HASRAT HATI
rindu dendam tersirat di hati
pada jejaka idaman
hasrat hati ingin memiliki
namun masih kesampaian
saat bahagia dalam kenangan
untukku melupa tidak mungkin
kerna kasih masih membara
pada dia ku puja puja
jodoh itu rahasia ILAHI
ku panjatkan doa mohon restu
agar tercapai hasrat hati
aku dan dia bersatu
~innuyasha_noora~
01 october 2015
&&&&&&
MAAF
setiap bicara menghiris kalbu
aku tidak tahu apa salahku
mengapa perlu pergi menjauh
sedangkan aku yang kau butuh
berbicara hanya dalam hati
dari pandangan jauh engkau berkata kata
walaupun aku tidak mengerti
namun ku pohon maaf jua
selami hattiku dari hatimu yang suci
kelak engkau akan perolehi serta mengerti
tiada insan lain di hati ini
hanya engkau yang berhak dan memliki
senarai panjang aku sepi
kerna kasih akan mu
namun kau sentiasa meragui
tentang kasihku buat dirimu
mengapa kenapa
aku masih perlukanmu
kau adalah si penglipur lara
dalam pelukan hatiku
~INNUYASHA_NOORA~
2 OCTOBER 2015
&&&&&&
GUNDAH GULANA
Adik adik pergi kedai
pergi beli roti
mengapa makin kurangku mengerti
akan apa yang terjadi
Dalam berhemah aku berdebat
entah mengapa hati ini liat
jarang sekali dapat ku lihat
manusia yang sentiasa beringat ingat
manusia kini makin menjadi
untuk apa tidak pasti
sampai asyik mendengki
dan juga iri hati
kalau hati boleh dibahagi
lama sudah aku berikan
namun hatiku kasih kerana ILAHI
namun masih ada tidak mengerti
aku berserah pada yang esa
kerna DIA yang berkuasa
keputusan aku serahkan padaNYA
harap bertemu jodohku disyurga
~innuyasha_noora~
02 october 2015
&&&&&&
I MISS YOU
i miss you ungkapan rindu
aku bermadah pada dia
satu dalam seribu
dia jejaka idaman malaya
hai teruna hai dara
bertemu kala senja
untuk meluah apa di rasa
baik baik dan berjaga jaga
jejaka malaya masihkah merindu
dara di sini mengulam rindu
buat kanda yang jauh dari mata
dekat dihati dalam jiwa adinda
&&&&&
RINDU KELIRU
selama mana kita berkasih
aku tetap akan menunggu
terkadang aku jadi letih
kerna kau diam membisu
nak kata tidak kasih
aku masih merasakannya
nak kata tidak cinta
aku butuhkannya
nak kata tidak sayang
aku masih merinduinya
aku ingin seperti dulu
walau hanya dari kejauhan
aku tetap akan merindu
kerna kau yang aku butuh
segaris bibir terukir senyum
namun masih menjadi tanda tanya
demi siapakah ianya tersenyum
adakah dia juga merasakan yang sama
kisah kita makin rumit
bila ada yang menyibuk
aku masih tidak mengerti
kenapa perlu begitu
sedangkan diri dah peroleh kebahagiaan
--------
Andai suatu saat aku pergi
Aku mahu kau terus tersenyum manis
Agar kau terus dihormati
Bila aku tiada kelak didunia lagi
Saat mentari diufuk pagi
Kau mencari rezeki
Bagi meneruskan hidup dibumi
Agar tiada yang tahu rahsia hati
Akukan pergi pergiku takkan kembali
Tiba masenya segala galanya kuceritakan
~innuyasha_noora~
12 Oktober 2015
No comments:
Post a Comment