LUKISAN HATI LUKISAN JIWA
lukisan hati lukisan jiwa
menyatukan hati dua jiwa
ikatan suci dari ILAHI
bila akan terlastri
kenangan bersama
masih terasa
awal waktu indah belaka
namun kini mimpi sahaja
aku menangis dalam hati
hendak diluah tiada mengerti
hidup aku masih misteri
apa bakal jadi
senyum manis terukir di bibir
walau perit aku ukir
harus begini hubungan kita
terus menunggu sang jejaka
jejaka idaman hati
masih terus bersembunyi
masih main tarik tali
namin aku masih menanti
aku masih tidak mengerti
mengapa kau terus diam membisu
aku di sini masih menanti
serasa seperti patung batu
aku pasrah jika ini kehendak ILAHI
aku redha jika aku bukan pilihan
walau kau masih tidak pasti
aku akan terus bertahan
~innuyasha_noora~
22 october 2015
@@@@@@@@@@
irama dan alunan lagu
irama merdu lagu hindustani
terimbau kembali kenangan bersama
kisah kita masih misteri
sakit perit badai melanda
hati masih bersama
manis bersama terpahat di jiwa
telah terlakar hanya namamu
walau salma khan jadi pengganti
masih belom mampu menjadi
kerna kamu kuncinya
bagaimana ingin aku membukanya lagi
manis printy zinta
pada lesung pipit
manis aku
hanya kamu yang tahu
comel hitrik roshan
pada sweetnya dia
comel kamu
rahsia aku
alunan lagu sungguh mengasyikkan
sesiapa sahaja yang mendengar
bagai jatuh cinta semula
bagi yang bercinta
akan tersentuh hati
bagi baru kenal cinta
lagi lagi hindustan
itu aku
menjadi aku tetap aku
seluas lautan pun aku tidak kisah
jika ianya mampu jadi inspirasi
agar madah berhelah
menjadi puisi
puisi nan indah
terlakar di sudut sanubari
setiap yang melihat
karya aku
walau terkadang merapu
tetap terhibur hati
~innuyasha_noora~
22 october 2015
@@@@@@@
MEHNDI
inai dipakai di jari
jari pengantin permaisuri sehari
pakai bersama dendangan lagu hindi
penuh madah dan puitis
mengalir sudah air mata
dari si puteri mahligai
terpisah sudah dari keluarga
membawa seribu erti
kini bermula episod baru
kisah sang raja dan permaisuri
melayar bahtera baru
mogo kehidupan lebih berseri
~innuyasha_noora~
22 october 2015
No comments:
Post a Comment