORA~
03 NOVEMBER 2015
Tiada yang lebih romantis selain duduk berdua berbagi
fikiran tentang hal apapun di dunia ini. Entah kecil
ataupun besar, entah penting ataupun hanya sekadar
sembang kosong yang diselitkan senda. Tiada
yang lebih menggetarkan dari tatap mata tanpa kata-
kata. Hanya erat genggam tangan dan selengkung
senyuman. Tapi saling memahami isi hati masing-
masing. Kebersamaan yang sederhana ini seperti
menikmati secangkir kopi hangat sembari berbincang
dan membaca buku kesukaan bersama-sama..

Daijaan dan Abbijaan
Meherbaan

--------

Hatimu yang kosong telah terisi oleh cikibum yang
sudi. Lukisan hatimu bak manuskrip "Taman Bunga
Mawar Jami". Nyanyian jiwamu persis sentuhan
penyajak mistik Sa'di. Engkaupun melagukan cintamu
dengan irama Zaman Sassanid yang sesetengah
daripada korpus mereka masih wujud hingga hari ini.

--------

Wajah pagiku
Mentari mula menampakkan wajahnya
Dalam riuh kicau unggas
Dalam turun naik nafas
Sebermula langkah kanan untuk mulakan tugas
Selamat pagi

-------

Adakalanya kita terdiam
Menanti pihak lain mula bicara
Mata bertentang mata
Renungan tajam menjadi taruhan
Masing-masing dengan tembok keegoan
Tak mahu mengalah serta beralah

Lantas apakah begini..

Sejuta maaf terucap melalui telefon, pesanan ringkas
dan di aplikasi lain
Lalu segunung khilaf runtuh
Ketika tangan berjabat
Wajah menyentuh pangkuan
Setetes air mata jatuh
mengiringi haru biru kesucian

Sebenarnya aku hanyut dalam pesta kemenangan
Walau aku masih merasa bersalah
Kalah dari gurauan yang masih menggeliat
Tetapi kemenangan dapat mempersendakanmu
Agar ia menjadi kenangan
Untuk sebuah perhubungan

Nukilan Ibnu Amar
juntaian rindu berbunga rimbun
bila ku seru dedaunnya sembunyikan dariku
ahh!ranting berbisik..
aku masih mampu...
menerjah hipokrit..
dan aku mengalah.
pada telusnya pepohon berbunga rindu..
aku masih di taman INI
taman berbunga rindu.....

----------

Kembalilah..
duhai hati yg hilang..
kembalilah menerjah usangnya..
pada ukiran cinta yg dulunya di silang
pada janji yg masih teguh berpancang
pada rasa yg masih di rangsang

kembalilah....
duhai jiwa yg malang...
menyusuri nyawa yg harinya masih berbilang
kita rancang kembali mimpi yg gersang..
kita layari hari hari yg dulunya pincang
menjadi girang....

-------

cinta yg tak dapat di taubat...
kasih yg makin menghambat...
sayang yg makin kuat di nobat...
rindu yg tiada lagi berubat..
menjadikan hatiku makin di sebat..
jiwaku makin di rembat...
cintaku tidak mungkin tersejat..
cintaku tetap berkhudrat..
miski waktu semakin bersingkat..
namun hatiku dan hati dia kukuh terikat..
apakah cinta ini akan di berkat..
atau...sekadar ujian menguji hakikat....

----------

hujan merintih di kala hampir senja...
seperti aku...
rintihannya ada perlahan ada keras
seperti aku...
hujan ada yg mendambakannya pada waktu waktu
juga seperti aku..
namun hujan akan tetap turun pada yang memerlukan
biarpun ada protes yg kedengaran...
hujan meminggirkan rungutan...
aku ingin seperti hujan.....

Nukilan Nur Ain